BAB 4: BALAS DENDAM

17 5 0
                                    

' Kamu semua sudah hafal surah yang ustazah suruh hafal  semalam?' Kata ustazah Salmah.

' Sudaah.' Balas kami sekelas.

' Baiklah, kalau begitu ustazah akan panggil mengikut nama. Yang pertama, Nur Ain Balqis.'

' Aku terus mengulangkaji semula surah Al-Baqarah yang disuruh oleh ustazah. Walaupun aku sudah menghafalnya..' Bisik Safiyya di dalam hati.

Tiba-tiba~Tok, tok, tok.

' Assalamualaikum, ustazah. Boleh saya berjumpa dengan Nur Safiyya?'

Aku yang sedang khusyuk menghafal surah al-Baqarah daripada tadi berhenti menghafal. Aku tertanya-tanya mengapa namaku dipanggil.

' Safiyya, kamu boleh berjumpa dengan pelajar ini.' Kata ustazah Salmah memberi keizinan.

' Baiklah.' Balasku pula.

Tidak sempat aku berdiri daripada kerusiku, tiba-tiba ada seorang lagi pelajar yang datang secara melulu masuk terus ke kelasku dan mengherdikku.

' Eh, Safiyya. Engkau ambil kotak pensil aku, bukan?' Kata perempuan itu sambil memberi jelingan yang tajam.

' Err.. apa yang kamu cakapkan ini? Saya tidak faham dan bila masa pula saya ambil kotak pensil kamu sedangkan kita berdua juga saling tidak mengenali?' Soalku penuh dengan rasa pelik dan risau.

' Ehh, kau tidak perlu berdalih atau buat-buat tidak tahu atau buat-buat tidak bersalah. Aku tahu engkau yang ambil kotak pensil aku, bukan? Hah!!! Kau jangan nak menipu aku.'

' Anis, sabar. Bawa bertenang.' Kata kawannya yang baru sahaja memberi salam sebentar tadi.

' Ya Allah sumpah, demi Allah. Saya tidak ambil kotak pensil kamu. Dari mana kamu dapat maklumat ini? Siapa yang beritahu kamu?' Soalku lagi.

' Eh, apa bising-bising ni?' Campur ustazahku pula.

' Ha? Kotak pensil? Safiyya yang curi? Siapa yang beritahu kamu? Kamu ada buktikah?' Soal ustazah lagi.

" Ehh... apa yang safiyya buat ni... takkanla dia mencuri.."
" Herh, aku dah agak dah, dia ni berlagak alim je.."
" Isshh, harap je anak ustaz. Memalukan betullah."

Kawan sekelasku mula menghina dan menuduhku.

' Ya Allah, dugaan apakah ini? Kenapa aku dituduh begini sedangkan aku tidak pernah mencuri apa-apa seumur hidupku.' Bisik Safiyya dengan sedih.

' Saya buktinya, ustazah.'

Seorang lagi pelajar perempuan datang.

' Sekejap. Seperti pernah aku lihat perempuan ini. Tapi di mana, ya? Bisik hatiku lagi.

' Betulkah kamu nampak Safiyya yang mencuri kotak pensil pelajar ini?' Soal ustazah lagi.

' Ya. Betul tu ustazah. Saya nampak Safiyya yang mengambil kotak pensil pelajar ini ketika waktu rehat semalam.' Balas perempuan itu dengan muka yang penuh kepuasan.

' Astaghfirullahal azim! Apa yang kamu cakapkan ini? Saya tidak pernah mencuri seumur hidup saya. Ustazah, lillahi ta'ala saya tidak pernah mengambil barang yang bukan milik saya.' Kataku pula mempertahankan diri.

SAHABATKU sweet dalam DIAMWhere stories live. Discover now