BAB 12: KISAH SILAM

11 3 0
                                    

"Huh.." Keluh Zahra.
"Sebenarnya, ada sebab kenapa ana gelar diri ana, 'ana'. Hmm.. ana cerita pada Safiyya dan Safiyya jangan beritahu orang lain, ye? Safiyya adalah orang pertama yang ana ceritakan kisah silam ana pada Safiyya."

"Oh, baik. Safiyya tidak akan beritahu sesiapa. Tapi, mengapa Zahra ingin menceritakan kisah silam Zahra pada Safiyya? Dan kalau Zahra rasa keberatan untuk cerita, tidak mengapa. Safiyya faham."

Aku hanya senyum pada Safiyya tanpa berkata apa-apa.
"Mungkin sebabnya adalah... ana sudah mula rasa selesa dan rapat dengan Safiyya. Ana mula percaya pada Safiyya kerana ana kenal Safiyya walaupun baru sebulan kita berkawan." Bisik hatiku.

"Tidak mengapa. Ana memang nak ceritakan pun pada seseorang selama ini. Sekurang kurangnya ana tidak pendam seorang diri... sebenarnya abi ana selalu panggil ana dengan panggilan Zahra. Dan abi ana selalu pesan, jangan menggelar diri kita dengan gelaran aku kepada orang lain. Bagi abi ana, gelaran seperti itu kurang sopan. Abi ana kata, kalau nak gelar diri tu, boleh gelar ana atau nama kita.

Tapi, ana sudah biasa menggelarkan diri ana, ana kepada semua orang. Hehmm.." Senyumku pada Safiyya.

"Oh.. begitu." Balas Safiyya.
"Zahra.. emm.. boleh tak kalau Safiyya nak Zahra gelar diri Zahra sebagai 'Zahra' pada Safiyya. Sebab bila bersama Zahra, Safiyya dapat merasakan ketenangan. Sejujurnya, Safiyya tidak pernah ada kawan yang sebegitu rapat. Yelaa, walaupun Safiyya ni banyak mulut tapi kebanyakan kawan Safiyya semuanya kawan tanpa makna. Zahra faham, bukan?

"Oh.. faham.. ana.. ehh.. " mulutku tersasul mahu menggelar diriku sebagai Zahra atau tidak pada Safiyya. Kerana daripada kecil aku sudah biasa dengan menggelarkan diriku ana. Hmm.. gelar jelah diri sebagai Zahra.. lagipun aku pun berasa selesa apabila bersama Safiyya.

"Baiklah, ana.. ehh tak maksud ana Zahra. Zahra akan menggelarkan diri ana, Zahra kepada Safiyya."

"Ha? Betul ni.. Zahra? Alhamdulillah terima kasih Zahra!" Aku tidak tahu kenapa aku berasa begitu gembira selepas apa yang dikatakan oleh Zahra.

Dengan secara spontan, aku terus memeluk badan Zahra menandakan gembira. Aku pun tak tahu kenapa aku peluk dia, tapi aku berasa tenang sangat ketika memeluk Zahra.

"Ya Allah.. kenapa Safiyya ni? Tiba-tiba je peluk aku.." aku sedikit terkejut dengan tindakan Safiyya kerana aku tidak pernah dipeluk oleh sesiapa melainkan ahli keluargaku. Tanpa berfikir panjang, aku membalas pelukan Safiyya sambil tersenyum ikhlas.

SAHABATKU sweet dalam DIAMWhere stories live. Discover now