bab 18

309 10 2
                                    

Daniel

Usai sahaja menunaikan solat Ishak, aku menjatuhkan badan ku di atas katil. Kejadian petang tadi membuatkan aku menjadi tanda tanya. Siapakah sebenarnya Kuzairi? Apakah hubungannya dengan Ariana? Siap panggil bini aku nickname yang tak pernah aku panggil. Itu satu hal..lepas tu berani dia cakap Ari ni "semakin lawa" lah.."manja" lah,depan mata aku. Aku tengok diorang ni macam dah terlebih kawan aje dulu. Ni mesti ada sesuatu yang belum aku tahu. Kalau aku nak tanya dia,aku takut nanti dia tak jawab. Tunggu ajelah sampai dia dah bersedia nak beritahu aku.

"Danny sayang.. jom balik. Penatlah kaki saya dari tadi asyik jalan aje..."

"Danny..? Mana dia dapat nama panggilan tu? hahaha! Tapi best juga dapat tengok side Ari yang manja... Kalau dia panggil aku Danny hari hari pun aku tak kisah. Hahaha!"

TUK TUK TUK

Eh...siapa pula lah malam malam buta ni ketuk pintu bilik aku... Baru tengah shok berangan.

"Niel buka pintu ni kejap. Saya nak beritahu awak sesuatu."

"Apa dia...cakap aje lah."

"Keluar lah kejap. Suara awak kurang jelas lah dari luar."

"Cakap ajelahhh!" Malas sungguh aku nak bangun dari pembaringan aku.

"Mami cakap mami dan papa and parents awak nak datang."

Huh?? Nak datang?? Habis aku...nanti kalau mama periksa bilik macam mana? Aku dengan segera bangun dan membuka pintu.

"Daddy tak cakap apa apa pun dekat aku?"

"Manalah saya tahu?"

"Bila?"

"Selasa,after maghrib."

"Selasa?" Aku mengurut dadaku.

Nasib baik. Aku ingatkan esok. Sempat lagi lah kita nak kemas apa yang patut. Rumah ni pun tak macam rumah orang yang dah berumahtangga. Gambar kahwin dalam frame satu pun tak ada.

"Esok kau ambil cuti lah. Kemas rumah ni sikit. Kau letak gambar gambar kahwin kita dekat atas meja kecil tu. Lepas tu barang barang kau semua letak dekat dalam bilik aku buat sementara waktu. Kalau kau sempat,kau pergi beli barang dapur sekali. Esok sebelum aku pergi kerja,aku bagi kau duit untuk beli barang dapur." Aku membuat plan plan secara impromptu.

"Saya? Saya buat semua tu sorang sorang?? Awak ni dah gila ke apa? Kenapa awak tak ambil cuti sekali?"

"Mana boleh Ari...nanti kantoi lah aku. Eh maksud aku..kantoi lah 'kita'. Kau nak parents kita tahu ke yang kita selama ni tak tidur sebilik?"

"Ewah ewah...senangnya awak cakap. Mestilah siapa yang nak kene kantoi. Tapi.. penatlah saya nanti. Semua benda saya yang kene buat. Awak hanya pergi kerja lepas itu balik,makan then awak relax. It's not fair!" 

"Ari...kau buat ajelah apa yang aku suruh. Jangan banyak cakap boleh tak? Takkan kerja senang pun kau tak boleh buat? Stakat kemas rumah,kemas bilik kau lepas tu pergi grocery shopping."

"Banyak tu..." Ari memuncungkan bibirnya.

Banyak mulut betul lah dia ni. Setahu aku,perempuankan multitask.

"Okey okey...how about YOU clean the house and I will settle the grocery shopping? Better???" Terpaksalah aku mengalah. Nasib baik muka dia comel. Kalau tak jangan haraplah aku nak bagi muka dekat dia.

"Okey."Ari senyum.

"Finally.."

"Eh kejap! Kenapa saya kene shift barang barang saya dekat bilik awak? None of our parents will sleep over awak tahu tak. Parents saya tak cakap apa apa pun."

"Who knows? Kau buat ajelah yang aku suruh tu. Kata orang dulu dulu,sediakan payung sebelum hujan. Okay selamat malam Iysha." Aku menutup semula pintu bilikku. Sengaja aku memanggilnya Iysha. Since dia tak mahu ceritakan aku hal sebenar,jadi aku kacau lah dia. Hah!

Mama..mama..i know you so well mama. Ni mesti nak tengok kalau Niel ada buat apa apa perangai ke tak. 

Dia jodoh aku?Where stories live. Discover now