A: ROTD | 3

328 16 19
                                    

Sayap putih dikibarkan. Bulu pelepah berterbangan apabila ianya mula terbang ke langit.

'Wake me up. Waktu untuk kita bersemuka akan tiba tidak lama lagi. '

Matanya melihat akan kejadian itu tersentak dengan suara yang muncul.

SPLASHHHH!!!

"Uhukkk.. Uhukk.. Siapa yang berani buat aku beta macam ni? " jerit Arvest yang tersedar dari tidurnya itu dengan kebasahan.

"Uncle Wren. Dia yang suruh. " ucap seorang gadis berambut warna putih yang sedang memerhatikannya dengan senyuman. Ditangannya terdapat sebuah baldi.

"Habis tu, siapa yang nak jemur nanti? "

"Kau la yang jemur. Ada tangan dengan kaki kan. "

"Cettt.. "

Arvest bangun dari katilnya lalu menuju kekamar mandinya manakala gadis yang dipanggil Vans itu keluar dari biliknya lalu menujur ke ruang makan istana.

Para dayang istana kini sibuk menguruskan hal-hal untuk pertabalan putera mahkota seluruh rakyat Avila yang akan tiba tidak lama lagi.

Lilybelle, Wren, dan Layla melihat gelagat Vans itu menjadi perhatian mereka bertiga.

"Bonda, kenapa pandang anakanda begitu? " Tanya Vans pada Lilybelle.

"Ahh, maaf. Kamu dah kejutkan Arvest? " Lilybelle segera memohon maaf lalu bertanya anak gadisnya tentang anak saudaranya itu.

"Dah. Vans kejutkan ikut cara uncle Wren." ujar Vans dengan selamba.

Wren sudah tersengih melihat renungan tajam daripada kakaknya itu.

"Chill kak, chill. ARGHHHHHH!!! PADAMKAN API, HANATTTT!!!! " jerit Wren sehingga bergegar Isla Castle. Wren mengibas-ngibas rambutnya beberapa kali sebelum Lilybelle memetik jarinya lalu apinya hilang.

Mata disepetkan memandang kakaknya yang sengaja mencari pasal. Lilybelle pula membalas. Mata mereka bersambung seakan ada arus elektrik yang sedang bertentang.

"Satu.. " ujar Layla sambil mengira nombor.

"Dua.. " Vans pula menyahut.

"Tiga.. " William pula turut serta lalu duduk dimeja makan tanpa mempedulikan pergaduhan manja antara mereka berdua.

Kedua-dua beradik itu sudah mengejar sesama mereka mengelilingi meja makan.

Arvest yang baru sahaja tiba diruang makan terkejut melihat aksi kejar mengejar antara ibu saudaranya dan juga bapa saudaranya.

"Aunty Layla, mana Aunt Lillie?"
Tanya Vans dengan selamba tanpa mempedulikan bondanya yang sudah seperti keanak-anakkan itu.

"Aunty Lillie kamu ada hal dinegara Human. Kenapa? " ujar Layla sambil matanya masih lagi memerhati adegan kejar-mengejar itu.

William pula sedang menghirup kopi panas yang telah disediakan adik kembarnya tadi.

Manakala di Human Kingdom, Lillie memerhati keadaan dibawah pesawat ROYAL AVILA NATION yang sedang dikendalikan oleh skuad Shinigami yang telah diberi arahan daripada King William untuk mengiringinya ke Human Kingdom dengan selamat.

ARVEST:THE RISE OF DARKNESS (BOOK 2)Where stories live. Discover now