BAB 4

11 3 0
                                    

Mata Airis mula membulat manakala Afia sudah mula menutup mulutnya dengan kedua kedua belah tangannya.

"Omaigad Amir aku memang tak sangka!"kata kata Airis membuatkan kepala Afia terangguk angguk.

"Ha kan aku dah cakap yang dia tu... "kata kata Amir dipintas oleh Airis.

"Tak sangka pulak aku, anak cikgu tu iras orang India!"ujar Airis dengan nada yang terkejut. Afia dan Amir terus menoleh ke arah Airis dengan riak muka bingung. Afia menoleh kembali ke arah lelaki tersebut.

"Woi! Itu Yasvantha la mangkuk! Apela kau ni Airis! Bukan yang tu lah aku cakap. Yang tengah galas beg hitam tu!"marah Amir sambil menunding ke arah lelaki yang dimaksudkannya itu. Airis mula bingung.

'Lah, aku salah tengok ke?'
Airis mula mencari cari gerangan lelaki yang disebutkan oleh Amir. Bebola mata Airis terus membulat, mulutnya melopong sebesar besarnya. Amir dan Afia terus mentertawakan Airis.

"Hensem kan beb, aku pun tak sangka tau!"puji Afia yang faham tentang riak wajah Airis.

"Bukan pasal tu la!"bantah Airis.

"Aik? habistu pasal ape kau melopong ni?"soal Afia.

"Laki tu! Dia lah yang langgar aku tadi."balas Airis sambil menundingkan jarinya ke arah lelaki tersebut.

"HAH!!"jeritan daripada Amir dan Afia membuatkan Airis terus menutup kedua belah telinganya.

"Jadi dia lah yang langgar kau tadi?!"

"Eh choi! Bila dia langgar kau?"

"So korang dah kenal la ni?!"

"Omaigad beb untungnya kau!!"

Bertalu talu soalan yang diberikan oleh Amir dan Afia.
"Eh korang ni aku hempuk sekor sekor kang. Iya, diala yang langgar aku tadi. Aku tak sure lah dia tu kenal aku ke tak. And... sampai mati pun harini akan jadi hari yang malang untuk aku tau!"bantah Airis sekeras kerasnya.

"Habistu... "

"Aduh dahla Amir, baik kau pergi siapkan homework kau tu. Mesti tak siap lagi kan?"tebak Airis.

"Hish kau ni tahu tahu je, dahla! Bai!"sejurus dengan itu Amir terus berlalu pergi ke tempat duduknya.

"Ish apela Amir tu.. "ujar Airis sambil menoleh ke arah tempat duduknya membelakangi Afia.

"Airis!"jerit Afia.

"Ya ampun Afia, ape lagi?!"pening Airis dibuatnya.

"Baju kau terkoyak!"ujar Afia dengan nada perlahan.

"Ha?! Kat mane?"soal Airis sambil berusaha melihat bahagian belakang bajunya itu.

"Dekat bahagian bawah baju kau tu. Alamak macam mana ni?"risau Afia.

'Hm ni mesti pasal accident tadi'bisik Airis.

"Takpela Fia, aku pergi bilik kaunseling kejap eh ,boleh jahit baju aku kat situ."balas Airis. Dia beruntung kerana di bilik kaunseling memang disediakan alatan menjahit tangan untuk memudahkan pelajar di sekolah jika ada hal kecemasan seperti ini.

"Ha okeyla, nanti kalau cikgu tanya apa apa jangan risau. Aku tolong jawabkan."ujar Afia.

"Okey thanks Fia."Airis terus berlari lari kecil dek malu dilihat orang sambil memandang sekeliling menuju ke bilik kaunseling.

***

Aryan meletakkan beg sandangnya di kerusi tempat duduknya di sebelah tingkap kelas. Dia mula duduk tanpa menghiraukan orang sekeliling.

WHO ARE YOU?!Where stories live. Discover now