Lelaki separuh abad itu mulai berhenti melakukan kerjanya apabila menyedari anak lelakinya itu sudah berada di bilik itu. Kot bewarna putih yang sedang dipakainya itu mula dirapikan.
"Ha Aryan, duduklah."arahnya membuatkan Aryan terus duduk di sofa yang berada berhampiran dengannya.
"Papa macam mana? Sihat? Ibu pun sihat?"soal Aryan dengan nada yang sedikit gugup apabila menyedari sudah lama dia tidak bersua muka dengan ayah kandungnya itu.
"Papa sihat, ibu pun sihat. Kamu?"soal Encik Rahim sambil membetulkan kaca matanya.
"Sihat. Mama pun sihat."mendengar jawapan dari Aryan membuatkan lelaki tersebut menundukkan pandangannya.
Melihatkan riak wajah papanya yang telah berubah dia mula terbatuk kecil.
"Kenapa papa nak jumpa Aryan?"soal Aryan."Takdela. Papa saje je nak jumpa kamu sebab kita pun dah lama tak jumpa kan."balas Encik Rahim.
"Papa dengar kamu masih lagi tak okey dengan mama."ujar lelaki separuh abad tersebut membuatkan Aryan terdiam. Tidak mampu berbalas apa apa.
"Kenapa ni Aryan? Bende dah lepas, dah berapa tahun dah sejak kejadian tu jadi kan? Papa percaya mama pun dah berulang kali minta maaf dengan kamu."soal Encik Rahim berharap agar anaknya itu dapat berbaik dengan bekas isterinya itu.
"Papa tahu kan disebabkan tindakan mama tu Aryan hilang papa."ujar Aryan.
"Sejak bila pula kamu hilang papa. Papa tak pergi mana mana pun Aryan. Perkara ni jadi sebab papa dengan mama tak ada jodoh. Kamu kena terima hakikat tu."nasihat papanya.
"Tak ada jodoh? Dulu mama dengan papa bahagia je, macam orang lain. Tapi sebab mama yang degil sangat, tak boleh tahan dengan kerja papa yang 24 jam sibuk. Dia terus minta cerai. Lagi satu,bukan sebab itu aja Aryan tak boleh maafkan mama. Papa pun tahu kan sebab apa? "kata kata Aryan memang benar. Tapi apa yang mereka boleh buat, perkara sudah berlalu tidak dapat diputar kembali.
"Papa faham Aryan hilang orang yang bermakna dalam hidup Aryan waktu tu. Papa faham waktu Aryan masih kecil lagi Aryan terpaksa lalui banyak bende. Tapi tu tak bermaksud Aryan kena hukum mama sampai sekarang. Dia pun manusia, ada buat silap."ujar Encik Rahim mengenangkan anaknya yang perlu lalui banyak kisah duka sewaktu dia kecil.
"Dia orang yang sangat bermakna dalam hidup Aryan pa. Dia yang ajar Aryan macam macam. Tapi Aryan tak faham kenapa Aryan lemah sangat tak dapat tolong dia waktu tu."keluh Aryan. Riak wajahnya kini tidak dapat dikawal.
"Jangan salahkan diri kamu Aryan. Waktu tu kamu masih kecil, memang tak dapat buat apa apa. Trauma kamu tu memang tak dapat hilang walaupun papa dah cuba buat semua yang papa boleh. Papa cuma nak pesan, hilang seorang tak bermaksud kamu tak akan jumpa yang lain Aryan."pesan Encik Rahim.
"Maksud papa?"soal Aryan kebingungan.
"Papa tahu yang kamu sukakan budak tu. Tapi kamu kena ingat Aryan,yang dah pergi tak akan datang kembali. Kamu yang masih hidup ni kena teruskan hidup. Cinta tu takkan datang sekali sahaja. Sekarang ni kamu kena hargai setiap orang yang ada dekat sekeliling kamu,termasuk mama." Aryan terdiam. Dia tiba tiba terfikirkan Airis. Entah kenapa raut wajah itu seolah olah mengingtkan dia tentang sesuatu.
"Kamu faham tak ni Aryan?"soal Encik Rahim menghentikan lamunan Aryan. Aryan tidak membalas sebaliknya hanya terdiam untuk mencerna nasihat ayahnya itu.
***
Pelukan erat daripada Hana membuatkan Airis merasa sesak nafas. Sampai sahaja di rumah dia dikejutkan dengan kehadiran Hana dan juga ibu Haris.
Ibu Haris yang sedang berangkat pulang itu berbual sebentar dengan ibunya di luar rumah setelah menziarahinya. Hana pula dari tadi menahan tanggisannya apabila melihat keadaan Airis yang berbalut kepalanya.
"Hana,sudah la tu. Kau nak aku mati lemas ke ape ni?"keluh Airis sambil mendengar tanggisan Hana itu.
"Ee kau ni! Aku risau tau tak,macam mana kau boleh darah sampai macamtu. Aku serba salah sangat sebab tak boleh teman kau pergi hospital sekali sebab cikgu tak bagi. Sekarang ni aku nak lepaskan rindu aku kat kau! Huwaa!!"ujar Hana kemudian kembali menangis.
'Aduhai Hana ni,macam aku dah nak mati pulak dilayannya.'bisi Airis.
"Eh aku nak tanya kau. Habistu lari baten tu apa cerita?"soal Airis ingin tahu.
"Rumah kuning yang menang. Sebab masa kau jatuh tu peserta yang lari tak perasan,jadi dorang main lari aja."balas Hana membuatkan Airis terangguk angguk.
"Rezeki dorang tahun ni kan."ujar Airis sambil memikirkan Amira.
"Entahla aku tak kisah. Kau ni ha yang aku risau,cepat betul kau keluar dari hospital dengan kepala yang berbalut macamni."ujar Hana yang turut hairan.
"Ramai cakap dekat aku macamtu. Tapi entahla aku pun takdela rasa sakit sangat,cuma kadang kadang pening sikitla."terang Airis.
"Tapi kan nama kau dah hangat tau kat sekolah kita tadi!"ujar Hana teruja. Airis mula mencebik.
'Eh minah ni aku tengah sakit pun nak bergosip.'
"Kenapa pulak?"soal Airis.
"Kau tau tak ramai yang bersemut tengok Aryan datang kat kau masa kau jatuh tu. Macam situasi k-drama pun ada tau!"terang Hana membuatkan Airis bingung.
"Dia datang kat aku? Tak mungkin lah."balas Airis menidakkan.
"Ya Allah betulla. Kau tak percaya pulak. Kau tau tak dalam banyak banyak orang yang ada kat situ memang nampak Aryan yang paling risau dekat kau. Dia siap jerit minta tolonglah. Lepastu kan dia sendiri yang lari bawak stretcher tu kat kau sebab dorang lambat sangat."cerita Hana dengan bersungguh sungguh.
'Eish takkan mamat tu jadi sampai macamtu kut?'soal Airis sendiri.
Hana yang melihat riak wajah Airis tersebut mula mengeluh.
"Ee kau ni tak percaya pulak. Kalau ada Afia kan senang, bolehla dia tolong backup aku."keluh Hana. Serentak dengan itu mereka mula memandang antara satu sama lain."Afia!!"mereka baru teringat Afia sekarang sedang berada di pertandingan nyanyian mewakili sekolah mereka.
"Kau rasa sekolah kita menang tak eh? Tak sabarnya!!"jerit Hana keriangan.
"Aku rasa mestilah menang. Sebab Afia tu suara dia memang iras Datuk Sri Siti Nurhaliza tau!"puji Airis dengan bangga.
"Aku nak call dia lah. Alang alang boleh aku bagitau dia apa jadi dekat kau."ujar Hana sambil mengambil telefonnya. Airis menghalang.
"Eh tak payahla, kang buatnya dia risau tak tentu arah tak ke rosak persembahan dia nanti."ujar Airis membuatkan Hana menghentikan perbuatannya.
"Hm betul jugak eh. Kalau macamtu aku hantar chat jelah senang. Nanti kalau dia free, dia reply lah."ujar Hana. Airis mengangguk bersetuju.

ANDA SEDANG MEMBACA
WHO ARE YOU?!
RomanceAiris tak pernah sangka apabila dia dapat jawatan pembimbing rakan sebaya yang dia idamkan tu akan buatkan fikiran dia sangat berserabut! Harinya yang indah mula menjadi malapetaka apabila dia terpaksa berurusan dengan pelajar baru yang mempunyai ma...