BAB 2: PERTEMUAN

25 6 0
                                    

Selesai sahaja usrah, kami semua kembali ke kelas masing-masing.

'Ehh, buku siapakah ini?' Soal Safiyya di dalam hati.

' Tidak silap aku, ini adalah buku nota perempuan yang bernama Izzatul tadi. Haissh, Ya Allah kalau inilah bukunya berilah aku peluang untuk berkenalan dengannya. Jika dia bukan sahabat yang baik untukku, maka jauhkanlah aku daripadanya. Aminn.'

~kringg~

Selesai waktu belajar, aku bergegas pergi ke kelas 6 Ibnu Rasyid.

~Tok, tok, tok~

Assalamualaikum- Boleh saya berjumpa dengan Nur Izzatul Adawiyyah Az-Zahra?

' Boleh, Izzatul ada orang mahu berjumpa dengan kamu..' Kata murabbi Mardhiyyah dengan senyuman manisnya.

' Oh, baik.'

' Ya, ada apa?'
' Oh, ini buku kamu bukan?' Soal safiyya pula.

' Ya, ini buku ana. Di manakah enti jumpa?'

' Saya jumpa di penjuru koridor musolla,hmm apapun selamat berkenalan. Saya perkenalkan diri saya sekali lagi, ye. Nama saya Nur Safiyya al-Humaira'. Boleh panggil saya Safiyya.'

' Oh, hhhehe baik.' Balas perempuan itu dengan rasa janggal. Apapun, terima kasih kerana memulangkan buku ana.'

' Sama-sama.'

' Kalau tiada apa-apa lagi, ana masuk dulu ye. Oh ya, enti boleh panggil ana Zahra sahaja.'

' Oh, err... baiklah.'

' Assalamualaikum.' Ujar perempuan itu lagi.

' Alhamdulillah. Dia pun perkenalkan diri dia pada aku..hihi.. Bisik Safiyya sambil tertawa gembira di dalam hatinya. Jadi, selepas ini aku boleh memanggilnya Zahra dan dia memanggilku Safiyya, In Sha Allah.'

SAHABATKU sweet dalam DIAMWhere stories live. Discover now