bab6

812 26 1
                                    


"Mami dan papa sudah bercadang untuk bersatukan Ari dengan anak Dato Kamal." Kata papaku dengan senyuman

"Apa??! Satukan Ari dengan mamat yang berlagak tu?! No pa...no.." aku terkejut dengan cadangan papa dan mami ni. Tak mungkin aku nak berkahwin dengan dia. N-O,NO.

"Papa tak paksa kamu untuk berkahwin sekarang. Kamu boleh fikir lah masak masak. Tetapi papa dan Dato' Kamal teringin sangat nak jodoh kan kamu berdua."

"Tapi pa...Ari ni muda lagi. Nak enjoy pun belun puas lagi. Lagipun...Daniel tu dah ada girlfriend. Tak mungkin dia nak kan Ari."

"Kamu ni Ari...siapa kata dah kahwin tak boleh enjoy? Tengok mama kamu ni. Happy aje. Dan pasal girlfriend Daniel tu jangan lah kamu risau. Sedang kan papa dia pun tak berkenan dengan mereka."

'Mereka? Apa maksud papa ni? Takkan lah si mamat berlagak tu ada girlfriends? Wow... how impressive.' Aku berkata di dalam hati sambil melihat wajah papa ku.

"Ari sayang...mami dan papa beri kamu waktu berfikir. Jangan terburu buru buat pilihan. Okay lah mami nak pergi dapur dulu,nak masak." Mamiku memberiku senyuman lalu pergi ke dapur.

Aku memerhatikan tingkah laku ibuku. Hati aku seakan akan menjadi lemah secara tiba tiba apabila aku melihat wajah lembut dan ayu ibuku.

Patutkah aku berkahwin dengan Daniel? Macam mana kalau aku membuat pilihan yang salah? Tetapi aku kasihan kan ibubapa ku. Kalau ini sahaja cara yang akan membuatkan mereka bahagia aku ikut sahaja dengan cadangan mereka. Tetapi....bagaimana dengan Daniel?

*********************************

"WHAT?! Daddy! Are you kidding me? Goshhh...this is just like a typical malay drama. Why do i have to marry her?? I dont even know her and i dont even love her!" Daniel memberontak. Dia menggengam tangannya dengan penuh amarah.

"Keputusan daddy mutamad. Lagipun rasa cinta tu akan ada lepas kahwin nanti. Percaya lah cakap daddy." Dato' Kamal bercakap dengan tegas. Mukanya amat tegang.

"Daddy,mana Niel nak letak girlfriend Niel? Tak aci lah macam gini"

"Hah...girlfriend? Or girlfriends? Sampai bila Niel nak bermain main macam gini? Ini lah masanya untuk Niel Buck up! Umur Niel ni bukannya semakin muda... Niel kena ingat...Mama dan Daddy dah tak larat lagi tau. Jadi Daddy harap Niel faham" papa nya berkata sambil sengaje menekan 's' pada perkataan girlfriends.

"Daddy,can you please give me time to think about it atleast??"

"Yes sure. Take your time. Papa tak mahu kamu buat keputusan terburu buru. Lagipun kamu tu akan menjaga anak dara orang." Suara tegas Dato' Kamal jelas didengar oleh Daniel. Dia menyambung membaca buku magazine nya.

Daniel menaiki anak tangga ke bilik.

"ARGHHHH! NI SEMUA TAK ADIL!" Daniel melontarkan bantal nya ke lantai. Dia sungguh marah sekali dengan sikap daddy nya yang tidak adil terhadap dirinya.

"Tapi...kenapa kau Ariana? Kenapa bukan Melissa? Melissa...i miss you so much" Daniel duduk di birai katil sambil melihat gambar seorang gadis yang berbangsa asing di dalam telefon bimbitnya. Air mata Daniel mula menakung. Dia berasa seperti separuh daripada nyawanya hilang setelah Melissa meninggalkannya 3 tahun yang lalu.

Mata Daniel terasa amat berat lalu dia menjatuhkan tubuh nya di atas katil. Badannya terasa amat letih sekali dan tidak bermaya. Matanya dengan perlahan lahan tertutup.

"Ish...mana Suraya ni?? Kata jumpa pukul tiga tapi sekarang dah pukul tiga empat puluh." Kataku seorang diri sambil melihat jam tangannya yang menunjuk pukul tiga empat puluh.

Sudah hampir satu jam aku menunggu Sur sampai tetapi tidak muncul muncul. Aku memegang tekak ku,terasa dahaga pula. Aku pergi dari tempat itu dan melangkahkan kaki ke kedai runcit berdekatan.

Sampai sahaja di kedairuncit,aku membuka peti ais minuman lalu mengambil sebotol air Green Tea. Dengan tidak berlengah,aku terus membuka tempat tutup botol itu selesai sahaja aku membayar minumanku. Aku meminum sambil berjalan balik ke tempat tadi aku menunggu Suraya. Sambil berjalan ke situ,seorang jejaka segak tiba tiba muncul dan terlanggar aku. Air botol yang tadi aku pengang jatuh lalu tumaph ke lantai.

"Ehhhh! Awak ni bu.." kata kataku terhenti apabila melihat jejaka itu.

"Maafkan saya encik. Saya tak sengaja." Jejaka itu melihat ke bawah dan ternampak minuman aku jatuh dan tumpah di lantai.Aku melihat gerak geri jejaka itu yang sedang mencelupkan tangannya di dalam kocek dan mengeluarkan dompetnya sambil berkata "Encik ambil lah duit ini boleh gantikan minuman awak. Awak tak apa apa kan?"

"Oh errr...saya okay. Tak apa lah awak simpan aje duit ini. Ini perkara kecik je." aku menolak tangan yang dihulurkan oleh jejaka itu lalu memberinya senyuman yang paling manis.

"Tak apa lah. Ambil aje duit ni, Oh ye...dan ini card saya. Saya dah lambat ni nak jumpa kawan saya. Saya pergi dulu" Dengan tidak berlengah,dia melangkah pergi.

"Wah...handsomenya...baik pulak tu. Lagi baik dari Daniel." aku membaca name card itu.

"Mikhail...sedap namanya. Macam orangnya juga. hehe.." katanya sambil tersenyum senyum seorang diri.

Tak semestinya orang handsome tu baik. Mana tahu kalau dia tu ada ramai gadis di luar sana. Ingat Ariana apa yang telah terjadi dulu. Dont repeat the same mistake.

Aku menggeleng kepalaku berkali kali dan cuba menghiraukan suara yang bermain di fikiranku. Tiba tiba telefonku berdering. Nama yang terpancar di skrin telefonnya ialah Suraya.

"Alamak! Suraya!" Aku hampir terlupa dengan temu janjiku dengan Suraya. Aku berjalan dengan pantas menuju tempat yang sepatutnya.

Dia jodoh aku?Where stories live. Discover now