BAB 13

881 57 0
                                    

"Sebenarnya lepas kitaorang berpecah dengan yang lain, kitaorang nak balik sini. Tetapi kitaorang jumpa satu simpang ni. Memang pelik. Jalan nak balik sini, kitaorang memang tak nampak langsung. Yang nampak simpang tu je Nama simpang tu simpang mati. Kalau nak cakap ini adalah first time, tahun lepas kan kita pernah datang. Nak cakap totally lupa dengan keadaan jalan, tak jugak. Jadi tadi kitaorang memang tak nampak jalan balik sini langsung. Ingat kan lepas kitaorang masuk simpang tu berharapan kot lah ada bantuan. Tapi sayangnya memang kitaorang tak jumpa satu rumah pun. Kawasan tu memang lain dari yang lain. Jam berdetik, tapi macam lambat sangat. Dan yang paling tak boleh diterima dek akal, kitaorang berjalan dekat situ berkali-kali. Tempat yang sama. Tapi alhamdulillah lah. Kitaorang keluar dalam keadaan baik."

Tuan kadir hanya mengangguk. Tak lama tu tuan kadir bersuara.

"Tak mengapa lah macam itu. Alhamdulillah semua balik dalam keadaan selamat. Saya harap selepas ini tak akan berlaku lagi benda-benda macam ni. Risau saya"

"Insyallah" Ucap aku lantas turun dari bonet kereta.

Aku terus melangkah menuju ke bilik. Penatnya badan hanya allah je yang tahu.. yang aku tahu sekarang ni lepas mandi lepas solat aku nak tidur. Itu je. Yang lain-lain aku malas nak ambil tahu. Selesai semuanya, aku terus baring dekat atas katil. Telefon dan camera aku letakkan kat atas meja sebelah katil. Tanpa cakap banyak aku terus terlelap. Aku ingat lagi kejadian dalam mimpi aku..

"J" Panggil satu suara.
 
Aku terus pusing mecari suara yang memanggil nama aku tu.

"J sini j"

Aku melangkah ke arah suara tersebut. Mencari dimana arah suara itu. Tak lama selepas itu, suara itu senyap. Suasana menjadi sunyi dan sepi. Serta gelap gelita.

Tiba-tiba.
   
"J tolong aku j. Iskk.. iskk..."
   
"Siapa? Menyahutlah bila aku tanya!!" Jerit aku lantang.
   
"Tolong aku j!!" Jerit suara lagi.

Aku terus melangkah didalam kepekatan malam. Langsung tak nampak apa-apa. Tengah aku mencari, secara tidak langsung suasana yang pada awal nya gelap terus terang benderang. Aku memandang sekeliling. Pelik. Tak ada pintu. Tak ada tingkap. Kosong. Aku menapak kedepan setapak. Tak lama selepas itu dari sebelah kanan aku muncul satu asap hitam. Tak lama itu asap itu bertukar menjadi satu makhluk yang berupa orang tua lelaki dan berbongkok.

Aku terdiam. Kaku berdiri. Mata tepat memandang ke arah orang tua tersebut. Suara tersekat dekat kerongkong. Tak mampu untuk aku keluarkan walaupun sebaris ayat. Tak lama tu orang tua tu tersenyum melihat aku. Makin lama senyuman tu makin mengerikan. Mukanya makin lama makin dekat dengan muka aku. Aku tak tahu dari mana datangnya satu kekuatan yang membolehkan aku melangkah setapak kebelakang. Tak lama tu, tangan orang tua tu sepantas kilat memegang tangan aku. Cengkaman tangan tua itu sungguh kuat dan menyakitkan.. aku menyeringai..

"Heee heeee! Nak pergi mana nak?"

Aku terus menerus menarik tangan aku dari genggaman tersebut. Tak lama tu muka orang tua tadi berubah menjadi hodoh. Matanya merah penuh berulat. Lidahnya panjang sampai paras dada. Rambut memutih dan penuh ulat. Pipinya berlubang penuh ulat busuk yang teramat.

"Allah! Allahuakbar!! Ya alllah. Tolong aku ya allah." Jerit aku sekuat hati.

"J.. j.. j"

Aku terasa gegaran hebat membuatkan aku buka mata. Aku terus melompat dan berdiri dekat sebelah katil.

"Kau kenapa?" Tanya maria.

Aku memandang sekeliling. Dekat depan aku ada maria. Sebelah kanan aku sara dan iza. Di depan aku sham, izuwann dan anuar. aku menghembuskan nafas kelegaan. Aku terus duduk dekat birai katil.

"Allahuakbar!" Ucap aku sambil meraup muka. Bermimpi rupanya aku. Tapi sumpah! Macam real.

"Kau okay tak?" Tanya sara.

Aku hanya mengangguk lemah. Kepala aku terus terasa sakit yang teramat sangat.

"Pucat muka kau ni. Kau mimpi apa?" Tanya maria.

"Aku tak tahu. Tapi memang mengerikan."
   
"Tak apa nanti ustaz sampai. Saya dah call ustaz dah" Ucap tuan kadir tiba-tiba dekat depan pintu.

Aku terus pandang tuan kadir. Tuan kadir memandang aku. Tak lama tu dia tersenyum. Tapi kenapa senyuman tu macam senyuman dalam mimpi aku? Allah!.

Tengah aku dalam keadaan macam itu, tiba-tiba.

"Hee hee hee.."

Aku terus memandang ke arah santi. Santi yang duduk dan membelakangkan kitaorang semua. Aku pandang maria. Maria pandang aku.

"Oii perempuan! Kau dah kenapa gelak macam itu?" Tanya sham.

Santi tak menjawab pertanyaan sham malah dia terus bangun dan menuju ke tingkap hujung didalam bilik. Aku hanya memandang tingkah santi yang pelik. Bila pandangan aku nak beralih, tiba-tiba mata aku tertangkap satu wajah dekat bawah katil santi. Wajah itu tepat memandang ke arah kitaorang dan mata dia dengan mata aku bertembung membuatkan aku terkejut yang teramat sangat. Aku terus alihkan pandangan ke tempat lain. Jantung aku masa tu macam nak pecah. Tak lama selepas itu, ustaz emir sampai dengan beberapa orang. Aku memandang ke arah maria.

KISAH SERAM 'SIMPANG MATI'Where stories live. Discover now