BAB 1

32 4 0
                                    

Nama aku AIRIS KIRANA, lebih mudah dipanggil Airis. Sekarang aku berada di bilik kaunseling. Tempat bagi murid yang bermasaalah kerap dipanggil. Aku faham apa yang ada dalam fikiran korang. Tapi teeettt, salah! Aku bukan seorang murid yang bermasaalah dan tak akan jadi murid macamtu.

Aku diberi jawatan pembimbing rakan sebaya oleh sekolah ini jadi, sebab itulah aku kena ada dekat sini. Kalau dekat sekolah lain mungkin jawatan ni tak berapa penting tapi bukan dekat sekolah aku. Jawatan ini sama sibuk dengan jawatan seorang pengawas. Jadi...

"Dari tadi kamu cakap yang kamu tu tak bersalah! Masalahnya sekarang ni, saksi yang mengatakan dia sendiri yang nampak kamu pukul budak tu? Jangan disebabkan kamu tak masuk bilik disiplin kamu nak mempermainkan saya pulak ye!!"guru wanita tersebut sudah terjegil matanya akibat terlalu marah dengan jawapan yang diberikan oleh pelajar lelaki tersebut.

Itu Cikgu Herna, nama yang lembut tapi tak selembut orangnya. Dia pada awalnya bercita cita ingin jadi seorang peguam tetapi oleh kerana sering ditolak akhirnya dia menerima jawatan sebagai seorang guru. Oleh kerana jawatan sebagai guru disiplin sudah penuh jadi dia terpaksa mengambil jawatan sebagai guru kaunseling.

"Aduh cikgu ni, saksi mana yang bagitahu cikgu bende tak betul tu? Saya ni memangla kuat buli orang. Tapi dalam kes ni saya memang tak bersalah la cikgu!"nafi pelajar lelaki yang bernama Haris tersebut.

Haris dikenali di sekolah dengan tabiat buruknya yang suka membuli. Katanya dia terlalu bosan sehingga tiada apa hendak dibuat. Kebanyakan cikgu hanya menasihatinya kerana Haris merupakan pelajar yang agak cemerlang di sekolah.

"Habistu macam mana kamu nak jelaskan perihal kamu ada dekat situ?!"soal cikgu Herna lagi tidak mahu beralah.

"Cikgu, saya bukan tak nak jawab soalan cikgu tapi itukan tandas, saya nak buat apa lagi kalau pergi tandas, cikgu."balas lelaki tersebut membuatkan Cikgu Herna memerah mukanya .

"Cikgu, apa kata kalau kita siasat kes ni lain kali. Lagipun pada firasat saya Haris ni tak salah. Bukan ke sekarang cikgu patut soal lelaki yang dipukul tu cikgu?"setelah lama berdiam diri akhirnya Airis bersuara.

"Hm, baik. Saya lepaskan kamu kali ni Haris. Nasib baik saya tak cukup bukti. Tapi kalau saya tahu yang awak buat hal lagi lepasni. Siap ye awak!"kata kata Cikgu Herna membuat Haris mendengus marah. Haris terus berdiri lalu melangkah keluar dari bilik kaunseling.

Airis juga terus meminta diri lalu menuruti langkah Haris. Semasa dalam perjalanan menuju ke kelas Haris tak henti henti mengumpat Cikgu Herna.

"Aku tak fahamlah dengan cikgu tu. Aku taula aku ni kuat buli orang tapi tak payahla nak tuduh aku dekat bende yang aku tak buat."

"Iya aku faham, tapi Cikgu Herna terpaksa buat macamtu untuk cari pesalah sebenar. Kau pun tau cara dia memang macamtu kan. Lagipun kau tak payahlah nak mengeluh sangat, kalau kau tu tak kuat buli orang tak adanya cikgu nak suspek kau."ujar Airis selamba.

"Amboi ,kau ni backup aku ke cikgu tu?"soal Haris sambil memandang wajah Airis yang seolah olah tidak kisah.

"Aku ni macam orang tengahla, kau dengan cikgu aku tak bela. Dahlah tak payah nak tercengang sangat ,cepat jalan!" Haris mula meneruskan perjalanannya yang terhenti seketika.

"Kau ni kan. Sebaik la kau ni jiran aku tau tak, kalau tak dengan kau sekali aku buli."balas Haris dengan geram.

"Eh eh kau. Berani la buli aku! Aku report dekat mak kau baru tahu."ugut Airis. Dia tahu Haris paling takut dengan ibunya sebab terlebih garang.

"Kau ni main ugut aku pulak eh,"balas Haris padahal dalam hatinya tiba tiba berasa takut.

"Aku gurau jela, saja nak bagi kau takut sikit. Tapi aku cuma nak cakap kalau boleh la kan,kau stop lah buli orang ni. Tak elok tahu tak, lagipun tahun ni kan kita nak ambil SPM, tak pasal pasal tak berkat keputusan kau nanti."pesan Airis. Dia sering diamanahkan oleh ibu Haris untuk mengawasi Haris di sekolah. Walaupun ibu Haris seorang yang garang, tetapi Airis tahu bahawa dia sebenarnya risau akan Haris.

WHO ARE YOU?!Where stories live. Discover now