BAB 8: TAKDIR

14 3 0
                                    

~Tok, tok, tok~

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam, eh.  Kak Zahra kan?
"Ada apa kak Zahra?" Kelihatan sedang memikirkan sesuatu.

"Oh, oh.. Tahu dah. Kak Zahra terpilih untuk duduk dalam dorm ni, ye? Tak tahu pula kak Zahra duduk dalam dorm ni." Kata seorang ahli dorm itu, a.k.a Solehah.

"Oh, haah. Ana duduk dalam dorm ni." Kataku yang tidak sempat menjawab setiap soalan bertalu-talunya.

"Eh, eh.. maaf maaf. Marilah masuk. Kak Zahra jangan malu-malu. Buat je macam rumah sendiri." Kata Solehah yang dari tadi sedang lipat kain.

"Ehh, Zahra. Assalamualaikum." Kata salah seorang ahli dorm itu, a.k.a Kak Ani selaku ketua dorm dan juga kakak senior di dalam dorm ini.

"Waalaikumussalam." Balasku dengan tersipu malu.

"Haa.. dah kebetulan Zahra pun baru sampai, nanti kak Ani akan perkenalkan ahli dorm yang lain kepada Zahra. Okay, sekarang ni mari kak Ani tolong Zahra kemaskan pakaian." Kata kak Ani lagi dengan senyuman yang mesra.

"Oh, baik." Aku hanya meng'ia'kan sahaja disebabkan aku masih budak baru.

"Assalamualaikum, kak Ani. Za.. Zahra kan kalaau tidak silap?" Tanya seorang lagi ahli dorm dengan teruja, a.k.a Sakinah.

"Waalaikumussalam.. haah. Ana Zahra."
"Waalaikumussalam.. ish.. kinah ni.. terkejut kak Ani tau."

"Hihi.. maafla kak Ani. Tiber rasa excited harini. Eh, meh Kinah tolong lipatkan baju sekali ye? Kalau Zahra nak tahu, cara lipatan paling cantik dalam dorm ni, Kinahla.. hihi" Gurau Kinah pula.

"Eleh.. perasan je Kinah ni.." Sindir kak Ani dengan nakal.

"Ooh.. baik. Terima kasih." Hmm.. rasanya semua ahli dorm ni, semuanya supportive agaknya. Bisik aku dalam hati.

Hampir selesai dengan mengemas barang dan pakaianku.

"Kinah, mana kawan peer Kinah yang lagi sorang tu? Lambat betullah budak ni.. Kak Ani nak perkenalkan korang semua ni.." Rungut kak Ani.

"Haahla.. kejap ye. Kinah pergi cari sat.." kata Sakinah pula.

Sedang aku dan kak Ani berbual bersama dengan Solehah sekali, tidak lama kemudian...

"Assalamualaikuuuumm.."

"Ehhmm. Mai dah budak sorang ni. Zahra, kalau Zahra nak tahu ahli dorm Zahra yang sebaya dengan Zahra ni, dia sangatlah mesra, ceria dan banyak mulut. Tapi banyak-banyak mulut pon, alhamdulillah dia baik hati sangat. Hihi." Gurau kak Ani lagi.

"Hai kak Ani, Solehah dan... "

Aku yang daripada tadi membelakangi pintu menolehkan badanku ke belakang.

"Zahra? Ya Allah seriouslah ni Zahra?"

Alangkah terkejutnya aku, rupa-rupanya orang yang menyebut namaku itu ialah.. Safiyya.

"Eh.. Safiyya." Balasku dengan muka yang terkejut.

"Korang dah kenal ke?" Campur Sakinah.

"Haah. Kalau semua nak tahu.. Zahralah yang menolong Safiyya waktu Safiyya kena tuduh mencuri pagi tadi.. Ya Allah tak sangka sedorm dengan Zahra" Kata Safiyya lagi.

Oohh...Balas semua dengan serentak.

"Yeay!!!! Alhamdulillah.. Entah mengapa aku seronok sangat Zahra sedorm dengan aku." Kata Safiyya dalam hati dengan seronok.

"Baiklah. Dah alang-alang semua berkumpul ni.. kak Ani akan perkenalkan semua ahli dorm pada Zahra."

~♡♡♡~

"Jadi, kak Ani akan perkenalkan diri kak Ani dulu. Nama kak Ani Nor Syazwani boleh panggil kak Ani dan kak Ani punya katil berhadapan dengan Zahra, iaitu 6A.

Yang ini pula Nurul Sakinah. Zahra boleh panggil dia Kinah. Kinah, Safiyya dengan Zahra sebaya. So, kak Ani tak tau korang akan panggil apa sesama sendiri. Katil 5B ni katil Sakinah, iaitu sebelah kak Ani.

Katil 4C ni pula katil kepunyaan Aisyah. Dia tingkatan 4 dan sekarang dia tiada sebab dia pergi bertanding bola jaring di sekolah SMKA.

Katil depan katil Aisyah ni pula ialah katil Solehah. Nama dia Solehah Nur. Pelikkan nama dia terbalik. Tapi itu memang nama dia. Kita tak boleh nak bantah kang kena serang pulak dengan parent si Solehah ni, hihi." Gurau kak Ani lagi. Suka betul menyakat kak Ani ni.
Solehah dari tingkatan 4 kiranya sebaya dengan Aisyah dan nama katil dia 4D.

Akhir sekali, Safiyya. Safiyya seperti yang Zahra dah kenal, nama dia Nur Safiyya Al-Humaira' dan nama panggilan dia Safiyya. Macam kak Ani kata tadi Safiyya, Sakinah dan Zahra sebaya form 5 semuanya. Kebetulan katil Safiyya, 5E bersebelahan dengan katil Zahra iaitu 5F."

SAHABATKU sweet dalam DIAMWhere stories live. Discover now