A: ROTD | 5

66 4 8
                                    

Kedengaran suara pekikan dari seseorang dipadang menghijau yang luas itu lalu disambut dengan suara lain.

Bunyi letupan dan juga lagaan pedang saling membingitkan suasana sebelum bertukar menjadi bebelan yang panjang.

"KYAAAAAAAAA!!! RAVEN TAK GUNA!!! AKU BUNUH KAU JUGAK HARINIIIIIIII!!! "jerit Allen yang sedang mengejar Raven yang sudah tidak cukup tanah melarikan diri daripadanya.

"KAU YANG MULAKANNYA DULU, SETANNN!!! " teriak Raven yang tidak kenal erti mengalah.

Allen membaling bebola api kecil pada Raven berkali-kali akan tetapi di elak dengan mudah oleh Raven.

Squad yang sedang menjalani latihan bersama mereka berdua hanya membuat tidak tahu sahaja kerana sudah lali dengan perangai kedua-duanya.

"Hey, kau nak biarkan master macam tu je ke? "tanya Fayre yang sedang mengelap pedangnya itu pada Hairel yang hanya duduk sambil mengunyah gula-gula getah itu.

"Biarkah sahaja. Lagi pula, kita bagi master release tension. " kata Hairel yang masih lagi mengunyah itu.

Sora dan Quinn pula sedang berlawan sesama mereka untuk meningkatkan lagi stamina dan pekembangan dalam diri mereka.

Kekuatan mereka akan di uji ketika King William ingin menjalankan misi baharu sebelum dihantar melakukannya agar tidak berlaku kejadian yang tidak di ingini terjadi.

Raven pula sudah tergantung diatas tiang bangunan makmal sambil menjerit-jerit nama Allen yang sedang duduk berehat dibawah payung yang besar.

"WOIIII!!! TURUNKAN AKU!!!" jerit Raven. Urat didahi mula timbul kerana bengang dengan sahabatnya. Siapa suruh cari pasal?!

"APAAA??!!!! AKU TAK DENGAR!!! " jerit Allen yang sengaja membuat tidak mendengar jeritan Raven itu.

Allen tersengih sahaja. Dia sengaja meletak magis supaya Raven tidak turun dari tiang tersebut dalam keadaan terbalik. Padan muka kau.

Persidangan yang berlaku di Human Kingdom telah mendapat kata putus oleh raja-raja lain.

Lillie ketika itu juga mengambil tugas abangnya iaitu King William untuk menghadiri persidangan tersebut telah menewaskan objek hitam yang terhempas disempadan Human Kingdom dan Thunder Kingdom.

Kejadian itu diambil serious oleh semua Raja-raja lain untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku. Mereka juga perlu bersedia dengan apa yang akan terjadi tidak lama lagi.

Sesuatu yang akan dirungkaikan oleh seseorang yang telah ditakdirkan untuk melindungi semuanya.

"Abang?! " panggil seorang wanita berkulit putih dengan nada lembut.

"Avelyn, cucu kita mana? " tanya Allen yang sedang memerhati taman bunga yang dijadi oleh isteri tercintanya.

"Celine dengan Rayven. Katanya rindu dengan pak ciknya. " ujar Avelyn lalu meletakkan kepalanya dibahu suaminya.

"Manja betul Celine dengan Ray." kata Allen dengan sengihan. Dia mengusap rambut coklat cerah isterinya itu dengan lembut.

ARVEST:THE RISE OF DARKNESS (BOOK 2)Where stories live. Discover now