bab 11

745 26 1
                                    

Ariana

"Kita kahwin. Lepas tu kita ada kan plan B."

Aku terkejut dengan apa yang aku dengar. Betul ke? Daniel Irfan anak Tan Sri Kamal nak kahwin dengan budak yang macam aku ni? Yang tak hot and sexy? Dia sendiri yang mati mati tak nak kahwin tapi...apa semua ni?

"Kau serius ?" Aku bertanya inginkan kepastian. Mana tahu kalau dia main main ke?

"I'm dead serious. Lepas kita kahwin nanti kita berlakon depan parents kita yang kita ni 'happy couple'. Pada masa yang sama, we plan out about our plan B" Daniel bercakap seperti dia tahu apa yang sedang dia cakapkan ini.

Plan B huh... Kalau aku dah kahwin dengan mamat berlagak dan ego ni dah sah sah lepas tu nanti dia cerai kan aku lepas tu nanti aku jadi...JANDA?? AHHHHH AKU TAK NAK PEGANG NAMA TU! Jatuh saham aku nanti!!

"Ari...Ariana...ARIANA ARYSYAH!" Daniel melambaik lambaikan tangannya di depan wajahku.

"Huh? Apa kau cakap tadi?" Aku cuba menghiraukan bayangan yang akan terjadi jikalau aku menjadi janda.

Think positive Ari!

"Kenapa dengan kau? So is it a deal?"

No deal man...no deal...kalau ikutkan hati aku,aku memang tak ingin pun kahwin dengan mamat macam kau. Dah lah tak gentlement,tak romantic,ego pun setinggi gunung. Dia tak ada pun ciri ciri lelaki idaman aku. Hmph...tak semudah itu aku nak deal dengan dia. Mana tahu kalau dia sentuh aku dan ambil "dara" aku lepas tu tinggalkan aku bulat bulat? Omggg that wont be happening!

"But with one condition." Aku melihatnya dengan renungan yang sirius.

"What now?? Syarat ape?" Danial bertanya dengan bingit.

"Kita tak boleh tidur sekatil dan kau tak boleh bersentuhan dengan aku walaupun kita dah sah menjadi suami isteri. A deal?"

Daniel tersenyum sinis. Ishh! Geram aku tengok muka dia.

"Hah. Small problem aje. Lagipun..." Daniel melihat ku atas hingga bawa lalu bersambung "...you're not my cup of Latté. Its a deal then." Daniel menghulurkan tangannya.

Dia fikir dia ni 'My cup of Latté' jugak ke? Oh pleaseee...

Aku menyambut tangannya tanda setuju dengan perancangan kami.

"Whatever Daniel Irfan..." Lalu menjelingnya tajam.

Kring...kring...kring...

"Halo. Aku tahu Mikhail. Ye. Aku tengah on the way sekarang." Daniel meletak panggilannya.

Aku melihat Daniel melangkah pergi tanpa mengadakan kata kata akhir. Wow... he is so rude. I can't believe i'm going to get married with him.

********

Sampai sahaja di rumah,aku mencari tubuh Mummy dan Papa. Aku mencari mereka di ruang tamu,di bilik tidur,di dapur,di tandas,di belakang rumah tapi tak ada sesiapa pun.

Ish...mana diorang ni?

"Assalamualaikum..."

Ehhh...tu macam suara Papa je.

Aku berjalan dengan pantas menuju ke pintu rumah.

"Baru balik? Best tak?" Papa tanya sambil tersengih sengih kambing.

Kenapa dengan Papa ni? Dah buang tebiat ke? Apa yang best?

"Ah ah Pa... Ari baru aje balik. Apa yang best? Pa mana mami?"

"Ari tadikan 'dating' dengan Daniel? Mami kamu ada tu dekat kereta. Pergi tolong mami dan papa angkat barang barang dapur ye sayang."

Dating? Eeee memang tak lah.

Aku terus melangkah keluar untuk menolong mami mengangkat barang barang.

Usai sahaja makan malam, papa ku tiba tiba melihatku sambil tersenyum senyum.

Ish dah kenapa dengan Papa ni?

"So macam mana tadi? Best?"

"Apa ni pa? Dari petang tadi Papa asyik tanya Ari 'best' ni kenapa?" Aku bertanya dengan rasa bingit.

"Daniel jumpa Papa pagi tadi dekat pejabat katanya nak ajak kamu keluar abeh siap tanya Papa nombor Ari lagi. Papa hairan lah dengan kamu berdua,nak berkenalan tapi tak ada nombor telefon masing masing."

Ohhh berani si budak ego tu jumpa Papa aku!? Siang siang tak nak mintak nombor aku! Dasar lelaki ego! Memang lah dia ajak aku keluar tapi kalau ajak aku shopping best jugak ini tak. Ada ke dia marah marah aku. Ishhh...

"Oh. Dia malu lah kot nak tanya Ari directly sebab tu dia tanya Papa."

Hah yelah tu..malu lah sangat.

"Jadi macam mana dengan persiapan kamu berdua? Dah rancang?" Papa bertanya sambil melihatku dengan wajah yang tenang.

"Ah ah Ari..baik Ari plan dengan Daniel nak warna apa baju pengantin nanti,tema apa,berapa orang nak jemput,nak design apa untuk baju pengantin...huh banyak benda tau nak kene plan." Kedengaran suara mami dari belakangku. Aku memusingkan kepalaku dan melihat mamiku yang baru sahaja keluar dari dapur. Aku memberinya senyuman

Alamak...banyaknya benda kena fikir. Aduh...susahlah kalau macam ni. Tapi aku rasa aku perlukan lagi masa untuk persiapan ni. Lagipun aku belum bersedia untuk berkahwin! AHHHHH STRESS AKUUU!

"Mami...i think we need more time pasal perkahwinan kita. Minggu depan tak macam cepat ke untuk kita kahwin? Nak siapkan barang barang lagi...err...sekurang kurangnya dua bulan? Lagipun kakak akan berkahwin bulan depankan? Macam tak manis gitukan kalau Ari yang kahwin dulu? " Aku mengigit bibirku. harap harap mami dan papa setuju lah dengan idea aku ni...

"Dua bulan? Hmmm ye lah. Betul kata Ari. Takut nanti kecil hati kakak kau tu. Nanti papa beritahu Uncle." Kata Papa sambil mengangguk tanda setuju.

Dia jodoh aku?Where stories live. Discover now