BAB 7

6 2 0
                                    

KRINGG!!!

"Terima kasih Cikgu Huda!"

"Baik semua, jangan lupa siapkan latihan yang saya bagi tu ye!"pesanan Cikgu Huda dibalas dengan anggukan oleh semua pelajar di dalam kelas tersebut.

"Aryan, kau kena pergi bilik kaunseling tau nanti."ujar Syed.

"Hah? Buat apa? Malas aku."soal Aryan yang sedang menyiapkan latihan sainsnya.

"Kalau macamtu takpela, nanti aku bagitau Airis yang..."belum sempat Syed menghabiskan ayatnya, Aryan terus menutup latihan sainsnya lalu bergerak menuju ke bilik kaunseling tanpa menghiraukan Syed.

Syed mula menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
"Eh, tadi taknak. Aku sebut je nama Airis terus bangun. Ada yang pelik ni."ujar Syed sendirian dengan gayanya yang ala ala detektif itu.

***

Airis dari tadi mundar mandir di dalam bilik kaunseling itu sambil membaca buku teks Sejarah. Esok Cikgu Sejarahnya akan membuat kuiz Sejarah, jadi nak tak nak dia kena ulangkaji seawal mungkin.

Oleh kerana terlalu ralit membaca buku teks Sejarah, dia tidak menyadari keberadaan pintu di hadapannya.

BUKK!

Airis terus berundur sedikit sambil memegang dahinya yang tidak terlalu perih itu. Membulat matanya melihat Aryan sedang menahan pintu tersebut dengan sebuah buku. Aryan mula menghampirinya. Jantung Airis secara tiba tiba berdegup dengan kencang.

Mata mereka mula bertatapan. Aryan mula mendekatkan wajahnya membuatkan Airis diam terkaku. Airis menutup matanya perlahan lahan dan ...

PAK!

"ADUHH!!" Airis memegang dahinya yang terasa perih. Aryan mula tertawa kecil membuatkan Airis berang.

"Woi! Kenapa kau pukul aku pakai buku tu hah? Dahla tebal ee!!"marah Airis.

"Elokla tu daripada aku pukul kau pakai besi."balas Aryan selamba.

"Tadi kau dah kenapa tutup mata bagai?"soal Aryan membuatkan wajah Airis memerah. Airis terus terdiam.

'Aku pun satu dah kenapa tutup mata tadi. Ya Allah, aku fikir apa tadi AAA'

"Ma-mana ada aku tutup mata. Kau ni merepek je."balas Airis sambil mengalihkan pandangan ke luar.

"Eleh macam aku tak nampak. Entah entah, sebenarnya kau tu terpikat dengan aku kan?"sakat Aryan. Matanya tak henti memandang gadis tersebut.

Mata Airis terus membulat.
"Eee kau ni tak payah mengada sangat boleh tak? Aku ni paling kurang pun nak lelaki yang boleh jaga aku, bukan buli aku!"balas Airis sambil membuat muka menyampah.

"Wah manisnya mulut kau kan. Aku doakan kau tersuka dekat aku nanti. Masa tu baru kau tahu aku ni boleh protect kau ke tak."kata kata Aryan membuatkan Airis terkejut beruk.

'HELL NO! Macam mana ayat macamtu boleh keluar dari mulut mamat ni. Dia ni sewel ke sengal?!'kata kata tersebut berada di fikirannya.

"Dahla! Jom aku tunjuk kau selok belok sekolah ni. Kang ada juga budak yang sesat nanti."perli Airis sambil melangkah keluar dari bilik kaunseling. Aryan tertawa kecil lalu menuruti langkah kecil Airis.

Setelah 15 minit meronda sekolah mereka pun kembali ke bilik kaunseling.

"Aryan."panggil Airis secara tiba tiba.

"Apa?"

"Emm aku nak tanya ni."balas Airis takut takut.

"Tanye jela, bukan aku nak hempuk kau pakai buku pun." Airis terus menjegilkan matanya apabila teringat kejadian tadi. Kemarahannya ditahan dulu kerana dia ingin menanyakan sesuatu kepada Aryan.

WHO ARE YOU?!Where stories live. Discover now