bab 12

713 26 0
                                    

Daniel

"Hey bro, termenung jauh nampak? Kau ada masalah ke?" Mikhail bertanya lalu menghirup segelas kopi yang diberikan oleh secretary ku.

"Masalah? Mana ada." Aku cuba menafikan.

"Aku bukan baru sehari dua kenal kau tapi dah bertahun tahun tau. Muka kau ni aku tengok dah macam orang stress pasal dah lama tak berak pun ada." Mikhail ketawa terbahak bahak  melihat mukaku yang sedang kusut.

"By the way bro, kau dah pergi honeymoon dengan Ariana?"

"Errmm..."

Mikhail merenung wajahku lama "Wait...let me guess...ni mesti belum kan?"

"Tengoklah dulu macam mana. Aku belum lagi bersedia lah nak pergi honeymoon ni semua. Lagipun aku ada berlambak paperwork kene habiskan."

"Hais cik abang...aku tahu lah kau ni kahwin cuma atas kertas je tapi itu tak bermaksud responsibility kau tu sebagai suami tak ada tau. Ari pun berhak mendapatkan kebahagiaan. Dah sebulan dah kau menjadi suami. Kalau kau tak bersyukur dapat Ari sebagai isteri kau,kau bagi jelah kat aku tu. At least aku boleh kasi dia bahagia." Mikhail berkata sambil ketawa.

"Lawak?" Aku dengan serius melihat Mikhail. Dia fikir ini perkara yang boleh buat main main ke?

"Ehem." Mikhail berdehem lalu bersambung "Aku main main aje lah bro. Takkan itu pun tak boleh. So apa yang boleh aku tolong kau kali ni? Kalau kau dah bersedia nak beritahu aku apa apa pun, aku akan sentiasa mendengar dan Insyaallah aku tolong apa yang patut. Aku dah anggap kita ni macam adik beradik."

Kalau betul Mikhail nakkan isteri aku,aku tak akan bagi. She is my wife. Mane tahu kalau dia cakap tu betul sebernarnya? Tapi tak mungkin lah. Dia tu kawan baik aku. Tak mungkin dia nak rampas Ari dari aku. Daniel kenapa kau sanggup bersangka buruk terhadap kawan kau sendiri? Arghhhh kenapa dengan aku ni...? Sensitif tak bertempat.

Mikhail bangun dari tempat duduknya. "Okey boss. Aku nak sambung kerja akulah. Kau renung renungkanlah apa yang aku cakapkan tadi ye. Jangan sampai kau menyesal satu hari nanti."

Aku menganggukkan kepalaku tanda respon. Kusut kepala aku sekarang ni fikirkan rumah tangga aku. Aduii.

Tapi aku amat bersyukur dapat kawan yang sungguh baik dan selalu memberiku nasihat yang baik mahupun buruk. Tapi kalau yang buruk tu...aku tak ambil lah nasihat dia.

*********

"Awak dah makan?" Ari melabuhkan punggungnya di atas sofa bersebelahan tempat aku duduk lalu mengambil remote tv dan membuka siaran.

"Dah." Aku jawab dengan pendek. Aku menyambung buat kerja aku di lap top.

Sudah sebulan aku berkahwin dengan dia tapi kami sangat dingin. Aku dan Ari jarang bercakap walaupun kami sebumbung. Kami hanya bercakap jika perlu aje. Kadang kadang terasa jugak nak tanya dia macam mana hari dia tapi bila dia balik kerja,muka dia asyik masam aje. Agaknya dia bosan kot tengok muka aku barangkali.

Sebenarnya sebelum seminggu kami berkahwin,Ari dah buat keputusan untuk bekerja sepanjang masa di company papa. Bila ditanyakan kenapa dia nak kerja,dia kata dia bosan duduk rumah sorang sorang nanti lagipun aku kemungkinan balik lewat. Jadi lebih baik dia kerja. Sebenarnya aku tak kisah pun dia nak kerja ke tak asalkan kita buat hal masing masing. Tapi depan keluarga kita, mestilah kita berlakon seperti kitaorang ni 'mesra'.

Aku merenung wajah Ari tanpa dia sedari.

Hadui...Lawanye muka kau Ari.

Aku memerhatikan gerak gerinya. Dia sedang memakan keropok Doritos. Comot. Ish... dah besar pun masih makan comot. Aku melihat Ari tergelak kecil sambil menonton tv.

Aduhhh dia dah lah manis,comel pulak tu... Kalau lah aku boleh cium pipi gebuh dia tu kan best?

Istighfar Daniel Irfan...

Aku meraup wajahku berkali kali dengan tangan kiriku.

"Ehem..." Ari berdehem.

"What?" Aku berhenti meraup mukaku dan mendongak melihat Ari. Aku cuba menyembunyikan rasa yang pelik tadi dan membuat seperti tidak ada apa apa terjadi.

"Dah puas?"

"Puas apa?"

"Tenung muka saya?"

"Jangan perasan boleh tak? Hantu pun tak sudi lah tengok muka kau." Aku senyum senis. Aku cuba membuat muka seperti selalu. Muka yang tegang. Tapi hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa lajunya hatiku berdegup rancak.

"Yelah tu...tak nak mengaku. Hmph... Kalau nak tengok lama lama muka saya,petik jelah gambar. Saya tak marahlah." Ari mengenyitkan matanya kepada ku.

Dah kenapa dengan budak ni. Tergugat iman aku. Tak pernah pernah wink kat aku tiba tiba nak wink pulak. Pelik. Mood dia hari ni nampak macam baik je..

Aku menelan air liur ku dan cuba menahan rasa malu yang teramat.

"Aku malaslah nak layan kau. Aku tidur dulu lagi bagus." Aku menutup laptop ku lalu bangun dari tempat duduk ku dan menuju ke bilik tidur.

Sampai sahaja di bilik tidur dengan gelap,aku mengusap dadaku turun naik yang berdegup rancak tadi.

"Fuhhh...Nasib baik aku boleh tahan nafsu aku ni."

Aku menjatuhkan seluruh tubuhku di birai katil lalu menyelubung seluruh badanku dengan selimut. Bilikku amat sejuk sekali hari ini tapi itu yang aku suka. Aku tidak menaikkan suhu hawa dingin. Mataku dengan perlahan menutup sikit demi sedikit.

Berapa minit kemudian aku terjaga dari tidur ku. Aku terdengar pintu bilik terbuka kemudian katilku bergerak. Aku masih lagi di posisi yang sama. Aku tidak bergerak walau seinci pun.

"AAAAHHHHHHHHHH!!!"

GEDEBUK.

Aduh...aku dapat merasakan tendangan yang amat kuat. Aku menggosok belakangku. Aku kini sudah terbaring di atas lantai. Bilik di terangi dengan lampu yang di bukak oleh Ari. 

"ALAMAK! Sorry awak! Saya tak sengaja!" Ari melihatku dari atas katil. 

Aku melihat muka Ari yang seakan akan dia sedar sesuatu "Eh kejap...apa awak buat dekat sini??? Ni bilik sayaaaa!"

Aku melihat seklilingku dan aku baru sedar bahawa aku di bilik Ariana Arysyah.

Aku cuba untuk bangun dengan segera tetapi aku gagal. Badan ku terasa amat sakit.

Arggghhh...Malunya aku...

Dia jodoh aku?Where stories live. Discover now