A : ROTD | 12

31 2 0
                                    

Suasana didalam kelas teramatlah tenang setelah pelajar-pelajar di akademi pulang. Rambut silver nya diraup kebelakang.

Tiba-tiba pintu kelas tersebut diketuk perlahan oleh seseorang.

"Ryu." seorang gadis berambut coklat memanggilnya dengan wajahnya yang menunduk itu.

"Hana. Marilah. " panggil Ryu dengan wajah ceria. Suka dia melihat gadis tersebut.

"A-ada apa awak panggil saya?" tanya Hana apabila dia mendekati Ryu yang sedang duduk dimeja belajarnya itu.

"Aku ada hal untuk bercakap dengan kau. " ujar Ryu sambil cuba menelek wajah gadis itu dengan lebih dekat.

Pipi Hana pula semakin memerah melihat perbuatan jejaka itu. Ryu pula tersengih melihat gadis itu malu dengan perbuatannya.

"Kau comel. " kata Ryu.

Hana pula sudah berasap menahan malu. Wajah Hana didongakkan. Terkejut Hana melihat senyuman manis dari Ryu.

"Aku sukakan kau." Kata Ryu tanpa berselindung. Hana terkedu mendengar luahan tersebut.

Jantungnya berdegup laju.

"Ryu.. "

"Its okay, Hana. Aku tahu, kau terkejut. Tapi aku tak suka pendam lama-lama tentang perasaan. Lebih baik aku luahkan.

Kalau kau tak sukakan aku pun. Aku tak kisah. Janji aku dapat luahkan. " ujar Ryu dengan senyuman manis.

Ryu menyelitkan rambut Hana dibelakang telinga.

"Aku pergi dulu. "

Ryu berjalan meninggalkan Hana. Belum sempat Ryu hendak membuka pintu kelas. Hana berteriak.

"SAYA PUN SUKAKAN AWAK."

Terkedu Ryu dengan teriakan tersebut. Sebelum sempat dia berpaling kearah Hana. Tubuhnya dipeluk oleh gadis itu.

Ryu tersenyum. Dia tahu, Hana malu dengan apa yang dikatakan tadi. Sudah tentu wajah gadis itu semakin merah seakan-akan buah tomato.

Dia mengusap lengan gadis itu perlahan.





"Huarghh.. Aku bosan. " ujar Arvest yang sedang berjalan dikoridor kelas. Rambut emasnya diserabaikan. Raito pula sedang tidur berdengkur didalam tubuh Arvest.

Sewaktu dia berjalan menuju ke tangga yang berdekatan, hampir sahaja dia terjatuh kerana terdengar teriakan seorang gadis.

"Kuss semangat. Nasib tak jatuh tadi. Haih.. Makhluk mana la yang menjerit tiba-tiba ni? "
Ujarnya perlahan. Sebelum sempat dia melangkah menuju kearah suara tersebut. Dia melihat seorang jejaka berambut silver sedang berjalan berpegangan tangan dengan seorang gadis.

"Ehhh, tu bukan Ryu ke? Anak aunty Hikari. Hmmm.. Biarlah.. Bukan urusan aku. " ujar Arvest lalu dia kembali berjalan menuju ke tangga.

Sedang dia bersiul-siul sambil berjalan, tiba-tiba dia dihalang oleh sekumpulan pelajar lelaki.

"Apa pulak kali ni? " ujar Arvest dengan nada berbisik.

ARVEST:THE RISE OF DARKNESS (BOOK 2)Where stories live. Discover now