Afia hanya melemparkan pandangan kosong ke arah teh ais yang berada di atas meja di hadapannya itu. Tekaknya tiba tiba tidak selera ingin menjamah air tersebut. Lamunannya terhenti apabila mendengar telefonnya berdering menandakan ada pesan masuk. Dia mula mencapai telefonnya itu kemudian membaca pesanan yang dikirimkan oleh Hana.
Dia mula menelefon Hana.
"Afia!! Kau dah habis pertandingan ke?"soal Hana kegirangan.Afia terus tersenyum mendengar suara sahabat baiknya itu.
"Dah. Baruje."balas Afia."Habistu macam mana keputusannya?"soal Airis yang sedang berada di samping Hana.
"Airis pun ada?"soal Afia. Otaknya mula teringatkan peristiwa tadi.
"Haah, aku sekarang ni kat rumah dia. Kau tau tak tadi masa lari baten si Airis ni terjatuh sebab ada batu hempap kepala dia!"ujar Hana. Serentak dengan itu Afia terus bangun dari duduknya.
"Ha?! Habistu macam mana? Airis kau okey tak?!!"soal Afia dengan nada yang terlampau risau.
"Ish aku okey jela. Sekarang dah keluar hospital dah."ujar Airis kemudian Afia menghela nafas lega.
Tipula kalau dia cakap dia tak risau dengan keadaan Airis. Walaupun dia tahu Haris sukakan Airis tapi Airis tetap sahabat baiknya.
"Ha ni keputusan kau macam mana?"soal Hana.
"Belum keluar lagi."balas Afia.
"Ouh. Takpe Afia, kitorang doakan kau yang akan dapat juara dalam pertandingan ni. Kitorang nampak kau dengan Haris dah usaha keras selama ni."ujar Airis membuatkan Afia tersenyum.
"Terima kasih korang. Eh aku dah kena tutup ni, pengacara dah minta semua peserta berkumpul."ujar Afia apabila mendengar Miss Jun memanggilnya.
"Ha okeyla. Apa apa bagitau kitorang tau! Byee!!"sejurus dengan itu Afia terus bergerak mendekati Miss Jun. Apabila ternampak kelibat Haris dia mula berfikir sesuatu.
'Agak agaknya apa reaksi Haris ye kalau dia dapat tahu Airis cedera masa lari tadi. Aku kena bagitau ke tak eh?'soal Afia sendiri.
"Baiklah. Keputusan daripada pihak juri sudah ada di dalam genggaman saya. Jadi tanpa membuang masa saya akan mengumumkan peserta yang mendapat juara dalam pertandingan nyanyian peringkat sekolah pada tahun ini ialah... "Serentak dengan itu semua peserta mula berdoa supaya sekolah mereka dapat memenangi pertandingan tersebut. Ada juga yang tak boleh duduk diam dek kerana terlalu resah dengan keputusan yang bakal diumumkan.
"Haris dan Afia!!!"serentak dengan itu Miss Jun terus menjerit kegembiraan.
"Dipersilakan peserta dan guru pebimbing untuk naik ke atas pentas serta mengambil hadiah yang telah disediakan."para penonton di situ mulai menepuk tangan terhadap kejayaan mereka.
Mereka bertiga terus naik ke atas pentas. Haris dan Afia memegang piala seorang satu manakala Miss Jun memegang saguhati dan piala dari pihak penaja. Haris tersenyum kegembiraan memandang ke arah Afia. Afia juga turut menenangkan hatinya dengan meraikan kejayaan mereka.
Selepas taklimat daripada penaja, mereka pun bersurai. Telefon Haris secara tiba tiba berdering. Haris mengangkat telefon dari ibunya itu. Apabila dia mendengar perihal tersebut dari ibunya ,riak wajahnya mulai berubah panik.
"Kenapa ni Haris?"soal Miss Jun. Afia hanya memandang tingkah laku Haris dengan bingung.
"Miss, boleh tak kita balik sekarang?"soal Haris.
"Boleh. Lagipun acara pun dah selesai. Kejap ye Miss ambil kunci kereta. Korang pergila tunggu dekat kereta."arah Miss Jun kemudian bergerak menuju ke tempatnya.
Haris dan Afia terus bergerak ke arah kereta Miss Jun.
"Kenapa ni Haris? Apa jadi?"soal Afia apabila melihat tingkah laku Haris yang seperti cacing kepanasan."Airis kemalangan waktu lari tadi. Aku baru tau sebab mak aku call tadi."ujar Haris dengan nada yang risau. Dirinya tika ini kelihatan sangat tidak tentu arah. Afia hanya terdiam. Di sudut hatinya dia juga sedang risau akan keadaan Airis.
"Kenapa kau diam je?"soal Haris kebingungan apabila Afia tidak bertanya apa apa soal perihal tersebut.
"Sebenarnya aku dah tahu dari tadi sebelum kita tahu keputusan lagi."balas Afia. Haris mula berang.
"Habistu kenapa kau tak bagitau aku?!"marah Haris. Terhinjut bahu Afia apabila dimarahi Haris secara tiba tiba.
"Tadi kan kita tengah tunggu keputusan. Sebab tu aku rasa aku tak perlu bagitau kau lagi."ujar Afia dengan nada perlahan. Dia tidak menyangka perkara ini akan membuatkan Haris marah kepadanya.
Haris mula memegang kepalanya.
"Patutnya kau bagitau aku dari tadi! Senang la aku gerak terus pergi jumpa Airis!""Kita mana boleh keluar lagi sebelum keputusan diberitahu. Kau pun tahu kan bende tu?"terang Afia apabila nelihat wajah Haris yang agak berserabut itu.
"Eh aku tak kisahla dengan keputusan pertandingan ni. Airis tu lagi penting dari segala galanya kau tahu tak!"kata kata Haris membuatkan Afia berang.
"Tak penting kau kata? Kau tak sedar ke kita berlatih berminggu minggu sampai takde suara hanya untuk tahu keputusan ni. Kau boleh cakap semua ni tak penting? Aku tau yang Airis tu penting bagi kau sebab kau suka dia tapi pertandingan ni penting jugak sebab ni hasil titik peluh kita!"marah Afia. Haris terdiam mendegar kata kata Afia. Dia sedar dia sudah melampaui batas padahal Afia juga sahabat Airis, pasti dia juga risau akan keadaan Airis.
"Haris, Afia kenapa ni?"soal Miss Jun yang baru muncul apabila terdengar pertelingkahan mereka.
"Kita kena balik cepat Miss Jun. Ada orang tu tak reti hargai titik peluh sendiri."ujar Afia kemudian masuk ke dalam kereta.
Miss Jun mengangkat kening ke arah Haris sebagai isyarat menanyakan perkara yang berlaku. Haris hanya terdian kemudian turut masuk ke dalam kereta.
Di dalam kereta mereka hanya diam sahaja. Hanya sesekali Miss Jun mengomel sendiri yang selebihnya kembali sepi. Afia hanya mampu menahan sebak di dalam kereta itu. Sudahlah dia dikejutkan dengan berita Haris menyukai sahabatnya Airis, sekarang dia tiba tiba dimarahi oleh Haris perihal perkara yang bukan salahnya.
'Apelah nasib kau Afia, tak habis habis malang.'
Haris tiba tiba berasa serba salah dengan apa yang dikatakannya kepada Afia.
'Nantilah aku minta maaf kat dia. Sekarang ni aku kena jumpa Airis dulu.'bisik Haris sendiri kemudian termenung memikirkan keadaan Airis.
![](https://img.wattpad.com/cover/257788859-288-k752042.jpg)
YOU ARE READING
WHO ARE YOU?!
RomanceAiris tak pernah sangka apabila dia dapat jawatan pembimbing rakan sebaya yang dia idamkan tu akan buatkan fikiran dia sangat berserabut! Harinya yang indah mula menjadi malapetaka apabila dia terpaksa berurusan dengan pelajar baru yang mempunyai ma...