BAB 5

11 4 0
                                    

"Mama minta maaf Aryan, masa tu mama tak sangka pun yang Ay.."

Bunyi daripada telefon pintar Cikgu Suzana membuatkan percapakannya terhenti. Dia terus mengangkat panggilan tersebut kemudian berlalu keluar dari situ tanpa memandang Aryan.

"Jadi diorang gaduh disebabkan apa sebenarnya ni. Hm kesian Cikgu Suzana."

Airis mula termenung seketika sehingga tidak sedar bahawa seekor lipas sedang merayap di kaki kanannya.

"Eh apahal aku rasa geli geli ni?"dia mula menoleh ke arah kakinya dan mendapati seekor lipas sedang bergerak liar.

Airis yang memang fobia dengan haiwan sebegitu terus melompat sehingga bekas jahitan yang dipegangnya itu terjatuh. Dia mula berlari keluar lalu menolak seseorang hingga 'dia' terduduk. Airis sudah tidak peduli jika dia bakal dimarahi selepas ini. Apa yang dia harapkan sekarang ini hanyalah lipas itu bergerak jauh dari tubuhnya.

Aryan mula tersedar apabila mendengar gadis itu menjerit ketakutan. Dia memandang ke arah lipas yang berada di kaki kanan Airis itu. Dia mula tertawa melihat reaksi Airis yang seakan akan dipatuk ular.

"WOI! Kau gelak gelak apa ha! Alihkan la lipas ni dari kaki akuu!!!!"laung Airis yang meminta tolong bagai nak mati.

"Lipas pun kau nak takut ke ha?"sakat Aryan.

"Eh suka hati akula nak takut apapun! Cepatla alihkan!!"rayu Airis.

Aryan yang melihat wajah Airis yang seperti sudah mahu menangis itu segera mengalihkan lipas itu ke luar sambil menggeleng gelengkan kepalanya.

Airis terus jatuh terduduk sambil menghela nafas lega apabila lipas itu sudah pergi jauh daripadanya. Setelah beberapa saat, dia mula tersedar selepas ini dia pasti akan dimarahi oleh lelaki itu. Dia mula bangun perlahan lahan dengan harapan lelaki itu tidak menyedari bahawa dia ingin lari. Malangnya, belum sempat dia bangun lelaki itu sudah berada tepat di hadapannya dengan renungan yang tajam.

'Haih, inilah namanya keluar mulut harimau, masuk mulut buaya. Nasib kau lah ris.' Airis mula pasrah dengan ketentuan hidupnya selepas ini.

"Kau buat apa hah kat sini. Curi curi dengar eh?!"marah Aryan.

"Eh mana ada aku curi curi dengar. Kau ni tak baik memfitnah. Kau tau tak hukum memfitnah tu lagi besar dari membunuh." Airis mula berceramah dengan harapan Aryan terpedaya dengan helahnya.

"Mana Cikgu Suzana?"soal Aryan tiba tiba.

"Kau ni hilang ingatan ke? Dia kan ada dengan kau tadi."balas Airis tanpa sengaja membongkarkan pembohongannya.

Aryan tersenyum sinis mendengar jawapan Airis. Airis yang baru tersedar akan kebodohan dirinya itu hanya tersengih mengharap belas kasihan.

"Iya aku mengaku, aku memangla ada dengar tadi. Tapi sikit je tak banyak pun."ujar Airis padahal dia sudah dengar semuanya dengan jelas.

"Sukahati kaula, kalau kau nak hebohkan. Silakan, aku tak kesah."balas Aryan dinging.

"Ee kau fikir aku ni jenis jaga tepi kain orang ke nak hebohkan bagai."balas Airis sambil membuat tatapan dinging.

"Luka kau macam mana?"soal Aryan. Airis mula terpinga pinga.

"Luka apa pulak ni?"soal Airis pula.

"Aku tak tau pulak kau ni ada penyakit amnesia, cepat betul kau lupa. Kesian semut banyak mati sebab kena makan dengan kau en."perli Aryan membuatkan wajah Airis memerah.

Apabila teringat akan kejadian tadi Airis terus menjadi berang. Rasa bersalahnya tadi ditolak tepi. Dia ingin memarahi lelaki ini sepuas puasnya dahulu.

WHO ARE YOU?!Where stories live. Discover now