Ariana
Aku duduk di belakang kereta sambil bermain main dengan jari jemari ku. Aku berasa sangat gementar sekali. Ada ke patut AKU yang kene bilang pasal benda ni semua? Ishhh...
"Ari... kenapa ni sayang? Nampak gelisah je" Mummy bertanya.
"Biasa lah awak dia tak sabar tu nak tengok buah hati dia" Mummy dan papa gelak bersama.
Aku tak sabar?? Oh my godddd! Aku tak akan pilih dia lah walaupun he is the last person on earth to be with. Aku memberi senyuman palsu buat mummy dan papaku.
Dengan tidak sedar kami telah pun sampai di restoran itu. Aku tidak faham lah kenapa dia nak buat reservation dekat restoran mahal macam ni. Ada banyak lagi restoran yang biasa biasa tapi nak jugak restoran alah alah classic ni.
Keluar sahaja dari kereta,aku membetulkan kainku yang terlipat sedikit dek duduk terlalu lama di kereta. Aku membetulkan rambutku .
Aku pimpin tangan mummy dan tiba tiba mummy melihatku seperti ada sesuatu yang tidak kena.
"Ari okay? Kenapa tangan sejuk?" Mummy bertanya dengan hairan.
No mummy. Ari tak okay. Kenapa tangan sejuk? Tangan Ari sejuk sebab Ari takut mummy akan kecewa dengan keputusan yang Ari akan beri malam ini. Ari tak tahu macam mana Ari nak hadap muka mummy dan Papa lepas ni. Ari takut mummy. Ari takut...
"Ari okay! Tangan Ari sejuk sebab tadi dalam kereta hawa dingin kuat sangat kot." Aku terpaksa berbohong dan memberi alasan dengan harapan mummy akan percaya. Aku memberi senyuman gembira.
Sampai sahaja di dalam restoran,kami menuju di meja Daniel dan keluarganya yang sedang duduk.
Daniel hari ini nampak segak. Lain daripada hari yang lain. Mudah mudahan hari ini akan berjalan dengan lancar. Aku pasti.
************
"Hello Sur, kau free tak hari ini? Can we meet?" Aku bertanya di gagang telefon dengan harapan yang dia akan mengatakan 'ya'.
"Hey beb...i'm so sorry. Aku hari ini ada banyak kerja nak kena habiskan. Hari lain boleh tak?"
"Oh...kalau gitu tak apa lah..." Aku jawab dengan nada yang kecewa.
"Are you okay?"
"Aku okay. Dont worry about me." Aku menggenggam tanganku dengan kuat. Aku cuba menahan untuk tidak beremosi.
"Beb i'm sorry. I got to go now. My boss is coming. I will call you back when im done with everything. Take care Ari." Suraya berbisik.
"Yeah you too."
Talian dimatikan.
Apa aku nak buat ni? Ini semua salah aku. Kalau bukan aku yang kata setuju hari tu,pasti ini semua tak akan berlaku. Aku akan kahwin tak lama lagi. ARGHHHH! Kau ni bodoh Ariana! Kenapa kau tak berfikir sebelum bercakap?!
Aku mengambil bantal di sebelahku dan mencampaknya di lantai. Im so frustrated with myself! Air mataku mula mengalir. Aku cuba menahan air mataku tetapi aku gagal.
Hanya ada dua pilihan sahaja yang aku ada. Iaitu ikut rancangan mereka ataupun aku larikan diri pada hari itu.
Tiba tiba aku merasakan telefonku vibrate. Aku melihat di skrin telefon ku yang menunjukkan ada satu mesej dari nombor yang tidak aku kenal. Aku mengusap airmataku lalu membuka mesej itu.
Unkown
It's me Daniel. We need 2 talk. See you @ 4pm @ the Coffee Bean n DON'T be late.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia jodoh aku?
FantasyAriana Arysha yang berumur 22 tahun baru sahaja pulang dari belajar di luar negeri. Namun papanya,Dato'Johan mahu anak bongsunya bekerja di syarikatnya tetapi Ariana masih belum bersedia untuk bekerja dan memikul tanggungjawab yang besar. Ariana ada...