Badan diregangkan. Nafas dihela perlahan. Mata tertancak kearah sesuatu yang sedang memancar sesuatu di dinding tersebut.
Kakinya mula mengorak langkah lalu mengikuti seperti tarian. Dentuman lagu yang kedengaran diseluruh collosum dibiarkan. Setiap pergerakan dilakukan cermat walaupun sedikit terkial-kial.
"おはよう(Selamat pagi.)" Ujar Arvina yang sedang berjoging disekeliling collosum itu.
"おはようございます(Selamat pagi juga.)" Balas si kembar yang sedang melakukan senaman itu.
Diikuti seekor naga bersaiz sederhana seperti manusia.
"Hup haaa hup haa hupp haa.. hiappp.." termengah si naga itu melakukan senaman tersebut.
"ARVANAAAAAA!!!! MANA KAU LETAK PEDANG KESAYANGAN AKU??!!" jerit Arvest melalui tingkap balkoni istana yang menghadap kearah Collosum itu.
Arvana menjeling melihat abangnya, Arvest sedang mengorek hidung tanpa rasa bersalah menjentik kearah Raito yang sedang terbang perlahan menuju ketaman bunga itu. Najis tersebut terlekat dibadan pada sang naga lalu Raito segera mengulingkan badannya dirumput tersebut dihadapan bilik Allen.
"YA AMPUN, MENJIJIKKAN HANAT. NYAHH KAU. NYAHHH KAU.." terguling-guljng naga itu diatas rumput karpet yang dijaga oleh Allen.
Allen yang tadi tenang minum air teh dibalkoni luar itu, tersembur melihat Raito berguling seperti cacing kepanasan itu. Manakala Arvest, ketawa terbahak-bahak dengan tingkah Raito.
"SETAAAAPHITTT YOU DRAGON."
Kelam kabut Allen berlari mendapatkan naga itu dari terus merosak rumput karpet miliknya itu.
Arvana yang melihat kejadian itu hanya menghembuskan nafas sahaja tanpa ura-ura mahu menghentikan perkara tersebut.
"ABANG CARI JE DEKAT BILIK SENJATA!!" balas Arvana lalu sambung semula senamannya tadi tanpa mempedulikan betapa huru haranya istana Isla Avila pagi ini. Sudah biasa dengan keadaan sebegini.
Dari kecil sehinggalah dia membesar sekarang.
"Hmm, bunyi apa dekat luar sana tu?" Ujar William yang baru sahaja keluar dari bilik kerjanya itu.
Ketika dia melintasi koridor istana, beberapa orang dayang istana menunduk hormat padanya lalu kembali membuat kerja yang tergendala. William hanya tersenyum sahaja
Kepala dipalingkan ketingkap yang telah dibuka. Melihat suasana yang sedikit huru hara itu, William ketawa perlahan.
"Kalau awak dekat sini, mesti awak dah kelam kabut hentikan mereka." Gumam William sambil melihat Allen sudah berguling bersama sang naga Raito. Bergaduh kerana merosakkan rumput.
Ketika matanya tertancap kearah taman bunga diraja, terpaku dia melihat bayangan seseorang yang sedang berdiri tersenym melihat keadaan itu.
Tersenyum bahagia William walaupun sebentar sebelum ditegur oleh kembarnya yang hadir pada hari ini untuk melawat mereka semua bersama Landberg dan juga Vanilla, tidak lupa juga si kecil yang berada dalam dukungan Lilybelle, Daisy.
"Tengok apa?" Tegur Lilybelle sambil tersenyum.
Daisy yang tadi dalam dukungannya terus bertukar tangan apabila si kecil menghulurkan tangan mahu didukung oleh William. Ketawa Daisy apabila William mengambilnya.
YOU ARE READING
ARVEST:THE RISE OF DARKNESS (BOOK 2)
FantasíaDunia Rynvania hancur disimbah api lava merah yang masih membara dari sepasang sayap sang naga kegelapan. Armaros tersenyum melihat kehancuran Rynvania setelah mengalah kesemua puak. "Rynvania is mine, now. " Tawanya bergema melihat makhluk kegela...