Setelah beberapa hari, demam Airis pun kebah. Teruk dia kena bebel dengan Hana sebab ikut Afia dengan Haris keluar walaupun dirinya tidak berapa sihat.
Afia adalah orang yang paling risau akannya. Dia berasa serba salah kerana masih memujuk Airis untuk mengikuti mereka walaupun dia tahu Airis tidak berapa sihat.
Perkara itu tidak begitu penting kepada Airis. Sekarang ini dia berasa geram dengan Aryan. Sudah seminggu berlalu tapi Aryan masih tidak mahu memberi kerjasama kepada Airis. Sewaktu perjumpaan mereka, Aryan hanya menyakat dan menganggunya mengulang kaji pelajaran. Dia juga sedar masa dia banyak dibuang oleh Aryan. Oleh itu, hari ni dia bertekad menginginkan penjelasan daripada Aryan.
"Eh awal kau sampai."tegur Aryan apabila melihat Airis yang sedang memandangnya sambil memeluk bahu.
"Iya, aku keluar awal tadi."balas Airis.
"Kenapa kau bawak buku Sains?"soal Airis apabila melihat Aryan sedang memegang buku nota Sains.
'Macam pelik je kalau mamat ni nak ulangkaji kat sini.'bisik Airis hairan.
"Aku nak hanta dekat cikgu nanti."balas Aryan.
'Dah agak dah.'
"We.."ujar mereka serentak membuatkan mereka mengalihkan pandangan antara satu sama lain.
"Aaa, kau cakapla dulu."ujar Airis.
"Aku nak tanya kau something ni."balas Aryan.
'Ceh tak gentlemen lansung, patutnya bagila aku cakap dulu.'bisik Airis membuatkan Aryan mengangkat keningnya.
"Kalau nak cakap dulu cakap jela cik Airis. Tak perlu nak mengumpat belakang tapi aku dengar."ujar Aryan membuatkan Airis menepuk dahinya.
"Takdela, kau cakapla dulu."
Aryan malas mahu melengahkan masa.
"Kau pernah kemalangan ke dulu?"soal Aryan membuatkan Airis terdiam."Tak, kenapa?"soal Airis pula. Dia berasa hairan dengan soalan Aryan.
"Ouh takdela, aku saje je tanya sebab otak kau sejak first day aku jumpa kau memang bebal sikit eh."balas Aryan padahal bukan kerana itu dia menanyakan perihal tersebut. Kata kata tersebut membuatkan mulut Airis melopong.
"Mulut kau memang macamni eh. Kalaula fans kau tahu ni mesti dorang kecewa sebab tahu perangai idola dorang yang semegah sangat ni."ujar Airis.
Dia sedar apabila Aryan berpindah ke sekolah ini ramai gadis cuba mendapatkan nombor Aryan daripadanya padahal dia sendiri pun tak ada nombor lelaki ini. Dia juga dituduh bercinta dengan si Aryan ni sebab dorang asyik selalu jumpa. Hal ini pun dia tahu dari Hana, ratu gosip sekolah.
"Cakap jela kau pun salah satu daripada dorang ,sebab tu lah kau nampak kecewa semacam."kata kata Aryan membuatkan Airis hampir termuntah.
"Aku fans dekat kau? Euw ,aku lagi rela fans dekat pakcik cleaner tu."
Pakcik cleaner yang dimaksudkan Airis itu adalah lelaki separuh abad Bangladesh yang botak licin.
"Ouh patutla kau ni single lagi. Rupanya taste kau laki orang eh. Ish ish ish." Dahi Airis sudah berkerut.
"Eh sejak bila pakcik tu dah kahwin. Kantoi la kau stalk pakcik tu."serentak dengan itu mereka berdua tertawa.
Airis tidak menyangka hari ini dia tiba tiba berasa selesa dengan Aryan. Dia mulai berfikir adakah patut untuk dia bertanya perihal itu sekarang.
"Aryan, aku nak tanya kau ni."pintas Airis sambil mengumpulkan keberaniannya.
"Apa?"
"Pasal kau dengan Cikgu Suzana tu.. "
"Kenapa kau nak tahu sangat?"soal Aryan memintas kata kata Airis.
Pertanyaan Aryan membuatkan Airis terdiam. Sebab apa dia nak tahu? Memang bukan urusan dia untuk tahu. Ataupun dia berusaha sejauh ini hanya untuk membantu Cikgu Suzana dan Cikgu Herna? Dia pun tak pasti jawapan apa yang harus dia berikan.
Melihatkan Airis yang terdiam itu Aryan sudah dapat menebak jawapannya.
"Sebab mama aku suruh kan?"kata kata Aryan membuatkan Airis terkaku."Macam mana kau tah.."
"Macam mana aku tahu?"kata kata Airis dipintas lagi.
'Eyy aku geram betul la mamat ni asyik pintas ayat aku je.'
"Setiap sekolah yang aku pergi mesti akan ada sorang yang tiba tiba nak ambil berat pasal aku. Bila aku fikir dia nak kawan dengan aku rupanya aku silap. Dia buat semua tu hanya sebab mama aku."terang Aryan membuatkan Airis berfikir.
"Mana tahu kalau dia betul betul ikhlas kawan dengan kau?"kata kata Airis membuatkan Aryan tergelak.
"Kalau dia ikhlas kawan dengan aku tak adala dia pergi lepas misi dia habis. Betul tak cik Airis?" Airis terdiam. Perkara begitu sudah biasa berlaku dalam kehidupan sehariannya. Dia juga tidak pernah merasa bersalah kerana tidak ada seorang pun yang berkata sedemikian kepadanya. Memang wajar perkara itu berlaku di sekolahnya kerana ia adalah salah satu tugas yang wajib dilakukan oleh mereka. Mereka perlu mendengar luahan masalah mereka,kemudian setelah 'misi' mereka habis mereka boleh memilih untuk terus berkawan atau tidak.
"Kalau kau nak tahu sangat kenapa aku dengan mama aku tu bergaduh sebab mama dengan papa aku bercerai. Alasan dorang bercerai sebab mama aku tak tahan sebab papa aku kerja 24 jam. Dia tak tahu yang papa aku tu kerja cari duit untuk kitorang. Sebabkan keputusan dia tu aku selalu kena ejek sebab takde ayah dan papa aku pun dah kahwin lain lepas 2 tahun."cerita Aryan membuatkan Airis mulai menyalahkan dirinya. Hal itu terlalu peribadi untuk diceritakan. Dia mulai berasa serba salah terhadap Aryan.
Aryan mula bangun daripada duduknya.
"Aryan, aku minta maaf""Tak payah minta maaf. Jadi lepasni kita takde sebab untuk jumpa lagi kan? Misi kau pun dah selesai."balas Aryan kemudian pergi meninggalkan Airis sendirian.
Airis hanya memandang pemergian Aryan dengan pandangan yang kosong.
'Betul ke apa yang aku buat ni?'soal Airis sendiri. Akhirnya dia bercadang untuk menyimpan rahsia itu sendirian tanpa pengetahuan Cikgu Herna dan rakan rakan prsnya yang lain.***
"Cikgu okey?" soal Cikgu Herna apabila melihat keadaan Cikgu Suzana yang kurang sihat itu.
"Saya okey."balasnya sepatah.
"Sejak beberapa hari ni saya tengok Aryan tu makin rapat dengan Airis."ujar Cikgu Suzana membuatkan Cikgu Herna mengangguk mengiyakan.
"Betul tu cikgu,saya rasa Airis dah mula bertindak."balas Cikgu Herna.
"Saya harap Airis boleh la ye bantu saya."ujar Cikgu Suzana membuatkan Cikgu Herna sedar bahawa beliau sudah meletakan harapan yang tinggi kepada Airis.
"Iya,cikgu jangan risau. Kita tengok je hasilnya macam mana."
YOU ARE READING
WHO ARE YOU?!
RomanceAiris tak pernah sangka apabila dia dapat jawatan pembimbing rakan sebaya yang dia idamkan tu akan buatkan fikiran dia sangat berserabut! Harinya yang indah mula menjadi malapetaka apabila dia terpaksa berurusan dengan pelajar baru yang mempunyai ma...