BAB 3: MUNAFIK

21 5 0
                                    

الهم صلي على سيدنا محمد,
Safiyya yang sememangnya menjadikan selawat rutin hariannya, berhenti berselawat buat seketika.

' MasyaAllah, astaghfirullahal azim!!!' Jerit Safiyya di dalam hatinya. Alangkah terkejutnya semasa dalam perjalanan, Safiyya ternampak beberapa kawannya sedang menghisap rokok.

' Allahuakabar, apa yang kamu semua buat ini? Kamu semua tahu rokok ini HARAM, bukan? Bagaimana kamu semua sanggup melakukan perkara sebegini, di belakang surau kita sendiri?' Kata Safiyya dengan penuh marah dan terkejut.

' Ehh, wei simpan-simpan'

' Tidak perlu simpan-simpan, aku sudah nampak semuanya. Mata aku menyaksikannya, malah Allah lagi Maha Melihat dan Mengetahui.' Herdik Safiyya dengan marahnya.

Safiyya sememangnya tegas akan hal yang berkenaan hukum hakam ini. Sekaligus dia akan menukar panggilan namanya sekali.

' Err eh, Safiyya. Apa yang kamu cakap ini. Kami tidak buat apa-apa pun. Kamu jangan menuduh sebarangan. Dosanya lebih besar daripada membunuh, tahu?' Kata salah seorang daripada perempuan itu pula.

'Heeh, menuduh apanya. Demi Allah aku nampak kamu semua merokok sebentar tadi. Berhentikan semua ini atau aku akan beritahu guru disiplin tentang hal ini. Ehh, tidak. Aku akan beritahu guru disiplin juga sebab ini tugas aku sebagai umat islam.'

' Ehh, Safiyya. Jangan begitu. Kami janji ka...'

Belum sempat mereka menghabiskan ayat mereka, Safiyya sudah memotong percakapan mereka.

Begini saja, aku minta kamu semua tolong bertaubat. Sementara Allah masih panjangkan umur kamu semua, bertaubatlah ye.' Tegur Safiyya pula.

' Ooh.. bbaiklah Safiyya. Kami janji selepas ini kami tidak akan mengulangi kesilapan ini lagi.'

' Baiklah jika begitu. Saya doakan semoga Allah memberikan petunjuk hidayah-Nya kepada kamu semua.' Doa Safiyya yang sudah kembali bertenang.

Lalu, Safiyya pun berlalu pergi.

' Ehh elek, dia mahu tegur kita pula. Dia sendiri tidak sempurna mahu tegur orang.' Kata salah seorang perempuan itu  dengan penuh perasaan benci.

' Berani dia mahu melaporkan kita, tunggulah dia...'

Salah seorang perempuan yang lain berkata pula, ' Eh, aku ada idea. Apa kata...'

SAHABATKU sweet dalam DIAMWhere stories live. Discover now