Lava panas yang sedang menggelegak itu memuntahkan sisanya. Armaros duduk termenung dilantai sambil mengingati wajah jejaka remaja yang muncul dihadapannya ketika dia sedang memusnahkan sebuah kota.
"Hmm. Pewaris cahaya?"
"Kau fikirkan apa?" Ujar Keres.
Muncul seorang gadis bertubuh kecil namun kelihatan sangat comel.
Armaros berpaling sisi kanannya itu hampir sahaja berlaga wajah dengan gadis comel itu. Terundur sedikit badan Armaros apabila merasa keadaan itu sedikit janggal.
"Kau mahu apa?" Tanya Armaros yang sudah berdiri itu. Keres mendongak melihat Armaros yang sudah berdehem.
Keres tersenyum simpul lalu mendekatkam diri pada Armaros.
"Jom main." Ujar Keres dengan mata bulatnya itu. Bersinar-sinar sudah matanya kerana berharap si bidadara kacak ini bersetuju akan permintaannya.
Namun..
"Aku tak boleh. Aku perlu lakukan sesuatu dulu. Nanti kita main sama-sama." Ujar Armaros dengan dingin namun tidak pada gerak gerinya. Dagu gadis itu didongakkan lagi.
Jari jemari runcingnya menyulusuri pipi gadis itu dengan menggoda. Keres pula hampir sahaja kehilangan nafasnya dengan perlakuan Armaros terhadapnya. Menggoda.
Sekelip mata Armaros menghilang dari situ.
"Me-menggoda.. haishhh, sikit lagi nak cair.
Kyaaaa!!!! Malunyaa!!!!!" Jerit Keres lalu menekup wajahnya yang sudah merona merah itu.
Bunyi decitan kedengaran menyebabkan Keres berpaling kearah tersebut. Air kopi dihirup perlahan. Keres yang melihat itu tahu, apa yang dilakukan tadi telah dilihat oleh War yang sedang bersantai itu.
"Apa tengok-tengok?" Ujar War dengan wajah datarnya.
"Tak ada apa-apa." Balas Keres lalu bangun dan menghilang tanpa dikesan.
War hanya menggelengkan sahaja disitu.
Sebulan kemudian
Suasana di istana kedengaran riuh. Rakyat jelata sedang menjamu selera dikawasan terbuka di istana.
Kelihatan meriah sekali majlis yang diadakan oleh sang Raja William.
Selepas perlantikan putera mahkota pada Arvest serta mengumumkan kepada seluruh para rakyat jelata di Rynvania tentang anak sulungnya yang dahulunya disembunyikan kerana tiada kuasa juga bahkan ini adalah permintaan mendiang Permaisuri Daniella yang sangat melindungi anak sulungnya itu.
Kejadian yang paling tidak dilupakan oleh Raja William turut menjadikannya sangat sukar untuk membuka kepada rakyat jelata tentang anaknya, siapa, bagaimana dan sebagainya kerana tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku lagi.
Tersenyum Raja William melihat Arvest yang sedang berdiri gah dibalkoni istana melihat rakyat jelata bergembira mendapat makanan percuma tidak kira golongon. Arvina dan Arvana pula sedang bergembira dengan rakan-rakan akademinya serta bersama sepupu-sepupunya.
YOU ARE READING
ARVEST:THE RISE OF DARKNESS (BOOK 2)
FantasiDunia Rynvania hancur disimbah api lava merah yang masih membara dari sepasang sayap sang naga kegelapan. Armaros tersenyum melihat kehancuran Rynvania setelah mengalah kesemua puak. "Rynvania is mine, now. " Tawanya bergema melihat makhluk kegela...