BAB 10: SEMAKIN RAPAT

12 3 0
                                    

Jam menunjukkan pukul 11:14 minit. Tidak ada seorang pun di antara kami yang dapat tidur selepas balik daripada tayangan.

"Hmm.. apa kata kita buat night story, nak tak?" Tanya kak Ani dengan teruja.

"Boleh jugak." Balas Aisyah

"Okay, kalau macam tu meh kita semua kumpul kat ruang tengah ni." Kata kak Ani lagi.

"Kinah, tutup lampu tu. Kita kalau nak bercerita ni kenala tutup lampu baru ada feeling " Kata Safiyya pula.

"Boleh ke tak tidur lagi ni?" Soalku dengan ragu-ragu.

"Eh, tak pela Zahra. Kita senyap senyap je. Jangan bising sampai dorm sebelah boleh dengar sudah." Kata kak Ani lagi.

"Ba..baiklah."

"Okay, so siapa nak mula dulu?" Tanya Solehah.

"Hmm.. kak Safiyya mula dululah." Kata Aisyah pula.

"Oh, okay!" Balas Safiyya.

"Hmm.. kami cerita pasal keluarga kamila.. macam yang semua tahu, abi kami seorang ustaz dan umi kami pula suri rumah. Abang kami pula still lagi belajar di U jurusan Law syariah. Kakak kami pulak tinggal berjauhan dengan kami semua sebab dia ikut suami dia tinggal di Johor. Sebenarnya kami risaula jugak sebab tak da sapa yang jaga umi dan abi kami... tapi nak buat macam mana.. kami nak duduk rumah pun umi kami kata tak pa.. sebab dia suruh kami focus pada pelajaran.
Kadang tu bila kami stress pasal homework mesti kami akan call abi kami. Dia selalu bagi kami nasihat supaya jangan putus asa sebab belajar tu fardfu kifayah dan Allah suka orang yang berilmu dan rajin. Pastu abi kami selalu kata," kalau sayangkan umi, abi, kakak dan abang. Belajar rajin-rajin biar keputusan kasi gempak. Jangan kecewakan kami, ye adik." Setiap kali abi kami cakap macam tu air mata kami pasti mengalir sebab kami rasa kami tak pernah buat sesuatu yang dapat membanggakan depa.

Tanpa disedari, air mata Safiyya pun mengalir di pipinya yang bersih itu..

"Maaf.. kami terbawa-bawa pulak.. hihi" kata Safiyya sambil mengesat air matanya.

"Tak pelah, Safiyya. Setiap orang ada suka dan duka masing-masing." Pujuk kak Ani.

Aku hanya mengusap badan belakang Safiyya untuk menenangkan dia.

"Hmm.. sekarang ni.. Zahra lah pulak yang cerita." Kata Safiyya yang masih merah hidungnya selepas menangis tadi.

"Oh.." Aku sedikit terkejut dan gementar. Tapi aku tak naklah rosakkan mood bercerita, jadi aku pun ceritalah sekali.

"Okay, semuanya berlaku ketika umur ana 13 tahun. Ana paling rapat dengan abi ana. Dia yang selalu beri dorongan kata-kata semangat dan menemani ana ketika ana sedih... Dan sebenarnya, hanya ana dan abi ana sahaja yang berjuang mempertahankan agama. Hampir sesetengah ahli keluarga ana kurang agama. Mereka semua memang solat tapi ada beberapa perkara yang mereka kurang dari segi agama. Disebabkan ana yang paling rapat dengan abi ana, dia selalu pesan kat ana,

"Zahra, puteri syurga abi. Ingat tau, seteruk mana pun perangai orang sekeliling kita, jangan pernah membalas balik perbuatan mereka. Bersabar saja.. Jika kita bersabar, in sha Allah suatu hari nanti Allah akan buka pintu hati mereka untuk menerima teguran daripada kita."

Sehinggalah waktu selepas ana balik sekolah, ana lihat banyak kenderaan yang berbaris elok di hadapan rumah. Ketika ana menghampiri pintu rumah yang terbuka luas, perkataan  يس dibaca oleh orang ramai.

Ana menjadi takut dan risau pada masa yang sama. Sebaik sahaja ana melangkah masuk ke dalam rumah, tiba-tiba lutut ana lemah dengan begitu sekali seperti baru dicucuk berkali-kali dengan pisau yang tajam. Ana melutut dan derasan air mata yang tidak berhenti mengalir di pipi ana. Tika itu hanya ' abi ' sahaja yang ana fikir.

Nasihatnya, muka sucinya...

"Abi..abi.." Tanpa aku sedar aku juga telah mengalirkan air mataku di hadapan ahli dorm aku.  Aku cepat-cepat mengesat air mataku dan mendiamkam diri.

"Sabar, ye kak Zahra. Kami yakin abi kak Zahra mesti bangga dengan kak Zahra sekarang ni... Dahla cantik bijak pulak tu" pujuk Solehah pula.

Kali ini, badan belakangku pula diusap oleh Safiyya. Terasa tenang tika dia buat sebegitu.

Tika kami hanyut dengan cerita malam, suasana malam pun berlalu dengan bunyi cengkerik yang kedengaran di tepi tingkap bilik kami.

Pada malam itu, aku dan Safiyya paling banyak bersembang kerana kisah kami berdua hampir sama. Malah, selepas semua orang sudah lena dibuai mimpi, aku dan Safiyya masih lagi rancak bercerita di atas katil yang empuk itu.

" Aku.. aku merasa selesa apabila bersama Safiyya.. " Ayat ini tiba-tiba terdetik di hatiku.

Maka, bermula pada malam itulah, aku dan Safiyya mula berkenalan dan mesra.


SAHABATKU sweet dalam DIAMWhere stories live. Discover now