Bunyi bising kenderaan menyapa ditelinga. Arvest memerhati diluar kafe melihat jalan raya yang dibina dipenuhi kenderaan.
Jalannya sesak. Mungkin ada yang berpusu-pusu ke tempat kerja.
Arvest memandang sekilas jam ditangan. Jam menunjukkan baru sahaja pukul 8.00 pagi.
Mujur sahaja, kafe yang sedang dia menikmati waktu ini membuka pada awal iaitu pukul 7.00 pagi dan tutup pada pukul 7.00 malam.
Segelas cawan berisi teh hijau dari negara sakura diambil lalu dihirup perlahan.
"Ahh, always same like you did, bonda. "
"Sebab bonda selalu tambah dengan kasih sayang. "
Arvest ketawa kecil apabila mengingatkannya kembali.
Bondanya selalu membuat teh hijau dari negara sakura pada awal pagi.
Dan kafe ini juga adalah milik bondanya.
"Tuanku. "
Seorang pelayan dari kafe ini membawa sebuah hidangan sarapan pagi lalu meletakkannya diatas meja.
"Terima kasih. Jangan panggil saya, tuanku. Panggil sahaja saya, Arvest. "
Ujar Arvest dengan senyuman kecil. Pelayan tersebut hanya tersengih lalu mengangguk kepalanya.
Segera Arvest menikmati makanan tersebut dengan tenang. Pelayan itu telah pun beredar dan menyambung kembali membuat kerjanya.
Suasana kafe yang masih lagi lenggang ini mulai sedikit riuh dengan suara pelanggan yang lain.
Bunyi loceng dipintu dipandang oleh Arvest. Matanya menangkap susuk tubuh gadis tinggi lampai sedang menuju ke kaunter minuman.
Rambut putihnya beralun mengikut langkah gadis itu.
Mata biru cair gadis itu memukau pandangan Arvest. Gaun biru lembut paras betis gadis itu kelihatan sangat comel pada tubuh tinggi lampai.
Gadis itu mulai berpaling kearah Arvest apabila merasai dirinya diperhatikan.
Arvest yang tersedar akan perlakuan hanya mengelengkan sahaja kepalanya tetapi matanya terpasak kearah renungan mata gadis tersebut.
Seakan-akan sesuatu menarik perhatian mereka berdua.
Gadis itu duduk dimeja yang berhampiran disitu.
'Hey, kau tak perlu la pandang dia macam tu. '
Tegur Raito yang sedang menikmati rehatnya didalam tubuh jejaka itu. Tapi dia merasakan ada aura lain daripada gadis tersebut.
Aura yang ada pada gadis itu sangat menyenangkan.
Disisi lain pula, Helena yang masih lagi terpaku dengan pandangan Arvest terkejut dengan bunyi alat kecil yang diberikan oleh penjaga kaunter bayaran minuman sebentar tadi.
Dia merasakan mukanya hangat dengan renungan tersebut lalu bangun menuju ke kaunter tersebut untuk mengambil minuman yang dipesan sebentar tadi.
YOU ARE READING
ARVEST:THE RISE OF DARKNESS (BOOK 2)
FantasíaDunia Rynvania hancur disimbah api lava merah yang masih membara dari sepasang sayap sang naga kegelapan. Armaros tersenyum melihat kehancuran Rynvania setelah mengalah kesemua puak. "Rynvania is mine, now. " Tawanya bergema melihat makhluk kegela...