Ariana
Aku melihat Daniel dari atas katil. Aku tergelak melihat wajahnyah yang merah padam itu.
"Asal kau gelak? Tak kelakar tau tak! Badan aku tengah sakit ni! Aduhhhh!" Daniel menggosok belakang badanya berkali kali. Aku melihatnya dan muncul rasa kasihan.
Ish tak patut kau tendang suami kau macam tu. Aku pun satu, bukannya nak tengok dulu ada apa dekat dalam selimut tu. Ari...Ari...
"Daniel...saya mintak maaf..." Aku dengan segera bangun dari baringanku dan menolong Daniel untuk bangun. Aku memegang lengannya untuk menolongnya bangun tetapi tanganku ditepis.
"Tak payah. Aku boleh bangun sendiri. I dont need your help."
Eeee sombongnyaaa!! Menyampah aku! Kalau ikutkan hati jangan harap aku nak tolong kau lah.
Aku masih lagi berdiri dekat dengannya sambil melihat dia keluar dari bilikku dengan tangannya yang masih lagi mengurut belakang badannya akibat terjatuh tadi.
Macam mana dia boleh tersalah bilik eh? Hmmm...agaknya pasal tadi aku mengenyitkan mata kat dia kot... hehehe... Aku memang sengaja pun buat begitu. Saja je nak tengok reaksinya.
"Korang berdua kata je suami isteri,tapi kemesraan antara kau berdua pun tak ada. Macam mana nak mengiratkan tali perhubungan kalau macam tu? Kalau salah satu tak nak mengaku kalah dan merendahkan sikap egoisnya, aku rasa sampai bila bila pun korang tak akan kenal hati budi masing masing. Ari, lebih baik kau buat sesuatu selagi kau boleh selamatkan rumah tangga kau sebelum kau menyesal belakang hari nanti."
Aku teringat kata kata Sur siang hari tadi. Walaupun Suraya belum lagi berkahwin hanya bertunang sahaja tetapi dia banyak memberiku nasihat nasihat tentang rumah tangga. Bukan selalu aku dapat jumpa dengan Suraya,itu pun kalau dia tak sibuk dengan kerjanya dan juga hal peribadinya. Sur banyak memberi aku kata kata semangat dan juga nasihat nasihat yang baik sepanjang aku berkawan dengannya.
Semasa aku dan Daniel berkahwin,kami hanya menjemput rakan rakan dan saudara mara yang terdekat sahaja. Majlis pun kita tidak buat besar besaran. Maklumlah...kita ni kan cuma kahwin atas kertas sahaja lagi pun kalau buat besar besarankan membuang duit aje. Walaupun aku dan Daniel duduk sebumbung tapi tak semestinya kami tidur sebilik. Danial membeli sebuah rumah yang cukup untuk kami berdua mengadakan privacy masing masing. Kami tidur di bilik berasingan. Lagipun kami dah berjanji untuk tidak sebilik and live our own life.
Tiba tiba rasa bersalah muncul di hati akibat perangai aku yang terkasar terhadapnya tadi. Aku mengambil sebotol minyak gamat di mejaku dan menuju ke bilik Daniel.
Tuk tuk tuk.
Aku mengetok pintu Danial berkali kali tetapi tiada respon. Aku cuba membuka pintu Daniel untuk masuk ke dalam. Pintunya terbuka.
Aik...Dia tak kunci? Selalunya dia kunci bilik dia. Pelik. Mungkin dia penat agaknya sampai terlupa nak kunci bilik.
Biliknya tidak dikunci, so apalagi? Aku masuk lah. Hehehe...aku cuma ingin melihat keadaannya aje.
Aku berjalan menuju ke katil Daniel. Dia sudah dibuai mimpi. Aku mendekati Daniel yang sedang terlentang di atas katil. Aku mengangkat sedikit bajunya kerana ingin meletakkan minyak di belakang badannya. Aku meletakkan sedikit minyak gamat di tangan ku dan mula menyapu dan mengurut badannya. Ada sedikit kesan lebam di belakang badannya,rasa serba salah itu makin membuak buak.
Ish.. teruk sangat ke aku tendang dia sampai berlebam badannya.
Selesai sahaja menyapukan minyak di badannya, aku menutup semula baju Daniel. Aku amati wajah Daniel yang tertidur lena. Wajahnya nampak calm bila sedang tidur. Bibirnya yang terukir itu dipegang oleh jari jemari ku followed by his nose,eyes and eyebrows. Dia sungguh sempurna bila sedang tidur. Aku memberinya kucupan di dahi.
Daniel,kenapalah kau ego sangat? Kalau kau tak ego kan best. Sepanjang kita kahwin,kau tak pernah cuba untuk perbaiki hubungan kita. Aku tahulah kita ni kahwin cuma atas kertas ke tapi kalau boleh aku
Aku menatap wajahnya yang ayu buat kali terakhir sebelum aku masuk kebiliku. Puas sahaja melihat wajahnya aku melangkah pergi dari bilik Daniel.
*********
"Thanks."
Aku sedang sibuk menyiapkan sarapan dan tiba tiba kedengaran suara Danial muncul di belakangku.
"For?" Dia berterima kasih dengan aku kenapa? Tak pernah pernah dia ucapkan terima kasih kat aku. Tiba tiba aje dia ucapkan perkataan tu.
"Letak minyak kat belakang badan aku."
Alamak! Aku hampir terlupa dengan kejadian semalam. Macam mana dia tahu aku letak minyak eh? Kalau dia tahu aku letak minyak kat badan dia maknanya dia sedar lah perbuatan aku semalam! No! Tak mungkin...mukanya nampak lena je bila tidur. Baik aku tanya dia sebelum aku terlepas cakap.
"Macam mana awak tahu?"
"Yelah bila aku bangun je badan aku bau minyak gamat. Lagipun badan aku pun dah rasa okey sikit."
"Ohhh..." pheww...lega aku dengar. Ingatkan dia sedar semalam.
"Oh...dan lagi satu,kalau nak masuk bilik aku,lain kali ketuk dulu. Faham tak? Aku tak suka orang main reda masuk je bilik aku dengan sesuka hati."
Ketuk? Excuse me. Aku dah ketuk berkali kali bukannya dia dengar pun. Dia sedap tidur lagi ada lah. Menyampah betul aku dengannya.
"Okey" itu aja yang aku jawab. Malas nak cakap dengan orang yang ego tinggi ni. Kalau kita menjawab,ada je lah dia nak cakap balik. Jadi,lebih baik aku matikan perbualan kita.
Aku menceduk sedikit nasi di pingganku dan menuang segelas kopi di cawan ku dan Daniel. Aku tidak menceduk nasi untuk Daniel kerana dia pernah kata yang aku tak tahu berapa banyak dia nak makan dan aku masih ingat lagi dia cakap yang makanan aku belum tentu sedap. Cekik darah kan mamat seorang ni. Ishhh rasa macam nak cekik cekik aja leher dia.
Usai sahaja makan pagi,seperti biasa,aku mengambil kunci di atas meja dan memakai kasut tumit tinggi ku dan menuju ke pintu kereta.
"Ari kau kelam kabut sangat ni kenapa?" Aku melihat Daniel yang sedang memakai kasutnya.
Hello...aku? Kelam kabut? Sejak bila? Bukan ke aku selalu pergi time time macam gini? Ada aja dia nak cari pasal dengan aku pagi pagi buta.
Aku mendiamkan diri dan hentikan tingkah lakuku.
"Hantar aku ke pejabat." Daniel dengan selamba membuka pintu kereta ku.
"Ewahhh.. suka hati awak aja nak suruh saya hantar awak ke pejabat? Awak ingat saya ni driver awak ke? Kereta awak tu rosak ke cik abang oiiii "
Geram aku dibuatnya. Adakah patut aku yang kena hantar dia ke kerja? Takkan kereta dia rosak? Semalam bukan main elok lagi. Kalau rosak sekali pun,dia boleh naik teksi. Ada berlambak teksi kat luar sana.
"Badan aku masih sakit lah. Semalam ada satu minah ni tendang aku. Hantar je lah aku. Lagipun kerja aku tak jauh pun dari tempat kerja kau. Jangan nak mengira sangat boleh tak?"
Aduiii bertambah sakitnya hati aku dengan kau DANIELLLL!
Aku seperti ingin sahaja memekik sekuat hatiku. Aku menarik nafas yang panjang dan cuba mengukir senyuman walaupun aku sedang berasap.
"Okey. Whatever." Malas aku hendak bertengkar dengannya pagi pagi buta ni. Pagi pagi dia dah buat mood aku down.
Aku memasuk didalam kereta dan mulakan ejen.
Sampai sahaja di tempat kerja Daniel,dia bersuara "Nanti balik kau ambil aku kol 6 kat sini." Lalu membuka pintu kereta untuk keluar.
"Tak sempat aku nak cakap apa apa dia dah blah" Aku mengomel sendirian. Ish...tak pernah dia fikir pasal aku.
Aku bergerak menuju ke kerjaku.
YOU ARE READING
Dia jodoh aku?
FantasiAriana Arysha yang berumur 22 tahun baru sahaja pulang dari belajar di luar negeri. Namun papanya,Dato'Johan mahu anak bongsunya bekerja di syarikatnya tetapi Ariana masih belum bersedia untuk bekerja dan memikul tanggungjawab yang besar. Ariana ada...