BAB 10

945 57 0
                                    

Aku pandang anuar.

"Susah dapat partner buta seni ni. Dah lah maleh aku nak layan kau anuar."

Aku terus melangkah ke bahagian depan rumah tersebut. Satu persatu aku tangkap gambar. Tak lama tu anuar datang dan berdiri dekat sebelah aku.

"Kau tak ada rasa something ke j?"

Aku membelek gambar yang aku tangkap tu. Tiba-tiba....

"Anuar sini!" Panggil aku.

"Apa dia?" Tanya anuar seraya melangkah ke arah aku.

"Kau tengok gambar ni"

Ada satu gambar yang aku ambil di bahagian tingkap luar. Dekat tepi tingkap itu ada muka orang. Mata dia layu dan memandang betul ke arah kamera.

"Siapa tu j?" Tanya anuar.

Aku mendongakkan kepala. Mencari tingkap yang aku tangkap tu. Tapi kenapa macam tak ada.

"Kejap"

Aku lantas melangkah tetapi anuar cepat-cepat berdiri tegak dekat depan aku dan tangannya di depakan.

"Kau jangan buat hal j. Baik kita gerak dari sini. Aku dah rasa lain macam dah ni. Nampak ni bulu roma aku meremang dari tadi lagi weh"

Aku menarik nafas. Lantas dihembuskan.

"Aduh kau ni anuar. Leceh lah. Yelah yelah! Yang lain mana?"

"Tu" Tunjuk anuar.

Aku dengan anuar terus meninggalkan rumah tersebut. Aku berpaling kebelakang. Rumah tu seolah-seolah hidup. Entah lah nak. Kitaorang teruskan berjalan ke tempat yang harus dituju. Rumah yang pertama kitaorang pergi dan alhamdulillah. Semua penghuni rumah tu mesra rakyat. Tak kekok untuk bercerita. Apa semua.

Tugas aku hanya untuk ambil gambar mereka semua. Rakam mereka semua. Bila semuanya selesai, kitaorang pergi next next next rumah dan akhinrya kitaorang ambil keputusan untuk balik. Hari pun dah nak menyinggah petang. Kaki lenguh oii berjalan lama.

Semasa aku, maria, santi sham dan ijat terpisah dari yang lain, kitaorang terperasan ada satu simpang yang tak tahu datang dari mana. Kalau nak diikutkan kawasan itu memang tak ada simpang lain.

"Kita kat mana ni?" Tanya maria.

"Aku tak pasti pulak" Jawab santi.

Aku dan sham berjalan kedepan sedikit.

"Eh j tu" Tunjuk sham.

Aku berpaling ke arah yang sham tunjuk. Ada sighbord kayu yang tertulis "SIMPANG MATI" aku dengan sham berpandangan sesama sendiri. Aku berpaling kebelakang.

"Ini laluan nak balik ke?" Tanya aku.

"Aku tak pasti j. Aku rasa masa kita keluar tadi bukan jalan ni" Ucap ijat.

Aku hanya menganggukkan kepala.

"Nak masuk ke j?" Tanya ijat

Aku hanya mematukan diri. Sambil memandang ijat dan sham bersilih ganti. Confius.

"J"

Aku berpaling.
   
"Kenapa?" Tanya aku

"Macam mana sekarang ni? Nak masuk atau macam mana?" Tanya maria.
   
"Kau nak masuk ke?" Tanya aku
   
"Aku tak ada hal j. Lagi pun hari dah nak malam. Mana tahu dekat dalam tu kita jumpa kampung. Boleh bertanya dekat diorang."

Aku terdiam. Kata-kata maria ada benarnya jugak. Takkan nak melangut kat sini sampai malam.
   
"Korang semua macam mana?" Tanya aku.
   
"Kitaorang semua okay j. Kalau kau masuk kitaorang ikut masuk." Ucap sham pulak."

Aku menganggukkan kepala lagi. Kamera aku terus pasangkan sarung dan gantung dekat leher.

"Jom"
 
Dengan ucapan bismillah, aku terus melangkah masuk ke simpang mati tu. Sebenarnya aku tak sedap hati bila tengok kawasan situ, dengan kiri kanan hutan. Satu kenderaan pun tak ada. Dengan hari nak gelap. Aku dengan yang lain jalan dengan berhati-hati. Jalan punya jalan, dah jauh kedalam, sebijik rumah pun aku tak nampak. Penat tu jangan cakap lah. Naik kebas dah kaki aku.

KISAH SERAM 'SIMPANG MATI'Where stories live. Discover now