BAB 6

7 2 0
                                    

Airis yang ralit menyiapkan kerja kursus akaunnya itu terhenti seketika apabila menyedari ada tangan yang sedang menepuk bahunya dari tadi.

"Ris, Syed panggil tu suruh pergi bilik kaunseling."ujar Hana membuatkan Airis menoleh ke arah Syed yang berada di luar kelas.

Airis terus mengemas mejanya sebelum berangkat menuju ke bilik kaunseling bersama Syed. Dalam perjalanan,Syed tiba tiba menceritakan perihal Aryan.

"We ris, kau tau tak aku ni susah betulla nak ngam dengan si Aryan tu."ujar Syed sambil membetulkan kaca matanya yang sedang dipakainya itu.

"Kenapa kau cakap macamtu?"soal Airis hairan walaupun dia sudah tahu apa yang dimaksudkan oleh Syed itu.

"Aku cubala berbual dengan dia. Tapi dia tu dinging sangatla. Aku tanya banyak, dia jawab sepatah. Haih, macam mana aku nak rapat dengan dia ni."ujar Syed sambil mengeluh.

"Aku tau kau nak tolong Cikgu Suzana, tapi kau tak payahla nak paksa diri kau. Dia tu memang macamtu,"balas Airis membuatkan Syed terpinga pinga.

"Kau cakap ni macam kau dah jumpa je si Aryan tu. Kalau kau jumpa dia ris, memang kau pun akan cakap macamni tau."omongan Syed membuatkan Airis mengeluh.

'Kalaula kau tahu perangai dia lagi teruk dari tu, mesti kau pun takkan percaya.'bisik Airis sambil teringat tawa kuat Aryan apabila dia didekati oleh si 'haiwan liar' tersebut.

Apabila tiba di bilik kaunseling, mereka terus memberi salam kemudian masuk ke dalam bilik tersebut. Airis tertoleh toleh mencari kelibat Cikgu Suzana. Malangnya Cikgu Suzana tidak kelihatan.

Melihatkan Aryan yang sedang duduk di atas sofa dengan lagak selambanya itu membuatkan Airis berfikir alasan Cikgu Suzana tidak hadir dalam perjumpaan hari ini.

"Baiklah, pertama sekali saya minta maaf bagi pihak Cikgu Suzana yang tidak dapat hadir atas perjumpaan kali ini. Hari ini perjumpaan kita hanya ringkas, sekadar untuk memilih salah seorang pelajar prs untuk membantu Aryan belajar perihal sekolah ini. "ucap Cikgu Herna.

Mereka tahu Cikgu Herna berkata sedemikian untuk mencari seseorang yang boleh mendengar luahan Aryan, di samping itu membantu serba sedikit tentang permasalahan Cikgu Suzana.

"Cikgu! Saya tawarkan diri saya untuk menjadi rakan seperjuangan Aryan! Eh eh, maksud saya rakan yang bantu dia belajar selok belok dalam sekolah ni. Hehehe."seperti biasa Arif sentiasa menjadi orang yang paling bersemangat untuk bersama dengan Aryan. Lebih lebih lagi bila dia tahu Aryan tu terkenal, lagi la dia nak tumpang sekaki.

"Saya rasa lebih baik dia dengan saya, cikgu. Sekurang kurangnya saya lebih tahu selok belok sekolah ni daripada Arif tu cikgu."Kina juga menawarkan dirinya. Siapa yang tak kenal Kina yang pantang nampak lelaki hensem. Mesti dia takkan lepaskan peluang ini.

"Saya pun nak tawarkan diri saya cikgu!"ujar Syed dengan bersemangat. Airis terlopong. Baru sahaja tadi Syed mengadu perihal perilaku Aryan kepadanya. Tapi sekarang dia juga bersemangat untuk menjadi rakan baharu Aryan.

'Ish ish ish, dorang sanggup eh buat kerja ni. Kalau aku mati hidup balik pun taknak.'bisik Airis.

Semua pelajar di situ tak henti henti mengangkat tangan mereka sambil memberitahu Cikgu Herna tentang kelebihan diri masing masing yang dapat membantu Aryan. Kasihan Cikgu Herna yang mula pening lalat melayan kerenah mereka semua.

Tanpa disedari oleh sesiapa, sedari tadi Aryan memandang tepat ke arah Airis dengan tatapan dinging. Dia tidak kisah akan perihal tersebut. Yang dia kisahkan adahal gadis yang ditatapnya dari tadi. Dia ingin menyiasat perihal gadis tersebut, kerana sepertinya ada yang tidak kena soal gadis itu.

WHO ARE YOU?!Where stories live. Discover now