BAB 6: JALINAN PERSAHABATAN

14 4 0
                                    

" Zahra, terima kasih tau sebab tolong safiyya tadi. Kalau tidak ada Zahra, pasti semua orang sudah salah faham dengan Safiyya." Ujarku lagi.

" Oh, tidak mengapalah. Lagipun memang bukan salah Safiyya. Mereka itu cuma geram dan ingin balas dendam sahaja pada Safiyya." Kata Zahra pula.

"Balas dendam? Mengapa mereka geram dan mahu membalas dendam pada Safiyya? Soalku dengan kehairanan.

"Sebenarnya, waktu dalam perjalanan ke bilik guru untuk memulangkan telefon ana kepada parent ana semalam, ana ternampak kejadian Safiyya dengan mereka. Tidak lama Safiyya pergi, ana nampak mereka mahu melakukan sesuatu yang buruk. Ana pun cepat-cepat rakam kejadian itu dan ana tahu mereka akan melakukan perkara ini juga." Kata Zahra lagi.

"Oh, begitu... Apapun terima kasih sekali lagi kerana membantu Safiyya."

"Sama-sama."

"Itu je jawapan Zahra? Tiba-tiba rasa terluka pulak hati ni.. ? Takkanlah disebabkan perkataan yang hanya keluar daripada mulut Zahra itu?" Omelku dengan pelik.

"Kalau tiada apa-apa Safiyya balik kelas dulu." Kataku dengan janggal.

"Baik." Balas Zahra.

"Ooh.. okkay... mungkin dia memang jenis kurang bercakap kot. Husnuzon je Safiyya. Astaghfirullahal aziim." Bisik hatiku lagi.

~Kriing~

2 jam seterusnya, loceng pun berbunyi menandakan berakhirnya waktu persekolahan.

"Alhamdulillah, semoga pelajaran yang aku belajar pada hari ini berkekalan hingga ke jannah." Doa hatiku.

"Eh, itu Zahralah.. assalamualaikum Zahra" Tanyaku secara tiba-tiba.

"Astaghfirullahal azim.. waalaikumussalam, eh Safiyya.. terkejut ana.

"Oh, hihi maaflah buat Zahra terkejut. Tiba-tiba rasa teruja jumpa Zahra, hihi.. Ketawaku pula. Hmmm...(sedang memikirkan soalan nk tnya pada Zahra. Bukan apa takut keadaan awkward tiba ii 😅)
Ha! Tahu dah nak tanya apa. Zahra tinggal di rumah atau asrama?" Tanyaku secara spontan.

"Emm.. asrama."

"Aiik, kalau Zahra tinggal di asrama. Maksudnya zahra orang barula?" Soalku dengan penuh yakin.

"Ya." Jawab Zahra lagi.

"Alhamdulillah, baguslah macam itu. Sebab Safiyya ppun.. aahh"

"Safiyya!!!" Jerit Zahra dengan suara lembutnya itu.

Tidak sempat aku mahu menghabiskan kata-kataku. Tiba-tiba kaki  aku tersadung dan jatuh berdekatan longkang koridor.

"MasyaAllah, kamu tidak apa-apa?" Soal Zahra yang kelihatan sedikit risau.

"Aaduh.." merungut aku kesakitan di dalam hati.
"Ehh, aa.. tidak apa-apa. Safiyya okay sahaja." Kataku yang sedang berpura-pura seperti tidak sakit (adoii.. sakitnya kepala aku... rasa nak pitam pun ada.Haha acah nak diselamatkan oleh Zahra😆)

"Fuhh.. nasib baik ada Zahra.. kalau tidak pasti kepala aku sudah benjol.." Bisik hatiku lagi.

"Ooh.. ba..baiklah.. Betul ke Safiyya ni okay, nampak macam sedang menahan sakit je. Ooh tidak mengapalah.. kalau dia kata dia tidak apa-apa, mungkin dia baik-baik sahaja... Ya Allah, hilangkanlah kesakitan pada sahabtku ini. Mungkin dia berpura-pura menahan sakit, tapi aku tahu dia sedang menahan kesakitannya. Amin."

"Oh, kalau begitu kita balik sama-samalah" Ujarku dengan senyuman yang sedikit nakal bercampur menahan kesakitan.

"Baik" Balas Zahra pula.

"Zahra ni memang jenis suka cakap satu patah je ke? Dan kenapa dia suka gelarkan diri dia 'ana' pada semua orang even pada guru-guru. Hmm.." Bisik hatiku kehairanan.

~☆☆☆~

SAHABATKU sweet dalam DIAMWhere stories live. Discover now