A: ROTD | 11

40 3 0
                                    

Api lava menggelegak meletus apabila Armaros berjalan perlahan bersama mantel merah darahnya itu. Seekor makhluk seperti serigala mengikutinya disebelah.

Setiap kali makhluk itu mendengus, nafas panas keluar menghasilkan wap.

Armaros menghampiri seorang lelaki yang sedang membetulkan besi yang ada pada kuda kegelapan itu.

"War.. "

War yang sedang bersantai itu memandang kearah Armaros yang memanggilnya itu.

"Ada apa kau datang Ros? " tanya war dengan wajahnya yang jengkel. Dia malas hendak melayan jejaka tersebut.

Dia hanya ingin bersantai sebelum kembali ke dimensi lain untuk membuat kacau bilau.

"Saja nak datang melawat. Itu pun tak boleh ke? " jawab Armaros. Wajahnya dipalingkan kearah lain.

"Yela. Kau ni datang tak ada hajat yang pelik-pelikan? Aku malas nak melayan kau. " kata War dengan bersahaja.

Armaros sekali lagi mencebik. Ada kena pukul sebentar lagi. Orang tua tak sedar diri.

"Tak adanya. Aku cuma bosan je. Nantikan nak buat comeback. Kena la prepare. Kelas gittuwww." Kata Armaros sambil menyelak rambut hitamnya kebelakang.

Si serigala yang melihat keadaan itu hanya mengelengkan sahaja kepalanya. Dah tua, perasan muda. Ehh lupa.. Immortal, tapi kekal muda.

Tapi keadaan tersebut tidak menjejaskan situasi tersebut apabila berlakunya perbalahan mulut antara dua entiti. Si serigala itu hanya menjilat bulunya tanpa mempedulikan keadaan tersebut.

Manakala Armaros dan War, mereka sudah berguling dan bergelut sesama sendiri kerana tidak berpuas hati dengan rupa paras.

"KAU TU DAH TUA, BUAT LA CARA TUA!! "

"EHHH?!!! AKU MUDA LAGI, TAHU TAK?? SIAP BOLEH BUAT ANAK TIGA TAHU?!! "

"GROSSS, KAU PERVET!! DEWA MIANG!!! "

"KAU TU MIANGGGGG!! YAHHHHHHHHH!!! JANGAN TARIK RAMBUT AKU!!!! "

"RASAINNNN LORHHHHH!!! ARKKK!!! ""

War pengsan setelah Armaros menendang bahagian bawah dengan wajah bangganya itu.

"Dah siap? "

Tanya Famine yang sedang minum teh bersama serigala yang sedang menghirup air itu.

Tercengang sebentar Armaros melihat keadaan serigala tersebut.

Dia langsung tak boleh berfikir bagaimana serigala itu mengangkat seperti manusia. Dengan matanya memakai cermin mata bulat seakan telah lama rabun.

"Idiot, aku ni bukan serigala sembarangan. Aku pun boleh bertukar jadi manusia. Bengap tak sudah kau ni. Stupid creature. " kata si serigala tersebut dengan nada menyampah.

Famine pula ketawa kuat apabila melihat wajah terkejut Armaros apabila si serigala itu berbicara.

"Aku fikir kau tak boleh bercakap? "

ARVEST:THE RISE OF DARKNESS (BOOK 2)Where stories live. Discover now