A: ROTD |18

19 1 4
                                    

Bau-bauan yang muncul dihidu sebaik mungkin agar jejak yang muncul itu tidak hilang.

"HACCCUUUUUMMMM!!"

"OH MAK KAU HITAM!!"

"HAHHAHAHAHAHAHAHA!! KORANG TAK BOLEH KELAKAR LAGI KE? HAHAHHAHAHAAHHA!!" Kata Raven yang sedang ketawa. Allen pula sudah mulai bengang dengan rakan hidup sematinya itu.

"Rav.. kau nak hidup berapa lama?"

Raven tersentak apabila merasakan aura gelap disekelilingnya. Terkaku dia melihat Allen muncul secara tiba-tiba dibelakangnya sambil memegang kapak.

Air liur ditelan payah.

"Kita kawan kan? Hehe~

ARGHHHHHHHH!!!!

AMPUNNNNN!!!" Terjerit-jerit Raven yang sedang berlari mengelak dari dilibas oleh sahabatnya itu.

"JANGAN LARI!!! MARI SINI AKU SIAT-SIAT KULIT KAU!!! KAWAN TAK GUNA!!'

"ARRRHHHHHHHH!!"

Timbul urat bengang didahi Eden dengan keadaan tersebut. Tua-tua masih lagi nak bermain macam budak-budak lalu menghembuskan nafas dengan kasar.

"Errr.. tak nak hentikan ke?" Tanya Serena yang turut serta dalam pencarian tersebut.

"Tak perlu. Biarkan sahaja. Mereka memang macam."

"Ehh?!"

"Mari. Sebelum bau tu menghilang, baik kita cepat. Mereka berdua nanti eloklah."

Eden bergerak menyusuri salji-salji tebal dipergunungan White Wolf. Matanya tidak terlepas pandang setiap kawasan gunung tersebut.

"Welcome home, Eden."

"Huh?' tersentak Eden apabila mendengar suara bisikan tersebut.

"Ada apa-apa ke?" Tanya Serena yang terkejut apabila Eden tiba-tiba sahaja berhenti dan pada masa yang sama, seekor serigala berbulu putih memerhati mereka berempat.

"Ahh . Tak ada."

Serena berdiri tegak apabila merasakan sesuatu muncul.

Bunyi serigala mula kedengaran. Eden segera berhenti lalu berjaga-jaga.

Tiba-tiba sahaja Eden disergah oleh seekor serigala berbulu putih salju. Tergolek mereka berdua sehingga Eden terlentang diatas salji tersebut.

Serigala tersebut segera menghampiri dia lalu menjilat pipi Eden dengan lembut. Mata serigala tersebut kelihatan sedih dan turut rasa gembira. Eden yang memahami itu segera menyentuh serigala tersebut.

Perlahan-lahan Eden mulai berubah bentuk.

Tubuhnya mulai bertukar menjadi serigala namun yang mengejutkan Serena ketika melihat perubahan tersebut. Ekor.

Mempunyai sembilan ekor seperti musang.

"お帰り、息子よ。(selamat pulang anakku.)" Ujar serigala putih salju itu

ARVEST:THE RISE OF DARKNESS (BOOK 2)Where stories live. Discover now