BAB 14

859 59 0
                                    

"Apa sebenarnya yang berlaku?"

Maria duduk dekat depan aku.

"Sebenarnya j, masa kau tidur tadi ada benda yang berlaku. Kitaorang cuba kejut kau tau j. Tapi kau tak bangun langsung. Kitaorang siram air kat muka kau pun sama. Kau tak bangun. Jadi kitaorang terpaksa panggil tuan kadir untuk cari ustaz. Masa tengah aku dengan sara panggilkan tuan kadir, santi tiba-tiba jerit memekik terlolong. Apa yang kau lihat santi tu, dia masih belum okay.

Aku terdiam. Tak lama tu ustaz emir masuk ke dalam bilik dan berdiri kat tengah-tengah ruang. Tak lama tu ustaz emir membaca beberapa ayat membuatkan santi menjerit. Aku pulak badan tiba-tiba jadi panas. Aku tak tahu sebab apa.

"Sini kamu!" Panggil ustaz emir.

"Huh!!!"

Santi yang pada mulanya menjerit dan tiba-tiba dia terdiam selepas ustaz emir berhenti membaca ayat-ayat suci alquran.

"Kenapa datang balik?" Tanya ustaz emir.

"Heee heeee" Gelak si santi.

Aku tersentak bila terdengar perkataan yang kelur dari mulut ustaz emir. "Kenapa datang balik?" Bermakna??

"Benda apa?" Tanya tuan kadir tiba-tiba.

Aku berpaling ke arah tuan kadir.
   
"Benda lama kembali." Ucap ustaz emir tanpa memandang kearah tuan kadir.
   
"Macam mana benda lama boleh datang balik?"  Tanya aku sambil berkerut dahi..

Ustaz emir hanya mendiamkan diri. Tangannya lugat dihayun ke arah santi. Aku tak tahu apa yang ustaz emir buat. Bila lentok tangan ustaz emir di hayun dari depan, badan santi seolah-olah di tolak kebelakang.

"Kamu masih tak nak keluar dari tubuh manusia ini?" Tanya ustaz emir.

"Tidakkkk!!"

"Allahuakbar!!"

Suasana yang sebelumnya sedikit huru hara, kini bertukar menjadi sunyi dan sepi. Tubuh santi secara automatik menjadi longlai dan akhirnya rebah di atas simen.

"Angkat dia dan letak atas katil." Arah ustaz emir.

Anak-anak buah ustaz emir lantas mengangkat santi dan letakkan di atas katil. Tak lama kemudian ustaz emir melangkah ke arah aku. Lalu ustaz emir duduk betul-betul didepan aku.

"Sepatutnya kamu menghalang, bukan membiarkan."

Aku berkerut dahi cuba nak hadam apa yang disampaikan oleh ustaz emir.

"Saya tak faham maksud ustaz. Apa yang saya dah buat?" Tanya aku.

"Sepatutnya kamu menghalang apa yang santi nak buat semasa kamu semua masuk ke simpang mati tu. Tetapi kamu semua membiarkan ia. Sekarang benda tu datang semula."

Aku dan yang lain-lain terus terdiam. Mungkin salah kitaorang sebab membiarkan. Tetapi akan memudaratkan santi.

"Tak mengapa lah. Saya balik dulu. Esok saya nak mintak pertolongan dari kamu."

Aku hanya mengangguk perlahan. Dan menghadiahkan senyuman walaupun pahit dan sakit hati dengan kenyataan ustaz emir sebentar tadi. Semua dah masuk tidur. Aku masih lagi memandang ke siling. Apa yang sebenarnya bermain dekat kepala otak aku ya? Around 4 am aku terlelap.

Aku tersedar pukul 10 pagi. Pagi tu badan aku sakit yang teramat sangat. Aku cepat-cepat bangun capai kain tuala dan mandi. Selesai semuanya aku terus keluar untuk breakfast. Perut lapar yang teramat sangat. Yang lain entah kemana. Tengah aku layan perasaan sambil makan, tak lama tu maria sara dan santi datang deka meja aku.

"Lena tidur semalam j?" Tanya maria.

Aku hanya tersenyum pahit.

"Boleh lah"

Aku memandang santi yang masih lagi berdiri

"Kau dah okay ke santi?"

"Aku okay. J aku nak tanya sikit."

"Tanya lah."

"Semalam apa yang dah jadi dekat aku?"

Aku memandang maria dan sara.

"Diaorang tak bagitahu aku apa-apa j. Aku harap kau berterus terang lah."

"J?"

Aku menghembus nafas yang paling berat. Sudu di dalam pinggan aku capai dan menyuap nasi goreng cina ke dalam mulut. Tiba-tiba terasa pasir.

"Beberapa tahun yang lepas pernah terjadi sesuatu dekat sini. Mungkin betul apa yang ustaz emir cakapkan dekat aku semalam. Sepatutnya aku menghalang. Tetapi aku sendiri yang membiarkan. Mungkin jugak ada salah aku dimana-mana yang aku sendiri tak nampak. Kejadian tu sebijik apa yang kau alami. Dan sama berlaku terperangkap dekat simpang mati tu. Izatty.. arwah izatty. Meninggal selepas kena rasuk dekat sini. Benda yang sama jugak dia buat. Kencing dekat pokok tu. Sumpah aku tak ingat langsung. Aku harap tak ada apa-apa yang berlaku."

KISAH SERAM 'SIMPANG MATI'Where stories live. Discover now