A : ROTD | 15

36 2 0
                                    

Bunyi letupan kedengaran di tengah kota. Arvest yang ketika itu sedang bermain di tengah colloseum selepas pulang daripada perjumpaan kesemua Raja-Raja dikerajaan Rynvania.

Asap hitam berkepul-kepul di udara. Kedengaran bunyi dengungan yang sangat membingitkan telinga. Kesemua penduduk yang tidak dapat diselamatkan bergelimpangan diserata tempat.

Arvest yang baru tiba ditengah kota tersebut, terkedu melihat keadaan tersebut.

"A-apa...a-apa yang berlaku?" Tangan kirinya menutup separuh menutup wajahnya. Air matanya mengalir melihat keadaan tersebut.

Suasana mulai kelihatan perlahan sebelum Arvest tercampak kearah runtuhan bangunan yang berada sebelah kirinya. Erangan kesakitan kedengaran perlahan.

"Ahhh.. i feel free."

Tersentak Arvest apabila mendengar suara tersebut.

"Hey kiddo. What are you doing here?" Tanyanya dengan wajah yang menakutkan ditambah lagi dengan senyuman ngerinya. Wajah mereka berdua bergitu dekat lalu Arvest yang masih terbaring itu terus menendang tubuh itu dengan kuat sehingga terseret beberapa meter kebelakang.

"Where's you manner young man? Hehe" Kata lagi makhluk tersebut dengan kekehannya.

Arvest segera bamgun dan memasang kekuda lalu aura miliknya terlepas tanpa sengaja.

"Who are you?"

Tanya Arvest dengan rasa tidak senang melihat perubahan makhluk tersebut.

"Me? Hmm, you will know soon. Hihi."

Satu tekanan kuasa dirasai lalu seakan angin kencang benar-benar hampir mengenai Arvest. Remaja itu sedar akan kejadian tersebut melihat bangunan yang berada disitu terbelah dua.

Peluh mulai menitik. Makhluk tersebut mula menyerang Arvest.

Remaja tersebut mengelak serangan yang diberikan oleh makhluk itu segera menepis dengan tangan kanan. Nafas dihembus perlahan. Arvest berpusing kebelakang, kaki kanannya dihayun kearah kepala makhluk tersebut namun ianya berjaya ditangkap.

Arvest terkedu. Tanpa sempat melakukan apa-apa, tubuhnya sudah dilempar ke arah runtuhan bangunan yang dipenuhi dengan mayat penduduk disitu.

Tubuh Arvest dipenuhi dengan darah merah yang masih segar.

"Hmmpp.. ahhh, segarkan bau darah."

Tidak berkelip mata Arvest apabila makhluk itu sudah didepan matanya. Kepalanya dicengkam erat oleh makhluk tersebut lalu diangkat tinggi.

Arvest meringis kesakitan kerana dia tidak dapat menggerakkan tubuhnya itu.

"Aaawww.. Descendants of Light can't move. What a shame..HAHAHHAHHAHAHA."
Tawa makhluk tersebut memenuhi suasana tersebut.

Darah mulai mengalir dicelahan jari makhluk tersebut. Arvest mulai terasa tengkorak kepalanya retak.

SZIINGGGG!!

Terasa keadaan seakan-akan perlahan melihat tubuh Arvest jatuh bersama tangan kanan makhluk tersebut jatuh. Darah hitam memancut-mancut keluar dari potongan tersebut.

ARVEST:THE RISE OF DARKNESS (BOOK 2)Where stories live. Discover now