KRING!!!
Semua pelajar automatik bergegas gegas turun dari tangga untuk pulang ke rumah.
"Em Airis,aku betul betul minta maaf pasal tadi. Aku tak sengaja."ujar Hana dengan riak serba salah.
"Takde apela Hana, bukan masalah besar pun. Lupakan aje okey."balas Airis. Afia mula menukar topik untuk membuat keadaan tersebut lebih ceria.
"Hana, esok kau pergi campaign sekolah kan?"soal Afia.
"Haah, aku ajak korang, korang tak nak. Tengok aku kena pergi sorang sorang."balas Hana membuatkan Airis tersenyum.
"Kitorang bukan tak nak ikut. Tapi kitorang tak reti la semua bende tu. Lain la kau Hana."balas Airis membuatkan Afia menghela nafas lega.
"Berapa lama kau pergi?"soal Afia.
"Seminggu."
"Uish lamanya!"ujar mereka serentak.
"Kenapa lama sangat Hana. Hm kalau aku rindu macam mana? "balas Airis sedih. Hana mula tertawa.
"Seminggu tu tak lamalah, pejam celik pejam celik dah seminggu."ujar Hana menenangkan hati rakan rakannya itu.
"Ha jomlah balik, Hana mesti nak kemaskan barang campaign dia esok."celah Afia.
"Eh korang baliklah dulu. Aku ada perjumpaan kat bilik kaunseling nanti."ujar Airis. Dia juga tidak tahu apa yang ingin dikatakan oleh gurunya. Mereka jarang membuat perjumpaan selepas pulang sekolah. Biasanya kalau begini mesti ada hal kecemasan.
"Ouh yeke? Kau nak kitorang tunggu tak?"soal Hana.
"Haah aku okay je."sambung Afia.
"Eh tak payahla, aku pun tak sure ni lama ke sekejap. Takpe korang balik je dulu, aku okay."balas Airis tidak mahu menyusahkan rakan rakannya itu.
"Airis!!!"serentak dengan itu mereka bertiga terus menoleh.
"Eh Haris, kau buat apa kat sini?"soal Airis. Afia sudah mula memerah wajahnya melihat Haris.
"Aku sebenarnya nak minta tolong kau ajar subjek yang aku tak faham. Jom!"pinta Haris.
"Ouh sorry lah. Aku ada perjumpaan lah sekarang. Apa kata kau minta tolong diorang."balas Airis kemudian memandang ke arah Hana dan Afia.
"Eh aku tak boleh, aku kena kemas barang campaign esok."ujar Hana. Sebenarnya mereka mahu memberi peluang kepada Afia untuk lebih rapat dengan Haris.
"Em aku takde ape nak buat. Boleh ke kalau aku..."
"Ha boleh je lah. Jom la, aku tunggu kat bawah."pintas Haris kemudian turun dari tangga.
Afia tercengang. Dia mula teruja mendengar persetujuan Haris. Airis dan Hana sudah mula tertawa melihat riak muka Afia.
"Korang dengar tak tadi? Dia setuju. Jadi kitorang akan keluar berdua la ni kan?!"soal Afia teruja.
"Iya cik Afia,kitorang tahu kau teruja sangat tapi tutupla mulut tu sikit."mereka berasa lucu dengan reaksi rakannya itu.
Hm tolonglah faham, bukan senang crush nak ajak keluar berdua huhu.
"Korang, aku gerak dulu eh. Babai!"ujar Airis kemudian bergerak menuju ke bilik kaunseling meninggalkan Hana dan juga Afia yang masih lagi teruja itu.
"Hana, kau dengar tak... "
"Iye fia, aku dengar. Dah, jom turun."pintas Hana sambil menarik tangan Afia bergerak menuju ke bawah. Kalau tidak ditarik pasti Afia akan kaku di situ sampai hari esok.
YOU ARE READING
WHO ARE YOU?!
Любовные романыAiris tak pernah sangka apabila dia dapat jawatan pembimbing rakan sebaya yang dia idamkan tu akan buatkan fikiran dia sangat berserabut! Harinya yang indah mula menjadi malapetaka apabila dia terpaksa berurusan dengan pelajar baru yang mempunyai ma...