bab4

940 33 1
                                    

"Eh Arysha,kau tak ade boyfriend ke?"

Lisa bertanya sambil tersenyum senyum.

Aku,Lisa,Dian dan Shila berborak borak di satu restaurant pizza. Sudah lama aku tidak berjumpa dengan mereka. Mereka semua makin cantik,makin ayu. Lisa dan Dian dah ada boyfriend dan Lisa pula dah bertunang. Cuma aku je yang masih single mingle. Bukan senang nak cari lelaki yang mengikut cita rasa aku. Tetapi aku percaya pada jodoh,kalau ada jodoh tak ke mane.

"Jodoh aku belum sampai lah beb."

Aku jawab dengan malas.

"Hmmm yelah tapi sampai bila? Tak kan lah pasal kisah silam kau,kau dah tak nak cari pasangan?" Dian menyoalku.

Aku terdiam. Kisah silam aku sungguh pahit dan memang tidak dapat aku lupakan. Sungguh pedih untuk mengingati kisah silam aku. Kawan kawan rapatku tahu tentang cerita ku kerana mereka ada bersamaku waktu aku perlukan bahu untuk menangis. Air mataku mula bertakung. Aku cuba untuk menahan air mataku tetapi aku gagal. Setitis air mata ku jatuh di pipi.

"Arysha...aku mintak maaf. Aku tidak bermaksud...."

"Tak apa. Aku okaylah. Aku bukan sedih,aku gembira sebab korang ada di sisiku bila aku ingin kan korang. Macam lah tak pernah nampak orang nangis gembiraa...hahahaha"

Aku cuba untuk memberikan senyuman dan aku berjaya.

"Eh eh eh!! Korang cuba tengok tu. Hensem oi mamat ni. Dahlah muka dia alah alah mat salleh. Fuhhh confirm ramai peminat" Shila menunjuk ke arah lelaki itu. Kami yang lain serentak menoleh ke arah yang Shila tunjuk. Lelaki itu seoalah olah dapat merasakan seperti ada orang yang melihatnya. Dia memusing ke tepi dan melihat ada empat mata memandangnya.

"Eh Ariana?" Bisik hati kecil Daniel.

Dia menuju ke tempatku dan di mana teman temanku berada. Dengan pantas aku terus menoleh ke depan.

"Guys he's coming!" Kata Dian.

"Hey. Awak Ariana kan? Anak Dato Johan?" Aku terdengar suara Daniel dari belakang aku.

"Ye saya." Aku menolh kebelakang mekihat Daniel. Aku menjawab seperti aku tidak sedar bahawa dia ialah Daniel. Dan aku sambung "Daniel? Buat ape dekat sini?"

"Oh i baru aje habis lunch dengan kawan i. Ni nak balik ofis lah ni. Tu yang i ternampak u." Dia berkata sambil memberi senyuman yang sungguh manis boleh membuatkan lutut aku ni longgar.

"Oh ye ke... mane kawan you?" Aku bertanya. Hmm yelah kata pergi lunch dengan kawan tapi aku tak nampak pun batang hidung kawan dia.

"Kawan i dah balik ofis dia. I yang hantar"

'Confirm yang dia ni pergi makan dengan gf dia lah tu. Hmmm...' kataku dalam hati.

"Ohh." Itu aja yang aku jawab. Takkan lah nak berborak lama kan. Depan kawan kawan aku pulak tu. Nanti tak selesa pula dia.

"Okay lah kalau macam tu i gerak dulu. I dah lambat ni. Oh ya and this is my card." Daniel mengeluarkan card bisnes nya dari dompet dan memberikan kepada aku.

"Oh thanks." Aku memberikannya senyuman.

"So if anything you can just give me a call. Nice meeting you girls." Senyuman manis nya diberikan lagi.

Aku melambai kan tangan ku kepada Daniel dan dia melambai kembali. Kawan kawanku mencubit cubit ku dan menggelakkan ku.

"Apa yang kelakar ni?"

"Tu jodoh kau dah sampai"

"Ish merepek aje lah korang ni." Lalu aku mennyambung meminum air latté.

"Daniel lama bebenoh kau ni pergi lunch?" Tanya Mikhail.

Mikhail ialah sahabatnya sejak kecil lagi. Dialah dimana Daniel selalu meluahkan dan dialah jugak penasihat kepadada Daniel.

"Lama? Mana ada...aku lambat 15 minit je kut... aku ni kan boss kecik kat sini. Suka hati aku lah"

Ish berlagak pulak dia ni. Bisik hati kecil Mikhail

"Ialah...tu aku tahu. Sekarang ni masalah nye kau dah 10 minit lambat nak pergi meeting"

"ALAMAK! Kenapa tak beritahu aku awal awal!" Daniel berkedut dahi sambil melihat jam tangannya yang menunjuk pukul 1.20pm

"Macam mane aku nak bilang kau. Call tak angkat,msg tak reply. Mmmm kluar ngan Sally lah tu,tak pun Cat or Linda or Cheryl" Mikhail memberi senyuman sinis.

"Jom kita pergi sekarang. Dah lambat ni" Daniel terus mengambil file file yang patut dan menghiraukan perbualan kawannya itu.

Dia jodoh aku?Where stories live. Discover now