BAB 13: AJNABI

16 4 0
                                    

"Amir, cuba kau tengok tu. Kalau kau perasan, dua perempuan tu je yang selalu aku tengok datang awal ke surau."

"Mana? Oh.. depa ke? Aku tahu ja. Sorang tu budak baru kan?"

"Haah. Tapi aku tak taulah pulak apa nama diorang."

"Issh, kau ni Aiman. Buat apa nak tahu nama peremuan ajnabi lain? Lebih baik kita ingat nama Allah. Dapat juga pahala."

"Hehe.. tak delah aku cuma nak tahu je"

"Hmm.. dahla tu jom masuk. Haa nanti macam biasa kau tasmik aku." Ujar Amir lagi.

"Yelaa.. aku tahu. Karang kalau tak buat kang kau tu merajuk sebulan." Gurau Aiman kepada sahabat rapatnya Amir yang merupakan anak kepada ustazah di asrama ini.

☆☆☆

"Assalamualaikum w.b.t. Diminta penolong ketua asrama untuk membuka tirai surau." Kata Soleh selaku ketua asrama.

"Amm.. Zahra. Jom kita pergi duduk belakang sikit nak?" Tanya Safiyya dengan sedikit gelisah.

"Hah? Kenapa? Kan bagus kalau duduk depan nanti kita lebih dapat mendengar apa yang nak dikatakan oleh ketua asrama." Balasku kehairanan.

"Eh.. hmm.. belakang sikit je Zahra. Bolehlah.. ekk.. ? Aku membuat muka kesianku pada Zahra.

"Hmm.. yela"
"Terima kasih, Zahra."
"Sama-sama."

Kami pun menginjak ke belakang dalam 2 barisan ke belakang. Ketika aku dan Zahra sedang mendengar sedikit ucapan daripada ketua asrama, aku memegang tangan Zahra dan berbisik kepadanya,
"Zahra.. maaf tau. Nanti Safiyya cerita mengapa Safiyya minta kita beralih ke belakang sedikit."

Aku yang dari tadi khusyuk dengan ucapan ketua asrama mengalihkan pandanganku pada Safiyya.
"Kenapa ni, Safiyya." Soalku dengan dahi yang berkerut.

"Tiada apa-apalah. Nanti dalam dorm Safiyya cerita, okay? Sekarang kita beri tumpuan pada ketua asrama."

"Oh.. baiklah." Fikiranku sedikit terganggu dengan apa yang dikatakan oleh Safiyya. Namun, aku tetap mendengar apa yang hendak disampaikan oleh ketua asrama.

"Baiklah. Disebabkan tahun ini adalah tahun last bagi batch aku, jadi seperti biasa budak form 5 akan mengambil alih aktiviti explorace. Aktiviti ini dijangkakan bermula pada minggu hadapan." Kata Soleh lagi.

"Explorace tu apa, Safiyya?" Bisikku lagi pada Safiyya.

"Oh.. maaf. Safiyya lupa pulak nak beritahu Zahra pasal ni. Explorace ni aktiviti yang memang akan diadakan setiap tahun dan akan dilakukan oleh pelajar form 5. Aktiviti ni dibuat bagi memberi keseronokan pada batch atas kita selepas mereka SPM tahun lepas. Aktiviti ni selalunya buat awal tahun sebab nanti takut terganggu pulak kita yang nak SPM tahun ni." Balas Safiyya.

"Ohh.. begitu."

Tidak lama kemudian semua orang pulang ke asrama semula.

-Aspura-

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Ehh abang Soleh. Ada apa ni? Masuklah.. hehe" Senyum Aiman sambil membuka pintu dormnya.

"Ohh. Abang Soleh ada hal sikit nak bincang dengan Amir dan Aiman."

"Hal? Hal tentang apa tu? Tanya Amir yang baru selesai melipat kainnya.

"Macam ni.. abang Soleh nak kamu berdua yang mengetuai aktiviti explorace tu nanti sebab abang Soleh percayakan kamu berdua sahaja dalam batch kamu ni. Bukan nak kata abang tak percaya kawan kamu yang lain, tapi abang lebih rapat dengan kamu berdua. Jadi abang lebih percayakan kamu berdua."

"Hah? Abang nak suruh kami?" Tanya Aiman dengan sedikit terkejut.

"Saya okay je bang." Kata Amir dengan yakin.

"Ishh.. kau tak pela, Amir. Kau tu dah biasa cakap kat depan bagi ceramah kat kampung kau tu. Anak ustazah kan kau tu.. aku ni? Nak ta'aruf haritu pun aku buat-buat berani. Yelaa nanti habis kejantanan aku." Omel Aiman dalam hati.

"Jadi.. Aiman kamu okey?"
"Hah? Err..er.. baiklah saya akan buat."

"Alhamdulillah. Terima kasih ye kerana bantu abang." Senyum Soleh kepada kedua adik juniornya itu.

"Sama-sama. Tak de apa apalah bang. Hal kecik je." Gurau Amir.

Aku hanya diam sambil senyum sedikit kurang yakin.

-Aspuri-

"Hah.. Safiyya. Apa yang Safiyya nak beritahu pada Zahra tadi?" Aku melabuhkan punggungku ke atas katilku sambil mengahadap Safiyya.

"Oh.. hal tu. Hmm.. Zahra jangan beritahu sesiapa ye?"

"Mestilah tak. Zahra tak pernah ceritakan rahsia orang kepada orang lain. Safiyya jangan risaula. Lagipun dalam dorm ni ada kita berdua je. Kan yang yang lain pergi melepak kat dorm kawan mereka? Zahra kalau nak melepak pun, dengan Safiyya jelah Zahra melepak sebab Safiyya je sahabat Zahra." Senyum Zahra.

"Hihi.. dah pandai gurau ehh.. kawan kite ni.. hmm.. baiklah..sebenarnya waktu Safiyya form 1, Safiyya waktu tu nakal tau. Safiyya memang nakal sampailah satu harini Safiyya nak beli makanan dekat kantin.

Biasalah orang nakal waktu tu lelaki ke perempuan ke semua Safiyya layan. Aurat pon Safiyya tak tutup sangat. Waktu nak beli makanan, kan kita beratur waktu tu Safiyya tengah sembang dengan kawan lelaki Safiyya. Nama dia Amar kot tak silap. Rapat jugaklah kami. Safiyya anggap dia sebagai kawan je. Tak sangka pulak dia anggap Safiyya lebih daripada tu. Waktu tengah sembang tu, tiba-tiba Amar pegang tangan Safiyya dan cakap, "Safiyya, jom kita couple nak? Awak ni dahla cantik, seksi pulak tu." Senyum sinis Amar kepada Safiyya.

"Lepas dengar je apa yang Amar kata, Safiyya cepat-cepat tarik tangan Safiyya dan tinggalkan kantin. Pada masa yang sama, Safiyya menangis juga bila teringat Amar pegang tangan Safiyya. Safiyya tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki melainkan ahli keluarga Safiyya. Lepas je kejadian tu, Safiyya nekad untuk berubah. Sebab tulah, bila tirai surau tadi dibuka, Safiyya ajak Zahra ke belakang sikit. Sebab Safiyya tak nak berada dekat dengan lelaki. Safiyya trauma."

"Ohh.. macam tu.. maaflah Safiyya. Zahra tak tau pulak Safiyya ada kisah silam nacam tu." Pujukku sambil memeluk Safiyya bagi menenangkannya.

"Tak pelah, Zahra. Semua nak jadi kan? Terima kasih, Zahra. Sejak berkawan dengan Zahra, Safiyya banyak merasa gembira berbanding sedih."

Aku hanya senyum sambil mengusap-ngusap badan belakang Safiyya.

SAHABATKU sweet dalam DIAMWhere stories live. Discover now