BAB 10

9 2 0
                                    

Setelah beberapa minggu, akhirnya hari sukan yang sangat dinantikan oleh para pelajar di sekolah itu sudah tiba. Semua murid yang sedang berada di padang sekolah itu sedang berkeliaran ke rumah sukan masing masing. Kelihatan seorang pelajar dari rumah sukan kuning sedang dimarahi oleh guru rumah sukannya.

"Amira! Apa nak jadi dengan kamu ni?! Kejap lagi kamu tau yang akan ambil bahagian dalam lari baten. Kalau kamu tak dapat menangkan rumah sukan kita,kamu akan dapat markah kosong dalam subjek matematik dalam trial SPM nanti."bisik Cikgu lelaki tersebut membuatkan Amira ketakutan.

Cikgu lelaki itu memang dikenali oleh kebanyakan pelajar dengan sikapnya yang sering mengugut pelajar demi kepentingan dirinya sendiri. Cuma kebanyakan pelajar tidak mengambil endah akan perkara tersebut.

"Tapi cikgu tak boleh buat macamtu!"

"Kamu jangan lupa ye saya tau yang akan tanda kertas kamu nanti. Kalau kamu taknak markah kamu gagal,pastikan menang! Saya tak kisahla awak nak pakai cara kotor ke apa."kata kata Cikgu tersebut membuatkan Amira terdiam. Dia hanya memandang pemergian guru lelaki itu dengan hati yang membara.

Dia melihat ke arah Airis dan rakan rakannya yang lain dari rumah sukan biru yang sedang tertawa bersama guru rumah sukan mereka. Dia cemburu kerana dia selalu kalah jika bertanding berlari bersama Airis. Tetapi dia mengambil hal itu sebagai suatu yang membuatkan dia lebih bersemangat untuk berlatih lebih banyak. Malangnya tahun ini dia terpaksa melupakan niat murninya itu.

"Afia! Cantiknya kau punya kostum ni!"puji Airis kepada Afia yang sedang mengenakan kostum 'Rapunzel' dari rumah ungu.

"Cantik tu memangla cantik,tapi aku rimas pakai rambut palsu panjang ni!"keluh Afia membuatkan Hana tertawa.

"Sebaikla tahun ni aku jadi tukang sorak. Takdela kena pakai kostum lagi. Airis nanti kau lari laju laju tau,aku akan sentiasa sorak nama kau!"ujar Hana teruja.

"Eh,mana boleh kau kan rumah merah. Kang nanti dorang pelik kau sorak rumah biru."balas Airis.

"Takde takde,suka hati akula nak sorak siapa,yang penting aku nak kau yang menang."balas Hana membuatkan Airis terharu.

"Aww,sweet betul la kau ni Hana!"ujar Airis sambil memeluk Hana dengan erat.

"Eh,aku pun nak join jugak!"jerit Afia kemudian meluru ke arah mereka lalu memberikan pelukan yang hangat.

"Eh jap,bukan Kimi pun masuk lari baten sekali dengan kau ke ris?"soal Afia membuatkan Airis mengalihkan pandangan ke arah Hana.

"Ouh patutla bersemangat nak sokong rumah sukan aku,rupanya sebab ada Kimi eh!" ujar Airis membuatkan Hana tersipu sipu malu.

"Diminta peserta yang mengikuti acara lari baten hadir ke khemah di tengah tengah padang sekolah."

"Dahla korang,aku nak pergi khemah tu. Korang doakan aku tau!"ujar Airis kemudian bergerak menuju ke arah khemah yang telah diarahkan.

"Hwaithing Airis!"jeritan daripada Hana dan Afia membangkitkan lagi semangat Airis.

Setelah sampai di khemah tersebut,Airis terus mengambil langkah ke arah guru rumah sukannya.

"Cikgu.mana yang lain?"soal Airis yang melihat wajah gurunya yang agak panik tersebut.

"Airis,macam mana ni. Haikal tak sihat,jadi tak ada orang nak gantikan dia."balas Cikgu Anyza dengan panik.

"Ha-habistu Haikal kat mana sekarang cikgu?"soal Airis yang turut cemas dengan kejadian tersebut.

"Dia dah balik dah."

"Kimi dengan Isya pergi mana?"soal Airis lagi.

"Diorang tengah cari pengganti Haikal,tapi kamu taula rumah sukan kita ni mana ada yang laju lagi selain kamu berempat."ujar Cikgu Anyza. Memang benar apa yang dikatakan oleh Cikgu Anyza tersebut,setiap tahun pasti hanya mereka berempat yang masuk dalam pertandingan tersebut.

WHO ARE YOU?!Where stories live. Discover now