"Saya nak berjumpa dengan Dato' Johan. Dia ada kat pejabat?" Soal aku kepada receptionist itu. Cantik jugak dia ni."Encik ada buat apa apa appointment ke?" Aik...aku tanya dia,dia tanye aku balik pulak.
"Errr..."
"Arianaaaa!! Anak papa! " Belum sempat aku nak jawab soalan receptionist tu, kedengaran suara papa dari belakang timbul.
"Papaaa!" Aku memeluk tubuh lasak papa ku.
"Buat ape Ariana datang sini? Dah tukar fikiran ke? Hahaha" usik papa ku
"Ish papa ni...mane ade. Ari datang ni cume nak ajak makan lunch ngan papa. Tak boleh ke?"
"Ohhhh ingatkan nak kerja di syarikat ni. Hahahaha hmmm yelah yelah..jom" usik papa ku lagi kali ini dia mencubit pipi putih comel aku. Aku memuncung kan bibir.
"Asslamualaikum Dato!" Suara kedengaran dari belakang kami.
"Waalaikumsalam... Eh Daniel. Buat ape dekat sini?" Tanya papa ku sambil menyambut tangan jejaka itu.
"Nak pergi lunch. Dato pula? Hmmm siape tu" Daniel menaikkan kening nya sambil memandang aku. Aku hanya menunduk sahaja. Lelaki ni memang gatal. Sudah naik masak aku dengan diorang.
"Samalah dengan saya ni. Oh ini anak saya,Ariana Arysyah. Ari,ni Daniel." Papa memperkenal kan ku dengan jejaka ini.
Aku mendungakkan kepalaku. Penat juga kepala aku dari tadi hanya melihat lantai aja. Aku melihat tepat pada biji mata Daniel. Hmmm Daniel...sesuai degan namanya. Ade gaya...ada rupa...ada harta...senang kata,ada semuanye lah. Sekali pandang macam Brad Pitt. Dua kali pandang macam Logan Lerman. Tiga kali pandang...fuhhhhh macam superman. Kulitnya agak putih kemerah merahan. Matanya pula coklat terang. Rambutnya perang lah sikit. Senang cerita,mukanya tu macam orang putih. Aku rasa bukan aku sahaja seorang yang boleh cair tengok dia,wanita wanita diluar sana pun aku rasa boleh cair juga kot...
"Ari...ari...ARI" papa memetik jari pada ku sambil terketawa kecil.
"Eh...papa.." terkejut aku dibuatnya.
"Let's join us lunch?" Pelawa papaku kepada Daniel. Dia menganggukkan kepalanya tanda setuju. Papa senyum dan dahulukan langkah nya ke cafe.
"Lain kali...kalau nak tengok orang tu... mulut jangan lah bukak besar sangat. Hahaha..."
Daniel membisik di telingaku lalu melangkah kaki ke cafe dan meninggalkan ku dengan perasaan yang malu teramat. Muka ku mula terasa panas. Alamak...kantoi pula...*********************************
Aku melihat papa ku duduk di atas sofa sambil menonton televisyen. Aku merenung wajah papa ku. Terasa pula hati nak bertanya sesuatu mengenai Daniel tetapi...hmmm...batalkan niat aku aje lah.
"Kenape Ari tgk papa? Mcm nak tanya kan sesuatu aje? Hmmm ni mesti pasal Daniel kan? Anak Tan Sri Kamal." Papa menjatuhkan raup wajah nya pada ku.
"Eh...macam mana papa tahu ni? Ari tak tau pulak yang papa ni ade magic. Boleh bace hati orang." Aku terkejut mendengar kata kata papa ku dan jawapan yang ingin aku dengar tu.
"Yelah...Ari ni kan anak papa. Mestilah papa tahu. Lain lah kalau Ari ni anak jiran sebelah ke... anak aci ke...anak apek kat warung tu ke.." itulah papaku. Di mana aku dapat my sense of humour? Yes from my dad. Papa memang suka kes gurau mengurau ni. Tapi kalau dia serius ataupun tengah marah,boleh terbalik dunia ni. Aku masih ingat lagi masa aku darjah 5 aku nakal sangat. Aku tak tahu lah mana aku dapat kenakalan aku tu. Benda yang sangat bodoh aku buat. Aku meletakkan staple bullet di atas kerusi cikgu yang aku tak suka. Dia ni sikit sikit nak marah. Stakat tak tahu jawapan pun nak marah. So apa lagi...keluar lah tandok aku ni. Sebenarnya banyak cikgu aku dah kenekan. Padan muka diorang. Tetapi kalau difikir fikir kan balik...jahat juga aku. Nowonder lah papa marah kat aku.
YOU ARE READING
Dia jodoh aku?
FantasyAriana Arysha yang berumur 22 tahun baru sahaja pulang dari belajar di luar negeri. Namun papanya,Dato'Johan mahu anak bongsunya bekerja di syarikatnya tetapi Ariana masih belum bersedia untuk bekerja dan memikul tanggungjawab yang besar. Ariana ada...