Izuwann angkat muka dan pandang aku.
"Macam mana boleh jadi macam ni izz?" Tanya aku selang seli pandang sham dan pandang orang lain.
Izuwann tak bercakap walau sepatah kata.. Aku pergi dekat sham semula. Aku tanya sham sama jugak dia tak bercakap. Aku berdiri dan memandang yang lain. Tak kan yang lain tak nampak aku. Aku terus duduk di depan plastik hitam dan sebelah izuwann. Aku pandang izuwann dan sham.
"Korang ni kenapa? Anuar!!"
Oleh kerana takut dan panik, tiba-tiba air mata aku mengalir.
"Bercakap lah korang! Kenapa diam je ni. Korang kenapa?" Tanya aku.
Kedudukan antara anuar hanya sebelah sahaja. Belum sempat aku nak tanya lagi, tiba-tiba tuan kadir bangun dalam keadaan berlumuran darah. Dan secara automatik yang lain gelak dekat aku. Dan berjalan menghampiri aku. Aku yang tengah berlutut, terus terduduk kat atas jalan tar sambil mengesot untuk mengundur. Dalam keadaan macam itu sekali....
Kecepek!!
Tangan aku terpegang sesuatu. Aku berpaling ke kiri. Aku angkat tangan kiri dan aku genggam benda lendir tersebut. Aku berkerut dahi. Bau hanyir yang teramat sangat. Tak lama tu mata aku terbeliak!
"Oootak? Ya allah!"
Aku berpaling ke depan. Orang yang macam mayat hidup tu terus mengeliling aku. Aku cuba bangun untuk lari. Tetapi ada salah satu tangan memegang kaki aku. Aku terus menjerit.
"Lepas!! Tolong aku ya allah! Arghhhhhhhh!!!!!!.. Arghhhh!!!!!!!!! Tolong!! Arghhh!!!!"
Aku terus menepis tangan yang nak menyentuh badan aku.
"Izuwann!! Anuarr!! Sham!! Tolong!!!!!"
Dalam keadaan macam tu, aku perasan izuwann datang ke arah aku. Tak lama tu.
Pap! Pap! Pap! Terasa bahang perit kat muka aku. Aku terus buka mata pandang kanan.
"Arghhhh!!!!!!" Jerit aku
"Argh! Woi!! Woi!!!" Jerit izuwannSteeeettt!! Kereta berhenti dekat bahu jalan. Anuar dan sara ke depan akibat izuwann brek mengejut.
"Aduh sakit" Ucap sara. Kepala dia terhantuk dengan kepala anuar.
"Kau kenapa j?" Tanya izuwann
Aku pegang pipi izuwan. Aku pandang belakang dan aku pegang pipi sara dan anuar.
"Kau dah kenapa?" Tanya sara lantas menepis tangan aku.
Aku menghela nafas. Ya allah! Aku mimpi rupanya. Bodoh punya mimpi. Tapi sumpah reak gila. Aku kesat peluh kat dahi.
"Kau kenapa j? Aku tanya ni" Tanya izuwann kat sebelah.
"Haah! Kau dah kenapa menjerit lepas itu tiba-tiba pegang pipi kitaorang." Tanya anuar pulak.
Aku menelah liur. Aku menghirup nafas. Jantung aku berdegup laju."Aku mimpi korang semua jadi hantu" Ucap aku pantas buka spek mata.
"Ya allah kau ni j. Nasib baik aku tak masuk kat sawah tu. Dua kali kau jerit kau tahu tak. Dah ketepi dah aku tadi sebab terkejut." Bebel izuwann.
"Sory-sorry" Ucap aku. "Nak air"Izuwann lantas suakan botol air dia ke arah aku. Aku ambil lantas meneguk. Haus gila.
"Hish kau ni j" Marah sara.
"Dah-dah kau tak payah tidur lagi." Ucap izuwann terus gerak dari situ.Aku hanya menganggukkan kepala. Kitaorang dah terlepas jauh dengan bas. Aku tak ingat pukul berapa kitaorang sampai dekat dorm tu. Tapi petanglah dalam pukul 4 macam itu. Kawasan dorm dari dulu tak berubah. Aku memandang sekeliling masih ada rumah orang yang berdekat situ. Belakang dorm tu berhutan. Tebal. Tuan kadir bagi taklimat sikit dekat kitaorang. Aku nak dengar tapi macam tak nak dengar je. Aku terus naik dan duduk atas bonet kereta. Aku keluarkan kamera dan merakam diorang dari arah belakang dan tak lama tu aku hala kamera ke kawasan sekeliling dorm tu.
Masa aku tengah kusyuk merakam, Tiba-tiba aku ternampak seseorang. Aku terus mendongakkan kepala memandang orang tu tanpa dalam kamera. Siapa? Aku terus berpaling ke arah izuwann dan anuar yang berdiri tak jauh dari aku. Aku terus terjun dari bonet kereta dan aku terus melangkah menuju ke arah diaorang.
"Anuar." Panggil aku dengan suara yang perlahan.
Anuar berpaling ke arah aku.
"Hmm.."
"Dekat sini ada orang lain ke selain orang-orang kita?" Tanya aku.
"Eh tak lah. Ada orang yang datang awal dari kita. Kenapa?" Tanya nuar.
"Oo. Aku tak tahu pulak?""Macam mana kau nak tahu j. Bukan ke kau tak minat nak tahu?"
Aku lantas menjebek kan mulut. Tangan aku masih merakam ke arah depan.
"Tak ada lah. Aku ambil tahu jugak lah."
Anuar tergelak perlahan. Lantas dia menggelengkan kepala.
Aku terus melangkah ke depan dan merakam. Tiba-tiba...
"J!" Panggil tuan kadir tiba-tiba.
YOU ARE READING
KISAH SERAM 'SIMPANG MATI'
HorrorDISINI AKU INGIN MENCERITAKAN KISAH SERAM YANG BERLAKU DEKAT DIRI AKU SENDIRI. KISAH INI ADALAH KISAH SEBENAR. STAY TUNED.