BAB 12

6 2 0
                                    

Haris dan Afia mengikuti langkah guru mereka apabila sampai ke dalam dewan pertandingan tersebut.

"Okey Haris dengan Afia tunggu sini dulu ye. Cikgu nak pergi depan ambil cabutan undian. Kamu berdua doa jela bukan korang yang dapat first ye."kata Miss Jun.
Sejurus itu dia terus meninggalkan mereka berdua.

Afia mulai menghela nafasnya. Dia memegang kedua belah tangannya untuk menenangkan dirinya.

"Gugup ke?"soal Haris apabila melihat wajah Afia yang pucat itu.

"Sikit."balas Afia.

"Kau jangan risau, kita berdua mesti boleh menang. Aku kan ada."ujar Haris menyemangati Afia. Afia hanya tersenyum nipis. Dia takut jika dia akan berbuat kesalahan semasa menyanyi nanti.

"Alhamdulillah korang, tangan Miss ni memang luck la. Korang dapat undian ke empat daripada 8 sekolah."mendengarkan kata kata Miss Jun mereka berdua terus menghembus nafas lega.

"Baiklah, terima kasih kepada semua peserta dan guru yang telah hadir di dalam dewan pertandingan ini. Saya ingin memaklumkan bahawa sebelum pertandingan ini dimulakan,pihak juri telah sebulat suara untuk mengadakan persembahan bonus kepada sekolah yang bertuah sahaja. Diminta setiap peserta perempuan bersedia."ucapan dari pengacara itu membuatkan suasana dewan itu terus menjadi riuh.

"Miss, memang ada ke bende macamni?"soal Haris.

"Cikgu pun taktau, sebab diorang baru umumkan sekarang. Afia, kalau sekolah kita yang dapat kamu kena bersedia untuk nyanyikan satu lagu. Kalau sekolah kita yang dapat, kita boleh dapat markah bonus dari pihak juri."ucapan Miss Jun membuatkan wajah Afia bertambah pucat. Haris yang menyedari perihal itu mula memandang ke arah Afia.

"Fia, kau jangan risau. Kita tak tahu lagi kan siapa yang kena."ujar Haris. Afia hanya mengangguk anggukkan kepalanya. Hatinya mula menjadi lebih tenang.

"Baiklah tanpa membuang masa, diminta wakil juri untuk membuat cabutan bertuah di atas pentas."sejurus itu wakil juri terus bangun dan bergerak ke atas pentas.

Semua peserta di situ mulai berasa gemuruh. Mereka hanya memerhati tindak tanduk wakil juri tersebut. Setelah wakil juri itu siap membuat cabutan bertuah, dia terus menyerahkan kertas tersebut kepada pengacara untuk diumumkan.

"Baiklah, mari kita lihat peserta mana agaknya yang akan menerima markah bonus dari wakil juri dan akan menyampaikan sebuah lagu di pembukaan pertandingan."pengacara tersebut terus membuka kertas itu.

"Afia Kirana!"serentak dengan itu mata Afia terus membulat. Jantungnya tadi yang sudah tenang kini kembali berdegup kencang. Dia memandang ke arah Haris sambil menggeleng gelengkan kepalanya.

"Haris, aku tak boleh buatla. Aku takut. Lagipun aku tak practice mana mana lagu pun."ujar Afia dengan nada yang gugup.

"Kau jangan takut. Suara kau sedaplah. Kau tinggal nyanyi satu lagu je habis tu kau turun cepat cepat."balas Haris. Afia masih lagi tidak mahu bangun dari duduknya.

Miss Jun dan Haris mulai berpandangan antara satu sama lain.

"Okey Afia dengar sini." Afia terus memandang ke arah Haris.

"Kalau kau berjaya buat persembahan kat atas pentas tu aku janji akan bagitahu satu rahsia yang tak ada orang pun tahu. Boleh?"pujuk Haris. Serentak dengan itu Afia mulai menghilangkan rasa gugupnya. Dengan perlahan lahan dia mulai naik ke atas pentas sambil memandang ke arah Haris.

Haris kembali memandangnya sambil tersenyum ke arah Afia. Afia membalas senyuman itu dengan hati yang riang.

"Lagu apa?"soal pengacara tersebut menghentikan lamunan Afia.

WHO ARE YOU?!Where stories live. Discover now