Aku berpeluk tubuh sambil memandang di luar tingkap. Aku tak tahu apa yang aku fikirkan. Mungkin merindui seseorang. Tetapi siapa? Aku kan forever alone. Haha!!
Tok! Tok! Aku berpaling kearah pintu.
"Masuk!" Ucap aku sepatah lantas menuju ke kerusi.
Tak lama tu tersembul muka anuar di sebalik pintu pejabat aku.
"Nah.."
Aku memandang ke arah anuar pelik. Lantas pandangan aku beralih sepucuk surat.
"Surat apa?" Tanya aku.
"Baca lah dulu."
Aku terus mengambil surat itu di tangan anuar. Surat bertukar tangan.
'PENAWARAN AKTIVITI UNTUK MASYARAKAT KAMPUNG........'
Aku mendonggakkan kepala memandang ke arah anuar.
"Apa benda ni?" Tanya aku.
"Lah! aktiviti masyarakat lah. Jumpa dengan orang-orang kampung apa semua. Bukan kau suka ke aktiviti yang macam itu. Boleh kumpul mak angkat katanya."
Aku mengeluh lantas menyilang tangan dan bersandar ke kerusi. Muka anuar aku pandang.
"Nama aku naik ke?"
"Ye j. Ko je yang tak sedar.""Sorry! Aku sibuk sikit. Siapa yang pergi lagi?"
"Eh ramai j.. Tuan kadir pun turun padang jugak tau."
"Kalau tuan kadir turun, bermakna kita semua kena behave. Tak boleh lah nak merewang bagai apa semua. Dan tentu-tentu nak kena punctual.. Hurm."
"Kau ni kan habis-habis nak merewang"Aku menjebekkan bibir.
"Engkau pun sama! Tak payah nak cakap kat aku. Lagi pun dah nama pun masuk kampung, mestilah nak merewang kan."
"Iyo lah. Nanti jangan lupa bawa kamera.." Ucap anuar terus bangun. Dia membetulkan baju yang dia pakai.
"Dah smart dah anuar. Tu siti kirim salam. Ni kau nak kemana?" Tanya aku."Cakap dekat siti aku tak berminat."
Aku buat muka dekat depan anuar.
"Jangan berlagak sangat gila. Aku tanya kau nak kemana?"
Anuar tergelak.
"Aku nak sambung buat kerja. Otak jem ni!""Okay kalau macam itu, Jom coffee."
"Serius ah? J ajak aku coffee? Memang aku tak menolak lah. Come to papa!"Aku tergelak dengan apa yang anuar katakan. Bengong betul.
Aku berjalan beriringan dengan anuar ke cafe tingkat tiga. Sampai sana biasa lah aku kena mengadap muka kak na. Adalah benda yang tak kena dekat rumah tu. Tak apa lah. Nanti-nanti lah aku settlekan.
Petang tu aku terus balik ke rumah. Anuar dan sham ajak aku melepak pun aku menolak. Mungkin penat kerja seharian kot. Lepas mandi solat aku terus mengaji. Dah habis mengaji, aku terus keluarkan sampul surat di dalam beg. Aku baca kembali untuk kesahihan tempat itu. Tempat yang sama. Aku terus baring ke atas katil. Aku mengeluh perlahan. Ingatan aku kembali bermain dilayar fikiran.
YOU ARE READING
KISAH SERAM 'SIMPANG MATI'
HorrorDISINI AKU INGIN MENCERITAKAN KISAH SERAM YANG BERLAKU DEKAT DIRI AKU SENDIRI. KISAH INI ADALAH KISAH SEBENAR. STAY TUNED.