Tak lama selepaa itu, aku bangun dan ambil wuduk lagi sekali. Selesai semuanya aku terus solat tahajjud. Memintak pertolongan daripada allah supaya dipermudakan segala urusan. Selesai solat aku terus baring ke atas sejadah. Dan aku dapat mimpi dimana santi masih dalam keadaan baik. Tetapi dia kelihatan kesakitan. Allahu!.
Aku tersedar setelah maria kejut aku. Aku terus bangun duduk.
"Kau okay?" Tanya maria.
Aku hanya mengangguk lemah. Aku memandang ke arah pintu. Ustaz emir dan yang lain-lain tengah menunggu diluar. Aku terus bangun dan menuju ke bilik air. Selesai semuanya aku terus menuju ke arah anuar dan izuwann
"Jangan cakap dengan aku. Aku tak ada mood sekarang. Bak sini tangan."
Anuar dan izuwann terus suakan tangan dekat aku. Aku kelurkan gelang yang budi dan jampikan itu aku sarungkan dekat tangan izuwann dan anuar sambil aku membacakan beberapa surah. Aku pun turut sarungkan untuk aku sebagai pendinding.
"Jangan buka selagi masih dalam hutan. Takut nanti pandangan mata ditutup. Ingat pesan aku"
"Baik j" Ucap anuar dan izuwann serentak.
"Okay semua dah bersedia?" Tanya tuan kadir.
"Sudah tuan!"
"Hmm saya nak cakap sikit, Kalau saya dan yang lain tak keluar dalam masa 3 jam, tolong call penyelamat." Ucap ustaz emir kepada puan junaidah dan jugak yang lain-lain.
Puan junaidah datang ke arah aku lantas dia peluk aku erat-erat. Aku pelik. Semua memandang ke arah aku. Tak lama tu puan junaidah lepaskan pelukkan. Dia memandang tepat muka aku.
"J, saya nak mintak maaf. Saya harap awak hati-hati. Selamtkan santi okay. J boleh!"
Aku hanya tersenyum pahit lantas menganggukkan kepala.
"Yelah. Tapi kenapa puan junaidah macam ni?" Tanya aku pelik.
"Saya tersentuh dengan doa awak semalam. Dah lah. Hati-hati okay."
"Baik puan junaidah."
"J Ko carefully okay." Ucap maria tiba-tiba lantas menepuk bahu aku.
"Okay. Dont wori." Ucap aku lantas membetul kan glove tangan dan ikat kasut.
Aku dengan yang lain melangkah dan berdiri berdekatan pinggir hutan. Sebelum itu ustaz emir bacakan doa. Selesai baca doa zubir membuat pecahan bahagian."Okay bahagian dalam hutan ni agak besar jugak. Orang kampung semua tak berani masuk hutan sini. Saya tak tahu kenapa. Okay lah. Kita jangan buang masa. So dekat sini saya akan buat 3 pecahan. J dengan tuan kadir dan zarul. Ustaz emir dengan anuar dan izuwann. Saya sham dan dani. Okay awak group A, j pergi sebelah kanan. Group B, ustaz emir pergi ke sebelah kiri. Group C, saya pergi ke atas. Kita jumpa dekat sini selepas 2 jam. Ingat melihat dengan mata. Fokus! Okay go!
"Bismillahhiramanirahim." Ucap aku lantas melangkah masuk ke dalam hutan.Aku mencapai satu kayu sambil mata melilau memandang kekiri dan kanan. Aku tuan kadir dan zarul terus melangkah ke dalam. Tengah jalan tu tiba-tiba depan aku ada satu rimbunan pokok bergerak-gerak. Aku mamandang tuan kadir. Aku buat isyarat dekat bos aku suruh dia berhenti. Aku keluarkan parang dan aku pergi dekat rimbunan pokok tersebut. Aku menghela kan nafas. tak ada apa-apa. Risau babi je. Mau kena sondol sia-sia kena samak. Aku dengan yang lain teruskan melangkah. Aku memandang ke kiri dan kanan. Bila dah jauh berjalan, tuan kadir meminta untuk berehat. Penat katanya. Bila dah 15 minit berehat, aku tuan kadir dan zubir meneruskan perjalanan.
Bila tengah berjalan tu tiba-tiba rimbunan pokok bergerak-gerak. Aku terus berhenti melangkah. Hati aku tiba-tiba diserbu rasa kurang enak. Aku menekupkan dada aku lantas aku memejamkan mata. Petanda apakah ini? Aku buka mata. aku keluarkan parang dan bergerak secara perlahan kedepan. Tangan yang pegang parang aku angkat setinggi yang boleh. Belum sempat aku nak hayun parang, rimbunan pokok yang bergoyang tadi tu tiba-tiba senyap. Aku terus melangkah ke depan. Selak pohon tersebut. Tapi tak ada apa-apa. Aku terus pusing ke arah tuan kadir dan zarul
"Tak ada apa-apa. Kita teruskan perjalanan okay tuan?" Tanya aku.
Soalan aku tak di sahut oleh tuan kadir malah muka tuan kadir tiba-tiba pucat lesi. Mata tuan kadir terbeliak. Macam tu jugak dengan zarul. Ibarat macam tengah nampak hantu.
"Tuan kadir? Zarul?" Panggil aku lantas aku bergerak setapak ke depan.
Masa aku nak melangkah tu tiba-tiba rimbunan pokok tu kembali bergoyang. Aku terus berhenti melangkah. Parang ditangan aku pegang sekuat yang mungkin. Aku tertelan liur. Dalam otak aku satu je masa tu aku fikir. Kemungkinan itu adalah harimau. Harimau. Aku berkira-kira nak pusing kebelakang. Bila aku betul-betul dah berhadapan, alangkah terkejutnya aku bila di depan aku tu adalah santi. Dengan mulutnya penuh darah. Dengan seluar yang putih tu penuh darah. Allahu!
"J tolong aku j." Ucap santi Sambil tangannya ke arah aku.
Aku cuba nak melangkah ke arah santi tetapi kaki aku ibarat dipaku. Tak boleh nak bergerak.
"J tolong aku j" Ucap santi lagi dan santi berjalan kedepan.
Tak lama tu aku terdengar suara tuan kadir.
"J mengundur j!" Jerit tuan kadir dari belakang.Aku berpaling ke arah tuan kadir. Aku cuba mengangkat kaki aku. Tetapi tak boleh.
"Apa ni ya allah!" Ucap aku perlahan
"J"
Aku pandang ke arah santi yang makin lama makin mendekat.
"J! Saya kata mengundur!!!" Jerit tuan kadir lantang!!Santi memandang tuan kadir dengan pandangan yang tajam.
"Hmmm!!!" Santi berdengus kasar. "J tolong aku j." Ucap santi lagi dan dia kini di depan aku.Tangan santi memegang tangan kiri aku. Tangan kanan yang aku pegang parang aku campak dekat tuan kadir sambil membuat isyarat mata. Tangan kanan aku cuma mencari-cari botol air delima yang aku sentiasa bawa kemana-mana di dalam beg pinggang, lantas penutupnya aku buka. Walaupun agak susah nak buka penutup botol sebelah tangan, tetapi aku gagahkan jugak. Setelah berjaya buka tudung penutup botol. Dengan pantas aku terus simbah air delima itu kearah santi.
YOU ARE READING
KISAH SERAM 'SIMPANG MATI'
HorrorDISINI AKU INGIN MENCERITAKAN KISAH SERAM YANG BERLAKU DEKAT DIRI AKU SENDIRI. KISAH INI ADALAH KISAH SEBENAR. STAY TUNED.