Seekor raksasa mulai menyerang kawasan bandar di selatan Avila, iaitu Valiant City. Penduduk disitu melarikan diri dengan bantuan para askar yang mengawal disekitar kota besar tersebut.
Kebetulan pula, putera ketiga iaitu anak mendiang King Louis dan Queen Aurora turut berada disitu bersama isterinya, Layla. Mereka berdua yang berada dikota tersebut bertujuan untuk mencari artifak yang sama dengan pemberian oleh Arvest ketika penemuan pada runtuhan purba semasa era pemerintahan King Drag Niel.
"Abang!!!"
Jeritan Layla membuat Wren sedikit tersentak. Melihat raksasa yang menyerang itu, sangat menyerupai dalam artifak tersebut.
Hatinya risau jika benar apa yang diperkatakan oleh mendiang bondanya, bermakna bencana besar akan berlaku.
Serangan yang akan datang pasti lebih teruk dari sekarang kerana penyerangnya bukanlah orang sembarangan.
Kerana mereka pernah memerintah ketika dizaman kegelapan sebelum cahaya mulai menerangi.
Mereka tenggelam didalam lubang kegelapan dan dikunci oleh pemilik kuasa cahaya yang berasal dari kayangan yang digelar The Light Will.
Iaitu pemerintah kayangan dan juga pemilik asal kuasa cahaya.
Eloir Lucian.
Pemerintah teragung untuk bangsa kayangan.
Kuasa milik Eloir iaitu cahaya telah diserahkan pada anaknya Dragwellyndyn untuk menentang kuasa kegelapan pada masa itu. Setelah berjaya, kuasa itu pula menurun pada anak lelaki iaitu Drag Niel.
Eloir pula, setelah menyerahkan sebahagian kuasanya pada Dragwellyndyn, beliau kembali semula ke kayangan untuk kestabilan dunia tersebut.
Selepas daripada itu, kematian Dragwellyndyn telah sampai dikayangan membuatkan Eloir berduka dengan kematian anaknya itu.
Peperangan mula berlaku diseluruh Rynvania. Perpecahan puak yang ada memberi peluang kepada puak Devil untuk melakukan kemusnahan dan menyeru semula kuasa kegelapan.
Carvon yang memerintah puak Devil terus mengambil kesempatan membunuh puak-puak lain untuk menguasai kesemuanya.
Puak Shapeshifter, Serigala, Pari-pari, Duyung, Musang atau Gumiho, Manusia dan juga Puak Gasar.
Puak-puak ini dibunuh kejam oleh Carvon bersama puaknya untuk miliki kuasa yang pada puak-puak tersebut.
Carvon tidak mampu menghapus puak naga, bunian, dan angel kerana kekuatan yang dimilikki oleh puak ini setanding dengan kuasa yang dimilik oleh Puak Devil.
Drag Niel pula sudah mengikat perjanjiannya dengan seekor naga yang turut mempunya kuasa cahaya. Eloir yang ketika itu turun ke Rynvania turut membantu untuk menghapuskan kuasa kegelapan yang kembali menyerang itu.
Eloir membantu cucunya untuk mengurung semula kuasa kegelapan tersebut akan tetapi Armaros telah pun bangkit dan memusnahkan kesemuanya.
Kesemua para rakyat jelata yang masih lagi menyelamatkan diri dari peperangan tersebut terkorban dengan serangan Armaros. Ngeri. Itulah yang boleh dikatakan kerana anggota tubuh terpisah seperti ditarik sehingga menghasilkan bunyi yang tidak menyenangkan.
YOU ARE READING
ARVEST:THE RISE OF DARKNESS (BOOK 2)
FantasíaDunia Rynvania hancur disimbah api lava merah yang masih membara dari sepasang sayap sang naga kegelapan. Armaros tersenyum melihat kehancuran Rynvania setelah mengalah kesemua puak. "Rynvania is mine, now. " Tawanya bergema melihat makhluk kegela...