Daniel
Sudah dua hari Ariana berkurung di dalam biliknya. Aku baik baik tak risau terus menjadi risau.
Aku mengetuk bilik Ari berkali kali tetapi tiada respon. Aku menekapkan telingaku pada bilik pintu. Aku terdengar bunyi tersedu sedu di belakang pintu. Dia menangis sebab aku ke? Jahat sangat ke aku? Setahu aku,aku ni taklah jahat mana pun. Ramai wanita wanita di sana kata aku ni baik hati sebab selalu belanja mereka shopping. Kiranya baiklah tu.
"Ari...kau okey tak?" Aku berdiri di depan pintu menunggu respon dari Ari.
"Buka lah pintu ni."
Masih tiada respon.
"Ariana Arysha! Buka pintu ni sebelum aku..."
Pintu dengan perlahan dibuka.
"Mata kau...kau nangis ke?" Aku memerhatikan muka Ari. Dia dengan pantas mengelap air matanya.
"Mana ada saya nangis? Saya okey lah...Tak perlu lah awak risau..."
"Tak perlu risau kau kata?! Kau kurung diri kau dalam bilik selama dua hari,dari hari jumaat sampai hari ni,aku pun tak tahu kau dah makan ke... belum makan ke...kau tahu tak parents kau telefon aku tanya kenapa kau tak jawab panggilan diorang? Kau nak tahuapa aku jawab?" Ari masih lagi menundukkan kepalanya di bawa.
"Aku terpaksa tipu mama dengan papa yang kau ni tidur rumah Sur dan lupa bawa telefon. Ari,kau ni dah kahwin tau. Kalau terjadi apa apa,aku yang kene bertanggungjawab. If there's something wrong please let me know. Jadi taklah sampai macam ni. Lain kali at least kau beritahu lah mama dengan papa yang kau ni akan merajuk dalam bilik. Jadi tak perlu lah aku free free aje kene cover line untuk kau,menipu pula tu."
Ari masih tersedu sedu lagi. Rasa bersalah mula terasa.
"Ariana...ermm...hari tu kau kata kau nak beli barang tu kan...kau dah beli?" Kali ini aku bercakap dengan lembut.
Ari menganggukkan kepalanya.
"Bila masa kau beli?"
"Malam tu.."
"Tak nampak pun kau keluar?"
"Awak dah tidur" Aku lupa malam tu aku tidur awal sebab terlalu letih mata aku.
"Oh... kau ni buat apa dekat dalam bilik tu?" Aku cuba melihat apa di dalam biliknya dari tempat yang sedang aku berdiri.Terdapat beberapa keping gambar dan jugak kotak kotak kecil di atas katil Ari. Aku ingin memasuk ke biliknya tetapi langkah ku terhenti oleh tangan Ari. Dia menahan tubuhku dan menolakku hingga di depan bilikku.
"Ni,bilik awak dan yang tu bilik saya."
Ari masuk ke dalam biliknya setelah berjaya menolakku ke bilik.
Ish...budak ni..
Aku menelefon Mikhail dengan harapan supaya dia memjawab panggilan.
"Bro,kau free tak sekarang?"
"Free. Kenapa? Nak jumpa ke?"
"Ye. Meet tempat biasa bro."
"Boleh boss."
Bosan betul lah duduk dekat rumah ni. Ada isteri macam takde isteri. Nak ajak berborak pun susah. Baik aku keluar dengan Mikhail lagi best. At least ada juga orang aku nak ajak berbual.
Dua jam kemudian,aku pulang ke rumah dengan harapan Ari sudahpun pulih dari kesedihannya.
"Baru balik?"
Aku terkejut melihat Ari di depanku.
"Eh...dah pandai keluar bilik. Ingatkan tak reti nak keluar. Ye aku baru balik."
YOU ARE READING
Dia jodoh aku?
FantasyAriana Arysha yang berumur 22 tahun baru sahaja pulang dari belajar di luar negeri. Namun papanya,Dato'Johan mahu anak bongsunya bekerja di syarikatnya tetapi Ariana masih belum bersedia untuk bekerja dan memikul tanggungjawab yang besar. Ariana ada...