BAB 7: TA'ARUF

18 5 2
                                    

~Asrama~

"Aspurii, turun!!" Jerit penolong ketua asrama.

Setelah semua berkumpul...

"Assalamualaikum w.b.t, hari ini kita akan ada seorang lagi penghuni asrama yang baru. Jadi 'kami' mempersilakan adik Zahra untuk memperkenalkan dirinya." Kata ketua aspuri itu a.k.a. Kak Aida.

~memang selalunya budak asrama akan gelar diri 'kami' menandakan saling menghormati tidak kira umur.

"Bismillahirrahmanirrahim, Ya Allah permudahkanlah urusanku. Rasa berdebar pula mahu memperkenalkan diri di hadapan semua orang." Bisik Zahra.

"Assalamualaikum, nama ana Nur Izzatul Adawiyyah Az-Zahra. Boleh panggil ana, Zahra. Ana daripada kelas 6 Ibnu Rasyid dan tinggal di Taman Bestari Muda." Ujar Zahra.

"Oh, rumah Zahra dekat dengan rumah aku lani kiranya!?" Omel Safiyya dengan seronok.

"Kenapa pindah sekolah?" Kata kak Aida lagi.

"Hah? Ana pindah sekolah sebab... sebab.." Kelihatan berat mulut Zahra mahu menceritakannya.

"Ya Allah, macam mana ni. Aku tidak mahu orang lain mengetahui sebab mengapa aku pindah sekolah..." Bisik hati Zahra dengan risau.

"Zahra? Zahra?" Panggil Kak Aida memanggilku yang sedang mengelamun.

"Hah? Oh, ya se..sebab..." Aku mendekatkan diriku dengan Kak Aida dan mengatakan sesuatu kepadanya.

"Sebenarnya... saya pindah sekolah atas urusan peribadi. Boleh tak, kalau saya tidak beritahu?" Soalku dengan dahi yang berkerut.

"Eh, kenapa dengan Zahra ni? Macam ada masalah je..." Bisik Safiyya dengan sedikit risau.

"Ohh... maaflah. Kak Aida tidak tahu sebabnya.. hmmm.. tidak mengapalah. Jika begitu, Zahra tidak perlu beritahu." Balas kak Aida dengan senyuman comelnya.

"Terima kasih" Balasku lagi.

"Sama-sama. Baiklah jadi semua orang sudah kenal bukan nama Zahra ini? Jadi selepas ini, berbaik-baik. Jangan nak membuli pula.. Siapa yang buli adik Zahra ni, kak Aida buli dia balik. Hihi.." Kata kak Aida dengan gurauan nakalnya yang sentiasa membuatkan orang lain ketawa.

"Baiklah, kamu semua boleh bersurai. Sebelum itu, baca surah al-asr dulu." Kata kak Aida lagi.

~Selesai baca, semua orang balik dorm masing-masing~

"Eh, sekejap Zahra. Kak Aida nak tanya. Zahra sudah tahu Zahra masuk dorm mana?" Tanya kak Aida.

"Sudah. Dorm 24, bukan?" Jawabku pula.

"Ya, betul. Kalau Zahra sudah tahu, alhamdulillah. Hmm.. kalau macam itu, Zahra boleh pergi." Kata kak Aida dengan senyumannya.

"Baik."

Aku pun mula mencari dorm 24 dan alhamdulillah akhirnya aku jumpa juga dorm tersebut.

SAHABATKU sweet dalam DIAMWhere stories live. Discover now