BAB 15: EXPLORACE

11 3 0
                                    

Skip perbincangan aktiviti.

"Zahra, jom cepat. Nanti lambat pulak nak set up semua benda." Ujar Safiyya sambil mengangkat barang-barang untuk aktiviti ini.

"Huh.. sekejap. Zahra tengah kemaskan barang ni." Balasku pula sambil kelam kabut memasukkan separuh lagi bahan untuk aktiviti kami.

Jam menunjukkan pukul 7:15 a.m.

Seusai sarapan pagi, aku dan Zahra terus pergi ke kawasan aktiviti kami diadakan.

                                   ☆☆☆

"Wei, Mir. Cepat sikit. Nanti ramai orang berkumpul pulak. Kita ni dahla ketua.. apa pulak orang lain akan cakap." Bebelku pada Amir yang sedang mengemas barang untuk ativiti kami.

"Ye, ye. Sabar, awal lagi ni.. kejap aku nak masukkan barang sikit lagi ni haa.. dan siap! Dah.. jom. Semua dah siap kan? Kau dah ambil barang yang aku suruh ambil tu?" Balas Amir sambil menggalas beg yang dipenuhi barang explorace.

"Oh.. dah semua dah siap." Balasku pula sambil membawa kotak yang diisi penuh barang misteri.

                                ☆☆☆

"Weh, Mir. Kau tengok tu. Diorang yang datang dulu. Aduhh.. aku ingatkan kita yang akan sampai dulu daripada diorang. Isshh.. malu je datang lambat." Rungutku pada Amir.

"Lah.. tak pelah. Kita semua datang awal sekarang ni. Kau tak payah nak malu sangatlah. Biasalah tu.. orang perempuan memang selalunya punctual. Bukan nak kata kita tak punctual cuma orang perempuan ni depa lebih teliti tau." Ujar Amir sambil senyum padaku.

"Hmm.. yelah Mir. Lagipun baru pukul 7:20 kan? Kita still awal lagi kan?" Ujarku lagi sambil melihat jam di tangan kananku.

"Haah.. awal lagi ni.. tak yah risaula. Dah jom kita jalan cepat sikit. Kesian pulak kat diorang tu kena set up semuanya sorang sorang." Balas Amir lagi sambil melangkah laju.

"Assalamualaikum. Maaf.. kitorang lambat sikit." Ujar Amir kepada Safiyya dan Zahra.

"Waalaikumussalam.." balas aku dan Safiyya serentak sambil menundukkan pandangan.

"Allah.. cair pulak hati ni tengok depa berdua ni.. ayu je. Isshh apa kau fikir ni Aiman! Jaga mata tu.. ya Allah!" Omel hatiku sambil menandang ke arah lain.

"Haih.. ya Allah.. semoga jodohku nanti seperti mereka berdua ini ya Allah. Jauhkan aku daripada jalan zina, amin." Doa Amir dalam hati sambil menundukkan pandangannya daripada Safiyya dan Zahra.

Ketika di waktu yang senggang...

"Hmm.. Zahra. Jom kita main aktiviti ni nak tak? Sementara orang tak datang lagi ni.. bolehla kita luangkan masa berdua sikit.. hihi." Gurau Safiyya sambil menarik tangan sahabatnya itu.

Aku hanya mengangguk sambil memberi senyuman kepada Safiyya.

"Kita lumba, okay? Siapa yang kalah kena angkat semua barang nanti. Dan syarat dia kalau bola terjatuh daripada sudu, kena start daripada mula." Ujar Safiyya dengan penuh teruja.

Aku hanya mengangguk dan memberi senyuman teruja pada Safiyya.

"Satu, dua, mula..."

"Zahra pergi dulu!" Kataku pada Safiyya sambil memotongnya.

"Ish.. tak boleh jadi ni. Cepat Safiyya kau kena menang!" Omel Safiyya dalam hati.

                              ☆☆☆
"Mir, tengok  diorang tu. Tak de keje ke tu siap boleh main lumba-lumba lagi?" Ujarku sambil tersenyum.

"Huh? Oh.. biarla depa.. bosanlatu.. kan sekarang tak de orang. Eh.. daripada kau tengok diorang tu, nak tak kita pun main jugak? Yela, daripada tadi kita dok mengurus aktiviti ni " balas Amir pula sambil menghadap aku.

"Hehe.. yelaa. Okay aku on je. Jom kita main! So, kita nak main yang mana satu ni ye?" Soalku pada Amir sambil mengangkat kening sebelah kiriku.

                                ☆☆☆
"Alaa.. Safiyya kalah. Kalaula Safiyya tak terjatuh tadi.. mesti Safiyya menang." Ujar Safiyya sambil memuncungkan mulut.

"Tak pelah, Safiyya. Nama pun permainan kan?" Balasku sambil senyum padanya.

Skip aktiviti explorace. Waktu pulang.

"Amm.. terima kasih semua atas usaha harini." Ujar Amir kepada Safiyya dan Zahra sambil menundukkan pandangannya.

"Haah.. terima kasih. Alhamdulillah aktiviti harini berjalan dengan lancar. Ooo.. aku dan Amir minta maaf jugak kalau harini kami ada buat masalah sikit." Ujarku pula tersipu-sipu malu.

"Ehh.. tak de apa-apelah. Kami pun minta maaf juga dan terima kasih." Balas Safiyya pula sambil memberanikan dirinya untuk bercakap dengan ajnabi.

"Wey, Aiman. Kau lupa ke? Dari haritu lagi kau kata nak minta maaf tentang hal budak baru tuk kan. Apa lagi.. ni dah ada peluang cepatla cakap." Bisik Amir kepadaku.

"Eh.. haahla.. jap. Amm.. Zahra tentang hal yang dekat surau tu, err.. aku minta maaf.. aku tak sengaja." Ujarku dengan gementar.

"Ah? Tentang hal tu.. oo tak da apa-apalah. Ana yang patut minta maaf sebab bertindak macam tu." Balasku sambil menundukkan pandangan.

"Tak pelah benda nak jadi kan? Amm.. kalau tiada apa-apa lagi.. aku dengan Amir pergi dulu."

"Ohh.. baik." Balas aku dan Safiyya serentak.

                                  ☆☆☆

"Okay, sekarang jom kita gerak pula. Meh barang-barang Zahra, Safiyya angkat. Yelaa tadikan kite kalah, kenala tepati janji." Omel Safiyya sambil mengangkat kesemua barang aktiviti tadi.

Aku mengambil semula barang-barangku daripada Safiyya sambil senyum padanya.

"Eh.. Zahra. Zahra buat apa ni? Meh barang-barang tu. Kan ni denda Safiyya sebab kalah tadi." Jerit suara lembut Safiyya kepada aku yang berjalan mendahuluinya.

"Safiyya, takkanla Zahra sanggup melihat  Safiyya mengangkat kesemua barang ni? Dahla berat. Tak pe, Zahra anggap permainan tu sekadar memori untuk Zahra dan Safiyya je." Senyumku lagi pada Safiyya.

"Ehh.. hihi.. Zahra ni sweetla." Balas Safiyya tersipu-sipu malu.

Aku hanya memberi senyuman padanya.

SAHABATKU sweet dalam DIAMWhere stories live. Discover now