BAB 5

1K 68 3
                                    

Dengan sepantas kilat aku berdiri tegak dekat depan bos aku.
   
"Ye tuan!"
   
"Kejap lagi jumpa saya dekat tempat makan. Saya ada benda nak bercakap dengan kamu"

Aku menelan liur. Alamak! Aku ada buat salah apa lagi ni? Adeh!
   
"Boleh?" Tanya tuan kadir.
   
"Boleh tuan!"
   
"Okay kalau mcm tu bersurailah rehat ke atau apa-apa okay!" Ucap tuan kadir.

Aku masih lagi berdiri tercegat dekat halaman dorm. Otak aku tengah berfikir. Apa yang tuan kadir nak eh? Ke puan junaidah ada buruk-buruk kan aku dekat tuan kadir? Hurm. Ini mesti puan junaidah punya kerja. Huh! Belum sempat aku nak melangkah....
   
"Padan muka kamu kena panggil mengadap tuan kadir." Ucap puan junaidah sambil tersengeh dan berlalu pergi.
 
Dalam hati aku masa itu, tersinjmpan satu niat.. 'Tunggulah kau. Memang aku akan kenakan kau cukup-cukup cik andartu tua!' Ucap aku dalam hati. Sakit pulak hati kite.

Aku terus melangkah dekat kereta dan keluarkan segala beg yang ada dalam bonet dan berlalu masuk ke dalam bilik. Lepas aku dah siap kemas-kemas barang apa semua dalam bilik, aku usyar bos kat tempat makan. Dia tengah makan. Aku terus keluar dan menuju ke arah tuan kadir.
   
"Assalamualaikum tuan!" Ucap aku
   
Tuan kadir mendongakkan kepala. Lantas menganggukkan kepala.

"Waalaikumsalam. Ha j silakan duduk." Ucap tuan kadir.
 
Aku pun duduk dekat depan tuan kadir. Mata aku bertentangan mata dengan tuan kadir. Auch!! Hahaha! Buat hal sungguh aku ni.

"Ada apa ye tuan?" Tanya aku

" Tak ada apa j. Saya cuma mahu kamu bantu orang-orang dekat sini.." Ucap tuan kadir sambil mengunyah roti.

Aku pandang tuan kadir di depan.
   
"Maksud tuan saya seorang kena pergi berjumpa dengan orang kampung ke?"
   
"Eh bukan. Maksud saya, contohnya kalau terjadi apa-apa. Saya tak nak benda dulu berulang lagi."

Aku terdiam. Tiba-tiba aku rasa kepiluan di segenap dada. Muka aku berubah.
   
"Saya mintak maaf. Saya bukan nak buat kamu ingat kisah yang dulu. Cuma saya harap benda yang dulu tak akan terjadi lagi." Ucap tuan kadir seraya berhenti makan. Dan mengeluh seketika. "Sebenarnya j, saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Kalau nak ikutkan saya ni memang tak percaya benda-benda macam ni. I means mistik bab-bab hantu Jin-jin ni. Tapi bila dah terjadi depan mata saya dulu, saya kena percaya apa jua keadaan sekali pun. Jadi sebab tu saya minta awak tolong bantu orang-orang dekat sini."

Aku hanya menganggukkan kepala.
 
"Saya faham maksud tuan. Dan kalau terjadi apa-apa dekat sini, saya yang kena selesaikan ke? Macam tu?" Tanya aku
   
"Yes!"

Aku terdiam.
   
"Tapi jujur saya katakan dekat tuan yang saya tak pandai sangat nak berubat orang. Sikit-sikit boleh lah" Ucap aku terus terang..
   
"Saya tahu tu. Sekurangnya kamu ada dan boleh tolong."
   
Aku terfikir sejenak lantas aku memandang ke arah tuan kadir.

"Tapi kan tuan, Macam mana tuan boleh tahu sedangkan benda ni tak pernah dihebohkan." Tanya aku pelik..
   
Tuan kadir tersenyum sambil menyuapkan roti ke dal mulut.

"Benda ni dah kecoh lama dah j. Kamu saja yang tak tahu atau kamu sendiri yang tak nak ambil tahu. Dan sekarang kamu masih di bawah jagaan saya. So apa yang kamu buat, semua saya tahu." Ucap tuan kadir.

Aku berpaling ke kiri lantas buat muka. Dan cepat-cepat aku berpaling kedepan semula. Haha.
   
"Oo yelah. Ada apa-apa lagi tak tuan?" Tanya aku
   
"Itu saja." Ucap tuan kadir.
   
"Kalau macam tu, saya mintak diri dulu tuan." Ucap aku terus bangun dan melangkah meninggalkan tuan kadir.

Aku terus melangkah menuju ke bilik. Dekat bahagian atas ada dua bilik. Satu bilik ni aku duduk dengan sara, santi maria dan iza. Puan junaidah duduk dibilik lagi satu. Yang seangkatan dengan puan junaidah tu. Bilik untuk lelaki berdepan dengan bilik kitaorang.. Tempat makan ditengah-temgah. Aku memandang jam di tangan. Dah nak masuk waktu magrib. Aku pegi mandi diikuti oleh sara dan maria.
 

KISAH SERAM 'SIMPANG MATI'Where stories live. Discover now