Dulu pernah buat jugak aktiviti masyarakat. Aktiviti itu dekat sebelah utara. Apa yang terjadi dulu tak mungkin akan aku lupakan. Air mata mengalir tanpa di minta. Akhirnya aku terlelap.
Aku tersedar disebabkan telefon aku berdering macam nak pecah speaker. Aku terus meraba-raba ke atas meja sebelah katil. Lantas tanda hijau aku slide ke atas.
"Hello"
"Kau kat mana j?"
Aku berkerut dahi.
"Siapa ni?"
"Ya allah kau ni j. Aku ni anuar. Kau dekat mana sekarang?"
"Kat rumah lah."
"Mesti kau lupa kan hari ni. Aku dah agak dah" Marah anuar.
"Ada apa-apa ke hari ni?" Tanya aku.
"J kau pergi bersiap sekarang. Lagi 20 minit nak gerak dah."
Aku mata yang nak tertutup tadi terus terbeliak. Aku lantas duduk. Aku berpaling dekat sebelah katil dan memandang jam dekat pukul 9.
"Weh aku lupa. Sumpah! Kejap aku bersiap" Ucap aku lantas mematikan telefon dan bergerak ke bilik air.
Selesai mandi apa semua aku hanya mengenakan tshirt hitam berkoler dan seluar jeans biru tua. Jam di capai lantas dipakai. Aku pergi dekat almari baju. Aku hanya keluarkan yang penting sahaja. Selesai semuanya aku capai beg camera dan waist beg. Aku terus bergegas ke pintu dan pakai kasut. Tanpa panaskan kereta, aku terus gerak ke tempat yang telah dikatakan semalam.
Sampai saja aku terus keluar dari kereta. Anuar sham datang ke arah aku.
"Ini lah j yang aku kenal. Tahu kau lambat. Tahu rambut kau cantik. Tapi sikat lah gila. Nah" Ucap anuar lantas mengeluarkan sikat didalam poket seluarnya.
Aku terus mengambil sikat di tangan anuar lantas menyikat rambut. Aku memandang bas dihadapan aku.
"Naik bas ke?" Tanya aku.
"Haah"
"Tak apa j. Ni rombongan cik kiah zaman moden tau" Ucap sham.
"Tapi korang tahu kan aku tak boleh naik bas?"
"Tahu. Kenapa? Bawa je lah kereta"
"Bos kau tak marah ke?"
"Bos aku tu bos kau juga lah pelaq. Tuan kadir tak ada apa. Cuma puan junaidah tu lah. Mesti dia tak puas hati dengan kau. Kau tahu kan perangai dia macam mana." Ucap anuar.
"Itu dinamakan gila meroyan. Biasalah j, dah tua kan. Tak kahwin lagi. Sebab itu lah kot" Ucap sham dengan gayanya sekali
"Korang berdua ni kalau mengumpat memang win kan. Tambah-tambah kau sham. Siap dengan gaya ha" Ucap aku lantas ketawa mengekek-ngekek dekat tepi jalan.
"Biadap kau j" Ucap sham.
Kitaorang bertiga terus ketawa. Memang betul pun, Aku dengan puan junaidah memang tak ngam. ramai lah yang kurang gemar dengan puan junaidah ni. Lagi satu dia suka ampu bos. Jadi tak pelik lah kalau dia akan cucuk-cucuk tuan kadir ni ha. Tapi tuan kadir dengan aku ngam. Dia bagi kelongaran dekat aku. Tak ada hal lah tu.
"Eh kejap." Ucap aku sambil memandang sekeliling.
"Kau cari siapa j?"
"Izuwann mana?"
"Oo nyah tu pergi teman si ijat dekat dalam. Nanti dia keluar lah" Sampuk sham.
"Kejap. Kau panggil izz nyah?"
"Haah! Haha!"
"Kuang hajo kau kan sham" Ucap aku lantas gelak.
Tengah aku anuar dan sham gelak-gelak tak lama tu tuan kadir datang ke arah kitaorang dengan puan junaidah.
"Okay j nanti kamu follow bas ni ye"
Belum sempat aku nak mengiakan, puan junaidah bersuara.
"Eh tuan, kenapa j naik kereta? Kenapa tak kasi dia naik bas sekali. Tuan jangan begitu"
Tuan kadir berpaling ke arah puan junaidah.
"Kamu kena ingat, j ni dia ada masalah bila naik bas. Saya yang izin kan dia bawa kereta. Sudah sekarang masa untuk gerak" Ucap tuan kadir seraya berjalan meninggalkan kitaorang.
Puan junaidah buat muka tak puas hati. Aku dah mengejek dia dah. Haha. Rasainloo! Tak lama tu izuwann sampai dengan sara. Tercunggap-cunggap member berlari.
"Sorry-sorry aku lambat"
Aku hanya memberi jelingan terhadap izuwann. Maleh nak melayan. Tak lama tu aku terus meloloskan diri ke dalam kereta. Yang naik kereta dengan aku izuwann anuar sham dan sara. Aku terus mengikut bas dibelakang. Tapi sebelum tu kitaorang semua berhenti dekat rnr untuk breakfast.
"Kau okay tak j?" Tanya izuwann setelah duduk dekat meja
"Aku okay je. Cuma mengantuk sedikit je"
YOU ARE READING
KISAH SERAM 'SIMPANG MATI'
HorrorDISINI AKU INGIN MENCERITAKAN KISAH SERAM YANG BERLAKU DEKAT DIRI AKU SENDIRI. KISAH INI ADALAH KISAH SEBENAR. STAY TUNED.