BAB 17: DI SEBALIK DIAM ZAHRA

24 4 0
                                    

"Macam ni, aku ternampak Zahra kena marah dengan cg Safina sebab kes fon tu. Yelaa kau bukan tak tau perangai cg tu. Kalau cuai sikit je, ha bersalah ke tak bersalah ke semua dia marah! Lepas kena marah tu, cg Safina suruh Zahra pergi ke satu bilik. Aku pun ikutla sebab nak tahu apa jadi dengan Zahra ni.

Lepas Zahra masuk dalam bilik tu, aku dengar cg Safina tengking Zahra cakap Zahra ni cuaila apala. Pastu bila dia keluar daripada bilik tu, aku nampak Zahra menangis belakang pintu stor. Yang tu aku tak taula pulak kenapa dia menangis sebab tiba tiba suara cg Safina jadi pelan macam tak nak orang lain dengar je. Lepas keluar tu, cg Safina suruh dia berdiri kat luar bilik guru sambil pakai tag yang ada tulis ' saya tidak akan cuai lagi selepas ini.'

Kau tau tak Safiyya, sakit hati aku dengan cg Safina tu. Dia tak patut tau buat macam tu kat Zahra. Dia dah guna kuasa guru disiplin dia tu dengan salah. Sampaikan orang tak bersalah pun dia denda teruk macam tu. Aku nak je tolong Zahra, tapi apa aku boleh buat kan?" Terang Ain dengan bersungguh- sungguh.

"Ya Allah.. kesiannya Zahra. Ni semua salah aku. Kalau Zahra tak nampak kejadian aku dengan budak- budak yang merokok haritu, mesti Zahra tak perlu masuk campur.." omel hatiku dengan sedih.

"Amm.. kalau Ain tahu berapa lama Zahra kena berdiri kat luar tu?" Soalku dengan muka risau.

"Hmm.. tak silap aku 1 jam setengah jugakla sebab bila kau habis kelas math haritu dia ada lagi kat luar."

"Ohh.. huh." Keluhku kerana teringatkan Zahra.

"Ehh.. kalau tak de apa-apa lagi, aku pergi dulula.. lepas ni aku kena sambung buat latihan." Ujar Ain sambil menggalas begnya.

"Ouh.. ha ok pergilah.. maaf mengganggu Ain dan terima kasih tau sebab ceritakan kat Safiyya apa yang jadi pada Zahra." Kataku lagi sambil menghulurkan tangan kepadanya untuk bersalaman.

"Ehh. Tak pelah aku ok je. Hmm.. aku pergi dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

☆☆☆
"Safiyya! "Kedengaran suara lembut Zahra memanggilku.

"Eh.. Zahra. Kenapa datang sini? Maafla Safiyya lambat sikit."

"Takpe. Zahra fikir mungkin Safiyya ada hal sikit tadi. Tu yang Zahra datang surau ni cari Safiyya." Senyum Zahra sambil memandang tepat ke mataku.

Tanpa aku berfikir panjang, aku terus memeluk erat badan Zahra.

"Zahra.. terima kasih.. " kataku dengan nada sedikit sayu.

"Safiyya tidak apa-apa? Terima kasih untuk apa?" Jawab Zahra membalas saja pelukanku sambil mengusap badan belakangku.

Aku tidak mampu mengatakan apa-apa pada Zahra kerana setiap kali aku memikirkan apa yang berlaku atas Zahra, aku rasa bersalah sangat.

Zahra hanya mendiamkan diri sambil memelukku. Dia tidak berkata apa-apa melainkan terus mengusap belakangku untuk menenangkan aku yang daripada tadi menangis.

"Safiyya.. Safiyya minta maaf." Kataku pada Zahra yang masih erat memelukku.

Zahra hanya diam membiarkan aku menghabiskan kata-kataku.

"Ke.. kenapa Zahra tidak beritahu pada Safiyya apa yang jadi tentang denda tu?" Ujarku lagi membuatkan air mataku mengalir terlalu deras.

Zahra berhenti mengusap badanku sejurus mendengar apa yang aku katakan. Dia mendiamkan diri juga buat seketika.

"Safiyya minta maaf sebab Safiyya rasa serba bersalah sangat pada Zahra." Ujarku sambil meleraikan pelukan kami.

Zahra masih lagi mendiamkan diri dan tiba-tiba dia mengelap air mataku sambil memberi senyuman manis padaku.

"Zahra, kenapa Zahra tidak beritahu pada Safiyya apa yang berlaku? Dan kenapa Zahra selalu senyum pada Safiyya?" Kataku lagi sambil memegang tangan lembut Zahra.

Zahra menarik tanganku untuk membawaku duduk di tepi surau supaya tiada sesiapa boleh mendengar perbualan kami.

"Safiyya, apa yang terjadi ni semuanya atas ketentuan Allah. Zahra tak pernah salahkan sesiapa kalau ada sesuatu yang berlaku pada Zahra.

Zahra suka senyum sebab senyum tu kan satu sedekah. Dan abi Zahra pernah pesan, senyum tu akan dapat membuatkan orang sedih atau gembira atau merajuk berasa gembira semula dan senyum dapat membuatkan seseorang tenang." Terang Zahra sambil memegang tanganku.

Pertanyaanku tentang kes denda tu, masih lagi tidak diberitahu oleh Zahra. Aku mendiamkan diri saja kerana tidak mahu memaksanya.

"Dah.. Safiyya tak payah risau atau rasa bersalah tentang apa-apa ye? Jom kita balik aspuri. Nanti tak sempat pulak nak bersiap." Ujar Zahra sambil senyum padaku lagi.

"Memang betul kata Zahra. Senyuman memang dapat menggembirakan seseorang. Setiap kali Zahra senyum pada Safiyya, apa yang Safiyya rasa adalah ketenangan." Omelku dalam hati.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 09, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SAHABATKU sweet dalam DIAMWhere stories live. Discover now