BAB 16: OUTING

8 3 0
                                    

"Assalamualaikum, umi. Harini Safiyya outing dengan kawan Safiyya tau. Emm.. baik umi. Terima kasih. Kirim salam kat semua orang tau. Ha.. ha baik.. waalaikumusslam."

"Dah, nasib baik Zahra terus beritahu dekat Safiyya yang Zahra tak boleh outing sebab umi Zahra ada urusan.. kalau tak mesti Safiyya dah pergi outing kat rumah dah."

"Tak pe ke Safiyya keluar dengan Zahra ni?"

"Ehh.. tak pe. Lagipun umi Safiyya izinkan. Hmm.. jadi sekarang kita nak pergi mana dulu?"

"Kedai buku. Zahra nak beli buku latihan sikit."

"Baik. Lepas kedai buku, kita pergi taman rekreasi pulak ye? Bas untuk destinasi seterusnya dalam 5 jam lagi. Sempat lagi kita nak pergi makan sekali ni."

"Baik." Balasku lagi.

Jam menunjukkan 2:00 p.m. Selepas selesai membeli buku dan makan.

"Zahra, cepat! Nanti kita terlepas bas!" Ujar Safiyya sambil menarik tanganku menuju bas yang hampir bertolak meninggalkan kami.

"Fuhh.. nasib baik sempat kan?" Ujar Safiyya lagi kepenatan.

Aku hanya mengangguk memberinya senyuman sambil tercungap-cungap kepenatan juga.

3:00 p.m. Tiba di taman rekreasi.

"Zahra, jom kita pergi sana. Cantik pemandangan kat situ."

"Hmm."

"Safiyya mahu Zahra ambilkan gambar?" Soalku tiba-tiba.

"Hah? Err.. boleh juga.. hihi. Zahra pun masuklah camera sekali. Kita amik gambar sama-sama."

Jam menunjukkan 4:15 p.m.

"Zahra? Boleh Safiyya tanya sesuatu?" Tanya Safiyya dengan riak wajah gelisah.

"Tanyala." Balasku pula.

"Safiyya tiba-tiba teringat tentang hal ni. Emm.. denda apa yang cg disiplin beri pada Zahra sebab Zahra terbawa telefon ke sekolah haritu?"

"Ouh.. hal tu... tak de apa-apalah. Denda tu biasa je.. dahla Safiyya tak perlu risaukan apa-apa ye? Amm... Safiyya nak makan ais krim?" Balasku mengubah topik sambil menarik tangan Safiyya menuju ke kedai ais krim berdekatan.

"Huh? Ouhh.. boleh juga."
"Hmm.. macam ada sesuatu yang Zahra tak beritahu aku.." omel Safiyya dalam hati.

5:15 p.m. Selepas menunaikan solat asar di surau asrama.

"Safiyya, maaf ye. Zahra kena pergi dulu. Umi Zahra tiba-tiba je datang." Ujar Zahra dengan kelam kabut membuka telekungnya.

"Ouh.. baik. Tak pela Zahra pergi dulu. Nanti Safiyya datang." Balasku pula.

"Ehh.. Safiyya! Laa.. kau ke.. aku ingatkan orang lain." Kata seorang perempuan yang menepuk bahuku.

"Ehh! Ain ke! Masya Allah.. maafla lately ni Safiyya sibuk je sampai tak sempat nak tegur sapa dengan Ain. Hihi.." ujarku kepada kawan dorm aku tahun lepas.

"Ehh.. tak pela. Aku pun datang sini sebab latihan hoki. Tu yang terus tumpang solat kat surau ni haa." Ujar Ain lagi.

"Bukan main lagi kau dengan Zahra ye! Hehe.. tapi alhamdulillah aku bersyukurla jugak kau dapat kawan baru kan?"

"Eh.. hihi.. Ain kenal ke Zahra tu?"

"Mestilah aku kenal! Aku terjumpa dengan dia waktu dekat bilik guru haritu sebab kes dia terbawa telefon ke sekolah. Tapi aku tak rasa dia bersalah. Yelaa dia terbawa kan fon tu? Terlupa nak tinggal kat rumah.. dahla dia yang tolong kau waktu kau kena tuduh dulu tu. Jadi aku rasa tak patut cg Safina bagi dia denda macam tu!" Ujar Ain dengan nada sedikif tidak puas hati dengan tindakan disiplin yang dikenakan ke atas Zahra.

"Denda? Denda apa tu Ain?" Soalku sedikit risau.

"Ehh.. kau tak tahu ke Safiyya? Aku ingat kau tahu sebab aku rasa kau dah lama jugakla kenal dengan Zahra tu."

"Err.. hihi dia tak bagitau.." ujarku dengan nada yang perlahan.

SAHABATKU sweet dalam DIAMWhere stories live. Discover now